.

.
Hidup Hanya Sekali Biarkan Ia Beerti

Friday, 6 December 2013

MINTA 5 MINIT ANDA .. '' ISU BANJIR''

            Assalamualaikum semua ahlan wasahlan .. Alhamdulillah . ana sebenarnya cuba untuk kongsikan satu pendapat dari ana sendiri kepada antum2 semua .. berkenaan isu semasa sekarang ini .. post yang ana nak kongsikan ini ana terus copy dari status update ana seblum ini ..


Maaf saya disini cuba nak selitkan , mungkin ini dari pandangan saya sendiri tentang isu banjir nie'' first! based ape yang saya lihat , memang kita akui yang sebilangan besar dari kita bersimpati dengan mangsa banjir di luar sana , pelbagai tindakan yang kita buat ada yg buat status tentang banjir, beri info kawasan banjir , berkongsi gambar di tmpat kawasan banjir , memaklum balas tntang banjir , memberi tips ,Memberi sumbangan kpd mngsa banjir dan sebagainya . Tapi bedasarkan apa yang saya tngok( bukan secara keseluruhannya) '' kita masih belum capai apa yang sebenarnya kita nak dan orang lain mahukan'' seperti contoh kita buat"" update status'' di facebook yang berbunyi lebih kurang mcm ni'' KUANTAN BANJIR la , Terok sangat ! kesian mangsa Banjir kan diorang Makan apa ek ?  ..... Bnyak kita nampak status atau comment lbih kurang macam nie kan ???  OK izinkan sy bertnya Kpd Semua , adakah Ia hanya cukup dengan Status Macam itu ?? adakah status itu benar-benar memberi kesan dan dapat menolong mangsa Banjir? cukupkah hanya dengan mendapat (y) status anda ? ..ok sekarang fikirkan sekejap dan cuba tnya dan jawab pd diri masing2.. betulkah apa yang kita buat itu , adakah ia sudah mencapai MATLAMAT kita ...  mungkin anda semua dah ada jawapannya selepas berfikir kan..
Tindakan anda itu saya puji dan ada betulnya Tapi hakikatnya itu semua KOSONG!! maaf jika ada terasa hati . 'Kosong jika status itu hanyalah satu kata-kata yang ditampal di Facebook , jika ia tak beri kesan sedikit pon pada orang lain ... Apa salahnya kita cuba untuk untuk laksanakannya contoh ''kita kata kita kesian pada mangsa Banjir '' jika kita kata kita kesian apa yang kita buat selepas itu ? kalau kita kesian mestilah kita kena Tolong kan ? kita tolong tak ? kita buat tak ? ..Fikirkan !!  Lagii satu saya kongsi secara ringkasnya  berkenaan ''Memberi sumbangan dan Pertolongan '' ok  bnyak saya nampak yang berkata ''kita kena tolong orang banjir ni, kita perlu pergi dkat mereka ni dan ada juga yang Tulis Status minta Tolong dan juga Memohon Doa !  ok kat sini saya nak cakapkan kita buat tak apa yang kta cakap ? kita tolong tak? ok dan ada yang diantara anda hanya Berdoa ? Betul perkara pertama kita mesti kena berdoa , dan ia ada diajar dalam agama , ia merupakan perbuatan mulia dan mendapat pahala .Tapi cukupkah juga hanya kita duduk di rumah dan berdoa .. Bukankah Doa ini kena sertakan dengan Usaha sekali ??? apa yang kita usahakan ... usaha macam mana kita buat? kita pergi tolong tak selepas berdoa .Dan selepas itu saya nak sentuh tentang memberi sumbangan ini.. ada tak kita beri sumbangan kpd mangsa banjir , ada tak kita sedekahkan apa2 sahaja , contoh duit , makanan dan lain2.. kalau kita yang terselamat dari banjir ini pula apa kita buat , ada tak kita memberi sumbangan melalui tenaga kerja kita seperti turun membantu mangsa banjir , tolong selamatkan orang lain. ok secara konklusinya  saya nak katakan yang kita semua ini adalah manusia dan manusia semua terikat dengan Fitrah .. Fitrah kita , kita semua Wajib menolong orang yang susah. jadi kita perlulah kembali kepada fitrah itu sendiri . kita di suruh untuk tolong orang dan kita perlulah memberi pertolongan kepada orang lain.. kita sebenarnya perlu ada sikap PROAKTIF didalam diri setiap individu . contohnya ada satu masalah kita cuba selesaikannya dengan diri sendiri tanpa bantuan orang lain.'' Kalau ada masalah- kita selesaikannya      , Kalau ada Kelemahan - Atasi kelemahan itu .     Kalau ada Kekuatan - kita Gunakan Kekuantan itu '' contohnya kita ada kekuatan seperi kita pandai MEMASAK , gunakan kekuatan itu dengan cuba untuk memberi Bantuan sperti Menjadi tukang masak sementara di pusat pemindahan mangsa banjir , atau Sedaiakan makanan kepada mangsa banjir ...  Apa yang saya harapkan selepas ini kita semua termasuk diri saya sendiri dapat melakukan sedikit sebanyak apa yg diperkatakan dan mungkin banyak lagi . Moga selepas ini Ramai yang turun memberi Bantuan dan sebagainya .. AYUH SEKALI LAGI SAYA SERU KEPADA SEMUA MASYARAKAT TURUNLAH , BANTULAH ..  cubalah untuk cari ruang waktu untuk kita menolong buat ketika waktu ni .. INSYALLAH. -sebelum saya berundur izinkan saya untuk meminta maaf kepada semua jika ada terkasar dan terkurangnya saya dlam perkongsian ini -  Allah , Allah, ALLAH
                                                                                                  by:   (Cery9Ft)

Monday, 2 December 2013

Tokoh-Tokoh Dakwah Dalam Dunia Islam & Melayu (Nak kenal Nak tahu jom Baca)

    
   Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh... salam perjuangan buat semua ... segala pujian bagi Allah s.w.t .salam dan selawat ke atas keluarga baginda dan para sahabat baginda serta para tabi'tabi'in seluruhnya. serta kawan-kawanku dan seluruh umat islam .. Assalam apa khabar semua ,, semoga semua sihat-sihat dan terus bersemangat dalam mendalami ilmu .. ok kali nie ana membawakan satu tajuk baru pula , yang bertajuk  Tokoh2 dakwah dalam dunia islam & melayu .. post yang lepas ana ada tulis pasal dakwah dan metodologi   ok kali nie ana bawa ke tajuk yang baru ini dengan harapan antum2 semua dapat mengenal dan tahu lebih lanjut pasal dakwah dan apa didalamnya ..

                        Pada tajuk yang ana bawa ini Tokoh dakwah dalam dunia islam & melayu dengan harapan agar antum2 dapat mengenal lebih lanjut siapakah Tokoh2 islam dan tokoh2 dakwah itu sendiri .Penulisan yang ana bawa ini bukanlah seratus peratus hasil karya dan idea atau pengetahuan ana .. tajuk yang ana bawakan kalini sesuai dengan sambungan post ana yang lepas .. lagipun ana ada belajar pasal subjek nie iaitu TOKOH DAKWAH semasa di kulliyah . Dengan serba sedikit kefahaman yang ana telah pelajari semasa di kulliyah , apa salahnya ana kongsikan bersama kawan2 .. Bahan2 dan sumber yang ana tulis ini ana gabungkan dengan buku dan nota yang ana dapat semasa di kulliyah ..  Dengan penulisan yang tidak seberapa yang ana bawakan ini diharapkan agar dapat serba sedikit memberi manfaat kepada pembaca dan orang lain. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kelemahan , ana terlebih dahulu memohon maaf dan mengalukan sebarang teguran dan pembetulan ..semoga penulisan ini termasuk di dalam kerja dakwah yang mendapat keredaan Allah Azza Wajalla . Amin Ya Rabbal Alamin.

                   Dalam penulisan saya kalini saya dedikasikan kepada guru saya iaitu pensyarah yang mengajar subjek TOKOH DAKWAH iaitu Dato' Hj Ahmad Munawar Bin Hj Abdul Jalil .dan tidak lupa juga kepada kedua ibubapaku serta sahabat, zuhairah binti mat hassan , Nabila binti abdul jalil dan rakan-rakan lain. Tidak lupa juga kepada Nor Amira Binti Yusof yang merupakan sumber inspirasi ana dan kerana dia lah ana boleh menjalankan tugas2 dakwah ini di media elektronik ini (blogs) tanpanya ana tak kenal apa itu blogs. juga ana dedikasi kepada semua sahabat2 seperjuangan ana yang sekarang masih belajar sama2. InsyaAllah...

                   Setiap bangsa mempunyai tokoh mereka masing-masing . tokoh yang mereka angkat dari kalangan mereka . Tokoh yang diberikan pengiktirafan oleh mereka.Sehebat manakah tokoh itu tidak penting . Mungkin tidak mencapai taraf tokoh dunia atau tokoh serantau . tokoh ini tidak semstinya lahir setiap masa atau di setiap tempat. tokoh ini kadang2 akan wujud dalam tempoh satu kurun atau satu abad . Bahkan ada satu kaum tidak melahirkan walaupon seorang tokoh yang boleh dibanggakan .. hah camne faham .. tokoh nie kira macam orang yang kita anggap hebat la kita menyanjungi beliau . kalau kita siapakah tokoh yang kita kenal kita angkat ia sebagai tokoh ??? ala tak payah fikir panjang kita ambil tan sri P. Ramlee dah cukup kita boleh angkat beliau sebagai tokoh  tokoh seniman jika dia banyak memberi sumbangan kepada kesenian jika kearah keagaman kita panggil ia tokoh agama ...

                
                 Definisi Tokoh ., kamus dewan bahasa dan pustaka 2005 Memberikan takrif  perkataan 'tokoh' adalah rupa atau keaadan, tampak pada zahirnya , bentuk , gaya dan sifatnya. ia memberikan maksud bahawa tokoh adalah gambaran keseluruhan yang lahir dari akal, hati ,perasaan , tingkah laku dan pemikiran seseorang. kebiasaannya perkataan tokoh ni merujuk kepada maksud seseorang yang HEBAT ,' hebat dalam sesuatu bidang. Kehebatannya itu diberikan pengiktirafan dan diangkat oleh majoriti dalam kelompok masyarakat tertentu ke suatu tahap yang cukup tinggi. Pengiktirafan  sebgai ''tokoh'' seseorang biasanya dilalukan semasa hayatnya tetapi ada juga semasa pengiktirafannya dia anugerahkan semasa mereka sudah tiada...Apa yang lebih penting 'tokoh' yang diangkat ini akan menjadi 'simbol' kehebatan sesuatu bangsa atau sesebuah negara. Justeru negara bangsa yang hebat adalah negara bangsa yang mempunyai tokoh yang berdiri megah di persada dunia. Tokoh ini akan menjadi payung kemegahan bangsa dan berdaulat dan bermaruah.

                  Pengukuran dan Peniliaan tokoh , ukuran kebolehan seseorang tokoh adalah berdasarkan keistimewaannya yang luar biasa sehingga mencapai tahap gemilang dan terbililang. Ukuran dan penilaian boleh dilihat dari beberapa sudut antaranya ialah ; 1 INTELEKTUAL  , ketokohan seseorang itu boleh lahir hasil dari kebijaksanaan akal, menjadi  ilmuan yang terbilang , Kebijaksaan akal dan hatinya berjaya menghasilka  ilmu, teori atau penemuan baru yang ilmiah dan saintifik dalam satu2 bidang yang memberikan manfaat besar kpd masyarakat, negara .contoh seperti kita lah di malaysia kita tengok adik adi putra baru berumur 10 tahun dah boleh menguasai ilmu matematik yang tinggi kebjiaksanaan dia mungkin boleh membawa dia kepada Ketokohan suatu hari nanti , contoh saintis pula seperti ibnu sina , ibnu khaldun merekan merupan tokoh disebabkan kebijaksaan mereka.

                 Faktor kedua BAKAT & KEBOLEHAN ,ketokohan itu juga boleh lahir dari kehabatannya ,bakat yang tidak boleh terhasil melalui pendidikan semata2 tetapi ia adalah anugerah Allah s.w.t kepada seseorang. Jika seseorang itu memiliki kehebatan dalam seni suara maka lahirlah tokoh qari seperti dato hj ismail hashim dan seperti yang mula2 ana katakan tadi seperti P.Ramlee. Allahyarham Tan sri P.Ramlee memiliki bakat yg hebat dan kebolehan yang luar biasa beliau boleh menyanyi dengn sedap beliau boleh berlakon , bermain alat muzik dan bakat mengarah .. itu adalah bakat semulajadi yang tidak semua orang dapat . Faktor ketiga yang mempengaruhi dalam penilaian tokoh ini ialah KEBERANIAN DAN BERJIWA BESAR ,ketokohan seorang juga boleh diukur atas keberaniannya mempertahankan maruah agama bangsa dan negara sepertimana Khalid al Walid yang memimpin tentera islam membuka kota rome, tariq bin ziad tn berjaya menakluki sepanyol dan seperti di malaysia dato maharaja lela, mat kilau, tok bahaman yang menentang penjajah .keberanian ini dilihat dari sudut lain pula ialah kejayaan seseorang itu menguasai cabaran besar yang sukar dilakukan org lain seperti Datuk magendaren dan datuk mohandas wira pertama yang sampai ke puncak gunung himalaya 1997.dan yang terbaru ini seperti Dato sheikh muzafar yang menjadi angkasawan negara pertama sampai ke angkasa dengan menaiki roket ana tak sure roket ape .. tetapi itulah yang faktor dimana ia dianggap sebagai tokoh .

                Definisi Tokoh Dakwah ,setiap agama di dunia ini juga mempunyai tokoh 'AGAMAWAN' yang berjuang mempertabatkan agama mereka. Orang kristian ada 'Pop john paul' orang hindu ada tok sami mereka. bagi orang islam ialah tokoh agamawan  kita ini termasuklah tokoh dakwah . cth seperti Tuan guru nik abdul aziz dan lain2. Tokoh dakwah ini didefinasikan 'seorang atau individu yang diberikan penghormatanya atas penglibatan dalam bidang dakwah dalam memberikan sumbangan kepada agama islam .
               ok seterusnya ana nak bawa antum2 semua kepada bahagian TOKOH PALING AGUNG ,sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah tokoh paling agung yang tiada bandingannya dengan mana2 tokoh di dunia ini. Baginda adalah 'kekasih Allah' insan yang paling mulia. Kemuliannya tercatit di bumi , di langit dan disyurga.Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul pilihan Allah yang paling mulia dari segi mahkluk di dunia ini. Penghulu segala nabi dan rasul penutup risalah kepada nabi dan rasul . Penyudah nabi-nabi dan rasul .Baginda adalah nabi terakhir zaman yang diutuskan untuk membawa rahmat kepada sekelian alam .

               Serba sedikit tentang biodata Rasullullah s.a.w , Diputerakan di mekah pada 12 rabiul awal tahun gajah bersamaan 20 april 570m . ibunya Aminah binti wahab.Isteri Rasullullah s.a.w Khadijah binti khuwalid, aisyah binti abu bakar Dll. Mempunyai 2 orang cucu iaitu Hassan dan Hussain.

               Keperibadiannya,  di dalam surah al ahzab :21 '' Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasullullah itu adalah contoh ikutan yang baik , iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan )Allah dan (balasan baik) hari akhirat , serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak2(dalam masa senang dan susah).'' maaf kerana ana tak boleh sertakan dengan ayatnya kerana ada masalah sedikit ..

                Sesungguhnya Baginda Rasullullah s.a.w mempunyai keperibadian yang agong . Rasullullah s.a.w sangat dihormati kerana baginda dari keturunan pembesar Quraish di kota Makkah. Diberikan panggilan al -Amin oleh penduduk mekah kerana keperibadian dan personaliti baginda sangat mulia. Seorang suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab. Seorang bapa yang sentiasa memberikan spenuh perhatian kepada anak-anak dan sangat rapat dengan Saidatina Fatimah . Seorang datuk yg sangat sayangkan cucunya. Seorang sahabat yang baik dan setia. Sahabat yang paling rapat dengan baginda ialah Abu bakar , omar, uthman dan ali . Seorang pemimpim ummah yang agong , panglima perang yang berani dan hakim yang adil .

               KeistimewaanNya .1. namanya disebut di langit dan di bumi basah di bibir mekar dihati , Nama baginda dikenali seluruh mahluk di langit dan dibumi, sama baginda sentiasa disebut oleh malaikat, jin ,manusia. Allahurabbi .... Nama Rasullullah s.a.w juga disebut 9 kali didalam ungkapan selawat di dlm solat.
2.Catatan hidupnya lengkap , keistimewaan Baginda Rasullullah s.a.w  kerana kehidupannya dirakam dan dicatatkan bermula saat Baginda s.a.w diputerakan hingga samapai saat Baginda wafat.
3. Makamnya sentiasa dikunjungi Ummah/kekasihnya, keistimewaan Rasullullah s.a.w juga diperlihatkan oleh Allah s.w.t walau pun Baginda Rasullullah s.a.w telah wafat . Biarpun ribuan tahun Rasulullah s.a.w meninggalkan kita namum Rasulullah s.,a.w sngat dekat dihati umatnya.Setiap hari dan setiap waktu makam Rasulullah s.a.w sentiasa di kunjungi dari serata pelusuk dunia .Menziarahi Rasulullah s.a.w seolah2 baginda masih hidup, sebagaimana sabdanya'' Sesiapa yang menziarahi aku ketika aku wafat seolah-olah ia menziarahi aku ketika aku hidup''( hadis riwayat al Tabarani & baihakki)

                Kalau nak diceritakan memang terlalu banyak Keistimewaan Baginda Nabi Muhammad s.a.w ini.. ana hanya ceritakan sedikit sahaja ,antum2 boleh rujuk di lain sumber . Allahuakhbar sedihnya rasa , mengalir air mata apabila mengenangkan baginda ...

                Alhamdulillah   sebentar tadi kita menyelami serba sedikit tentang tokoh terulung kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Selepas ini ana di selitkan pula beberapa TOKOH-TOKOH ISLAM ...  tapi sebelum itu ana ini meminta maaf jika ada terkurang dan tersalah semasa dalam penulisan ini .

               Didalam Dunia Islam ini sebernya terdapat ramai Tokoh-tokoh dakwah yang hebat sebenarnya .. tapi kali ini ana hanya menceritakan serba sedikit biografiNya ..

              TOKOH DAKWAH DUNIA ISLAM

 YUSUF AL QARADHAWI  1926M (MESIR)  (ULAMA KOTEMPERORI)
              
                  Pada 9 september 1926 Yusuf al Qaradhawi dilahirkan dikampung shaft Turaab, Thanta Mesir. Dalam usia 10 tahun beliau sedah menghafal Al -Quran  . Syeikh Yusuf Al Qaradhawi digelar ' Ya Allamah '' oleh syeikh atau para gurunya.
             
                   Pada tahun 1952M Yusuf al Qaradhawi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Usuluddin) dari universiti al-azhar .Pada tahun 1954 beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda ( B.Arab) .Pada tahun 1972M beliau memperoleh Ph.D dalam bidang Syariah .Tesis bertajuk'Zakat dan kesannya dalam pembasmian kemiskinan''


                   Beliau merupakan Ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah ,Presiden Persatuan Ilmuan Islam Antarabangsa, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa 1431H/2009M.


IMAM HASAN AL BANNA  1906-1949   (MESIR)

                    Hasan ibn Ahmad ibn Abd al-Rahman al -Banna dilahirkan pada 14 Oktober 1906M bersamaan 1324H di kampung al Mahmudiyah , Daerah al Bahriyyah, Iskandariah ,Mesir .Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai2 islam, Serta keluarga ulama yang dihormati.

                     Bapanya ,Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al Banna peniaga kedai jam yang juga merupakan seorang Ulama ,imam , guru dan seorang pengarang terkenal kelulusan universiti al-azhar menyumbang dalam penulisan kitab2 hadis dan fiqh perundangan islam .Beliau juga adalah seorang pengkaji ,penyelidik dan mengajar Ilmu-ilmu agama seperti Tafsir al Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan .

                    Pada tahun 1923M ketika berusia 16 tahun Hassan al -Banna memasuki Dar al Ulum , sekolah latihan guru di kaherah . ketika berusia 20 tahun hassan al Banna telah menghafal 30 Juz Al quran .Pada tahun 1927M beliau memperoleh ijazah dari Darul Ulum dan menjawat jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah Rendah Kebangsaan di Isma Iliyya. Beliau mengajar siang dan malam untuk melaksanakan matlamatnya menyampaikan ilmu kepada anak muridnya .Beliau berceramah di masjid dan juga di kedai kopi .

                   Beliau kemudian menganggotai  pertubuhan Jama'atul Makram al- Akhlaq al -Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam .Melalui pertubuhan ini beliau dan rakan2nya menjalankan DAKWAH ke serata tempat, di kedai2 kopi dan tempat2 perhimpunan orang ramai.

                  Pada Mac 1928M bersamaan Zulkaedah 1347H ,dalam Usia 23 tahun Hassan al Banna telah menubuhkan  gerakan ''IKHWAN MUSLIMIN'' di bandar Ismailliyah . Gerakan ini ditubuhkan mengambil semangat dan cita-cita Syed Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.''Ikhwanul Muslimin '' ditubuhkan untuk mencapai reda Allah s.w.t berdasarkan Al -Qur'an dan sunnah Rasulullah s.a.w mengariskan pendekatannya , Pertama : Membentuk peribadi Muslim , kedua : Membentuk keluarga Islam ,Ketiga: Hidup dengan cara islam . Keempat: Menegakkan negara Islam . Kelima: Membentuk kerajaan islam .

                   Ikhwanul muslimin juga meliputi segala bidang dakwah iaitu 1.pendidikan terhadap kanak-kanak .2 Pelajaran Al-Qur'an bagi dewasa. 3. Pendidikan keluarga .4 dakwah kpda setiap lapisan masyarakat . 5 Amar makruf nahi mungkar melalui pelbagai pendekatan . Ikhwanul muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu : Pertama memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan . Kedua membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani Jihad . Ketiga melaksanakan cita-cita perjuangan islam dengan Tegas .

                  Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia ke 2.apabila gerakan itu turut bertanding dalam pilihanraya .Pengaruh ikhwan muslimin yang kuat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir . Pada 1948 ikhwanul muslim diharamkan di atas alasan gerakan tersebut terlibat merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Hassan al Banna berusaha menyelamatkan pertubuhan Ikhwan muslimim , malangnya tidak berjaya .Pada 12 febuari  1949 beliau keluar rumah bersama teman-teman ya untuk menjalankan kerja dakwah , tiba-tiba beliau di tembak oleh seorang anggota polis Raja Farouk di tepi jalan raya kaherah dan meninggal dunia di hospital . Jenazahnya hanya disolatkan oleh ayah beliau sebagai imam dan anak lelaki beliau sebagai makmum . hanya 2 orang sahaja . kerana disekeliling rumah belaiu sudah dikawal ketat oleh tentera kerajaan yang tidak membenarkan orang luar memberikan penghormatan terakhir kpd  beliau.Allahuakhbar zalimnya pemerintah ketika itu kepada orang Alim ..

              Begitu lah kisahnya serba sedikit yang ana tahu dan berdasarkan apa yang ana pelajari ... Ana sendiri cukup kagum dengan kisah perjalanan hidup HASSAN AL BANNA  ini ... Alhamdulillah setelah lama Ikhwan muslim ini di ancam kita ISLAM bangkit dan ikhwanul muslimin bangkit kembali di mesir dan beberapa negara .. Ikhwanul muslimin menang dalam pilihanraya lepas di mesir dan Dr Mursi adalah Presidennya ... tetapi baru2 ini juga berlaku pergolakan di mesir yang membabitkan kematian .. Satu komplot untuk menjatuhkan Ikhwanul muslimim telah berlaku .. Tentera kerajaan AS SISI LAKNATTULLAH  yang mengarahkan untuk menangkap dr musrsi dan menghancurkan ikhwanul muslimin sekali lagi ... Allahhuakhbar ...kini Rakyat mesir masih lagi di tindas .. dan Kuasa ikhwanul muslimin disekat  , dan DR mursi kini ditahan oleh tentera laknatullah ... '' doakan IKHWANUL MUSLIMIN''


              Alahmdulillah kita dapat mengenali serba sedikit berkenaan TOKOH DAKWAH DAN TOKOH-TOKOH  DUNIA ISLAM . sebenarnya ana hanya menceritakan hanya secebis sahaja daripada keseluruhan Tokoh-TOKOH ini , yang sebenarnya memang ramai dan banyak TOKOH-TOKOH ISLAM yang hebat yang ada di DUNIA ISLAM INI  seperti Syed Jamaluddin Al Af-Ghani (1838-18970 ) AFGHANISTAN , Muhammad Abduh (1849- 1905) MESIR, Badiuzzaman Said Nursi ( 1876-1960) TURKI, Syed abdul A'la Al Maududi (1903-1979) INDIA , Syed Qutb (1906-1966) MESIR, Mustafa As-Sibai ( 1915-1964) SYRIA, Ahmad Deedat ( 1918-2005) AFRIKA , Harun Yahya (1956) TURKI dan ramai lagi .. INSYALLAH ..

               Seterusnya , Ana akan pergi kepada TOKOH DAKWAH DI DUNIA MELAYU pula .. memandangkan kita di Malaysia dan majoritinya Melayu .. sebenarnya Bangsa melayu juga melahirkan beberapa orang Tokoh Dakwah yang hebat . Dan kalini ana juga akan menceritakan serba sedikit biodata dan ceritannya serba sedikit INSYAALAH ..

TOK KENALI (1868-1933) (MALAYSIA)

              Tok Kenali atau nama sebenarnya Muhammad Yusof bin Ahmad telah dilahirkan di kampung Kenali kubang Kerian Kota Bharu Kelantan pada tahun 1868M di Kelantan.
          
               Tokoh Intelektual Islam berasal dari Kelantan ini dikenali dan dikagumi kerana sumbangan jasa besar dalam memartabatkan pendidikan Islam di Kelantan Negeri Serambi Mekah. Nama beliau terkenal hingga seluruh asia tenggara kerana ketinggian ilmunya dan antara Tokoh Melayu yang paling lama menimba ilmu di Tanah Suci Mekah iaitu hampir 22 Tahun sebelum kembali ke tanah air pada tahun 1909M.

                 Dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia As Sultan Kelantan sebagai Guru Agama di Masjdi al Muhammadi , Dilantik menjadi anggota Majlis Ulama Kelantan, Dilantik sebagai Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan , Pernah menjadi penolong Mufti dan Ketua pelajaran Agama Islam Kelantan.

                  Antara hasil karya Tok Kenali ialah majalah, menulis 2 buah buku iaitu 'Pusaka Tok Kenali dan Cerpen Warisan Tok Kenali'' Belaiu juga menghasilkan 9 buah kitab yang terknal iaitu  Khasiat Binatang, kitab Mujorabat, Kitab Tasyif, Sangkalan terhadap Kaifiyah, Hafalan dan Doa Yassin, Ilmu Risik  Tok Kenali ,Ilmu Penyecah Tok Kenali , Ilmu ma'jun Tok Kenali dan ilmu Julab Tok Kenali .


SYEIKH ABDULLAH FAHIM (1869-1961) (MALAYSIA)

                  Tuan Guru Syeikh  Hj Abdullah bin Hj Ibrahim bin Hj Abdullah merupakan Datuk kepada Perdana Menteri Malaysia ke 5 Dato Seri Hj Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Beliau dilahirkan di Kampung Sha'ab Ali berhampiran  dengan Masjidil Haram  Makkah .pada tahun 18699M bersamaan 1286H . Bapanya Syeikh Ibrahim bin Tahir adalah guru di Masjdil Haram .

                  Ketika berlakunya perang pattani-siam pada tahun 1830an bapanya berhijrah dari patani ke kedah dan dibesarkan disana dalam suasana ilmu keagamaan belaiu berdamping dan berguru dengan ramai ulama. menurut riwayatnya guru belaiu di Mekah dan Madinah mencecah 50 Orang . Pada tahun 1916 belaiu kembali ke tanah melayu dan mengajar aqidah di rumahnya di kepala batas ,Pulau Pinang dan mengajar di Pondok Tuan Hj Wan Sulaiman bin Wan Sidek Alor Setar. Pada 1931 belaiu dilantik oleh Sultan Perak menjadi ketua madrasah  Idrisiah Bukit Chandan , Kuala Kangsar Perak . Pada tahun 1951 Syeikh Abdullah Fahim dilantik menjadi Mufti Negeri Pulau Pinang yang Pertama dan Bertugas selama 10 tahun sehingga 1961.
           
                Abdullah Fahim menjadi terkenal sebagai Ulama Masyur di serantau pada masa itu . Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Melayu lain sering mendapatkan nasihatnya dalam usaha mendapatkan kemerdekaan . Beliaulah yang menasihati Tunku supaya berkerjasama dengin pemimpin kaum lain supaya penjajah British bersetuju memberi Kemerdekaan .

             Pada 27 April 1961 Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia dalam usia 92 tahun ...Allahurabii besarnya jasa belaiu ..

                Allahuakhbar ,, sebenarnya kita ini terlalu hampir dah dengan golongan2 seperti beliau .. cuma kehendak kita sahaja akan menentukan untuk pilih ...

                 Alhamdulillah  kita semua dapat mengenal serba sedikit Tokoh-tokoh Islam di Dunia Melayu ini seperti Tok Kenali , syeikh Abdullah Fahim dan ramai lagi seperti Tokku Paloh (1817-1917), Dr Burhanuddin Al -Helmy (1911-1969) , Dr Syed Naquib Al Attas (1931M)  dan ramai lagi yang akan lahir INSYAALLAH .

                ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR , Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi , kerana kita masih lagi dipanjangkan umur dan dipermurahkan rezeki  dan masih lagi di beri kesempatan untuk belajar ilmu dan mendalami ilmu itu tersendiri .. Alhamdulillah, Pertama sekali ana ingin mengucakap ribuan terima kasih kepada para pembaca semua dan rakan -rakan ana semua . Alhamdulillah kali ini ana membawakan satu tajuk baru dan merupakan satu penulisan yang terpanjang setakat ini buat diri ana sendiri , Moga dengan penulisan yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada semua terutama sekali buat saudara seislam ku ... Moga dengan tajuk yang ana bawakan ini dapat membantu kalaian semua suatu hari nanti , dan ana sendiri mengalu-alukan kepada semua untuk SHARE ,GOOGLE + ,COPY ,SEBARKAN  kepada yang lain .. tidak mengapa ana benarkan demi AGAMA ISLAM , demi memperluaskan kerja -kerja dakwah INSYAALLAH .. moga kita semua tergolong di kalangan orang yang beriman..

        Dan ana harapkan anda semua terus  dan tidak henti-henti untuk menjalankan kerja dakwah dan membuat kebaikan ...   Sebelum ana menghabiskan ayat-ayat terakhir  marilah kita sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH buat pejuang-pejuang dakwah islamiyah dan kepada Guru-guru semoga Allah s.w.t mencucuri Rahmat ke Atas Kalian AL-FATIHAH............

              






Sekian Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh .. Maasalama ..



-Hidayah Itu Milik Allah-                                                                              By: Cery9ft 02.12.2013



                    

Tuesday, 19 November 2013

Apa itu dakwah ?? ketahui lanjut pasal dakwah ..& metodologi dakwah

         Assalamualaikum , salam sejahtera kaifa haluk , berjumpa lagi kita .. hurmm kalini ana inggin menulis serba sedikit berdasarkan pemahaman ana tentang ilmmu          DAKWAH ini ,ia berdasarkan apa yang ana belajar di kulliyah dan menurut nota yang diajarkan oleh guru-guru ana ... moga dengan tajuk yang ana kongsikan ini serba sedikit dapat membantu antum2 semua dalam pengajian ilmu dakwah itu sendiri ...


                   Seperti yang kita ketahui semua dakwah biasanya dilakukan oleh individu atau kumpulan yang sudah banyak ilmu dengan agama Islam yang banyak mengetahui hukum-hukum dan sebagainya . Tetapi sebenarnya kita Salah . Dakwah adalah satu perkara yang wajib atas semua orang islam , ia wajib menyampaikan dakwah tidak mengenali sesiapa sahaja. Dakwah harus dilakukan oleh semua orang , menegur orang yang membuat perkara maksiat itu juga merupakan satu tugas dakwah .Yang berbezanya adalah cara dan bahan yang dibawakan oleh seseorang pendakwah itu (dai'e)  ..Oleh itu , marilah kita semua memantapkan diri kita semua dengan ilmu2 DAKWAH ini .

Dakwah dari segi bahasa : dakwah adalah satu perkataan Arab yang mempunyai banyak pengertian antaranya , ajakan ,jemputan, seruan, panggilan, laugan, minta pertolongan dan lain2..  Dakwah ini juga ditakrifkan oleh Dr Yusuf al -Qaradhawi  mengatakan  dakwah ini '' Usaha membawa orang lain kepada agama islam, supaya mengikut petunjuk dengan melaksankan segala ketetapan islam di muka bumi ''

                    selain itu , kita juga perlu tahu istilah2 penting dalam pengajian ilmu dakwah ini seperti  pendakwah dipanggil ( dai'e) orang yang didakwah ( mad'u), isi dakwah ( maudhu), metodologi dakwah ( manhaj ) pendekatan dakwah (approach), media dakwah (wasillah), dan gerakan dakwah pula dipanggil ( harakah ) ok macam mana dah dapat dah ingat sikit .INSYAALLAH ..

                    seterusnya pula kita patot tahu ape itu pendakwah (dai'e) siapa dia ? ..Pendakwah (dai"e)  ialah orang yang berusaha mengajak orang lain kpd islam dgn cara tertentu,pendakwah ini adalah individu atau sekumpulan orang yang langsung menjadi pelaksa tugas dakwah yang mengadakan pimpinan dan bimbingan terhadap individu atau sosial dengan pelbagai cara .
                      
                    selepas itu kita patut tahu skop dan bidang ilmu dakwah ini, skop dan bidang dakwah ini ala macam bahagian yang kita perlu capai la..skop dan bidang sejarah ini  seperti .sejarah dakwah-prinsip dakwah-manhaj dakwah-teknik pendekatan dakwah-medium ataupun saluran dakwah -mehnah dan tribulasi dakwah , berikut merupakan bahagian2 dlam skop dan bidang ilmu dakwah itu sendiri.

                      hah lepas kita dah tahu ape itu skop dan bidang dakwah itu kita harus tahu Syarat-syarat penting harus dimiliki oleh Pendakwah (dai'e) nak jadi pendakwah ni bukan senang2 je kita main bedal je kan kita kena la tahu juga syarat2 nya ..Syarat yang harus dimiliki bagi seorang pendakwah adalah 1.Berkeperibadian yg baik, bertqwa , ikhlas ,jujur, ramah, tawadhu, sabar dan semangat.2. Berdisiplin , beriwabawa dan bertanggungjwab.3 memiliki ilmu pengetahuan yang banyak -ilmu agama ,ilmu sosiologi (kemasyarakatan) ilmu psikologi (kejiwaan) serta penuh inisiatif dan kreatif.. hah amacam ??? dah ade ke semua ni huuhu tapi takpe kita perlahan2 mendalami dan memahami semua ini.. contoh : dlam syarat ini kita perlu tahu dan mendalami ilmu seperti ilmu agama , jika kita tiada ilmu agama yang kukuh macam mana kita nak berdakwah dan berhujah dengan betul , ilmu kemasyarakatan pula , kita juga perlu tahu..

                           Selepas itu kita dalam ilmu dakwah ini  kita juga perlu mengenali siapakah sasaran dakwah kita atau yang kita panggil (mad'u) .. ok kali ini ana ingin berkongsi sedikit .. didalam bidang dakwah ini semestinya ada orang yang didakwa itu kan atau dikenali sebagai sasaran dakwah .sasaran dakwah ini diketegorikan sebagai 2 iatu .muslim dan non  muslim . berdakwah ini kita fokoskan pada dua orang islam dan orang bukan islam .. seperti di Malaysia ini masyarakat majmuknya kebanyakan orang melayu islam . dan bagi ana sendiri dakwah ini harus ditekankan kepada orang islam melayu , kerana apa kerana dari pendapat ana sendiri masih ramai orang umat islam yang banyak telah hanyut dan sesat dalam kegelapan .. banyak yang kurang mendapat dakwah yang menyebabkan mereka ni banyak yang lalai dan tidak tahu akan agama sendiri ..
                        
                              Sasaran dakwah ini juga boleh dipecahkan mengikut katogeri umur ,, dalam memilih sasaran dakwah ini kita berdakwah dengan ramai  pihak oleh itu dalam mengenal sasaran dakwah itu kita pecahkan kepada ketogori umur ada yang kanak-kanak, remaja , dewasa, dan juga warga tua .. Dakwah kepada kanak-kanak merupakan sasaran utama dalam pengkategorian umur .. ini kerana seseorang individu boleh dibentuk pegangannya kefahamannya kepada syariat dan tingkah lakunya bermula dari peringkat kanak-kanak . cara dakwah kepada kanak2 ini adalah melalui pendidikan awal dan pendidikan rendah di tadika .. faham tak?? ok dalam berdakwah dengan kanak2 ini ia adalah paling utama sebab apa , sebab kita mampu bentuk dia dari awal misalnya kita hantar dia ke sekolah dia dia diajar untuk sesuatu perkara yang baik ..

                              Rasullullah s.a.w bersabda '' setiap anak dilahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tuanya yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi"' (diriwayatkan imam abu ya'la ,thabarani dan baihaqi) . berdasarkan hadis ini  ipu bapa berperanan sebagai Dai'e bagi mendakwahkan anak-anaknya dengan pendidikan islam .. huh dengar tu  kepada ibu bapa diluar sana ayuh lakukan tanggungjawab anda dengan berdakwah kepada anak2 anda .. seperti yang ana tengoklah ramai lagi ibu bapa yang tidak mengambil endahh tentang anak mereka sperti tidak menegur anak2 yang tidak menutup aurat dan sebgainya .. haish!!!!

                               Seturusnya Remaja , golongan remaja merupakan sasaran dakwah yang perlu diberi perhatian yang serius oleh para pendakwah bagi menyelamatkan sesuatu bangsa dari kebinasaan dan kesesatan . golongan remaja sekarang n banyak yang dah tersasar dah ana tengok . So kita sebagai pendakwah haruslah memainkan peranan yang kuat dalam berdakwah kepada golongan sasaran dakwah ini (remaja). . remaja merupakan peringkat mad'u yang kritikal dan mencerminkan keseluruhan masyarakat. golongan remaja ini merupakan sasran dakwah yang perlu diberi perhatian kerana merekalah mencerminkan sesuatu kempompok masyarakat . oleh itu , kita haruslah menekankan lebih kepada sasaran ini ..


                              ok selepas itu kita pergi kepada golongan sasaran yang terakhir dalam kategori umur .. Dewasa / warga tua .. berdakwah terhadap golongan dewasa dan warga tua memerlukan pendekatan yang sesuai bagi memastikan keberkesanan mesej yang ingin disampaikan. dlam berdakwah kepada golongan ini kita harus tahu pendekatannya , macam mana . ok seperti guru ana kata kalau kita nak berdakwah kepada orang tua yang tidak tahu apa2 pasal agama takkan kita terus nak ajar mereka membaca hadis nan menghafalnya , kita haruslah pandai misalnya mengajar mereka basic seperti membaca al fatihah atau sebgainya. berdakwah kepada golongan ini walaupun tidak mencabar  sebgaimana dakwah kepada golongan remaja , dakwah kepada golongan kepada orang yang berumur memerlukan kesabaran dan pemahaman terhadap emosi psikologi mad'u. hah memang payah sikit nak berdakwah kepada golongan tua nie sebab apa mereka nie lain sedikit kita harus pandai dalam setiap langkah kerana mereka bukkannya 100% mengikut apa kita kata mereka kebiasaanya mengikut cara mereka yang tersendiri . so bersabar ya akhi . masih terdapat segelintir warga tua yang tidak pandai membaca al fatihah malahan tidak mampu menyebut al fatihah dengan betul , mereka juga ada yang malu untuk blajar agama ,solat dsb . so disinilah tugas para pendakwah untuk menyelamatkan mereka semua ini sebelum mereka ini dipanggil menghadap ALLAH ..

                    Alhamdulillah daripada apa yang kita belajar dan apa yang ana kongsikan di atas harap serba sedikit memberi sumber atau ilmu kepada anda semua .. ana pon dalam proses pembelajaran lagi maklumlah student Dakwah & Pengurusan  .. apa yang ana harap anda semua terhibur dan bertambah yakin dalam menguasai ilmu dakwah ini sendiri . jika ada tersalah harap dapat menegur .Selepas ni kita sambung bahagian lain pula ?/

        To be countinue with other part .. BERSAMBUNG dengan bahagian2 lain dalam DAKWAH ini . INSYAALLAH ana akan update dari masa ke semasa .. sekian wassalam ''takbir"

                                                                                                                        by:cery9ft 20.11.13



Friday, 17 May 2013

Juanglah Dengan Matlamat yang satu..berjuang demi AGAMA...

Secara jujur, apakah niat kita berjuang dalam Pas? Kita cuba muhasabah diri. Apa matlamat sebenar kita bergerak dalam harakah Islamiyyah ni?

Semata2 nak menaikkan parti Islam jd kerajaan?

Semata2 nak tumbangkan Umno?

Semata2 nak menjadi pengimbang kemaksiatan dan kemungkaran Umno?

Atau ada sebab2 lain?

Almarhum tuan guru datuk Fadzil Noor rahimahullah penah berpesan, "jgn kamu masuk Pas semata2 mengejar habuan dunia".

Apakah habuan dunia tu? Iaitulah berjuang semata2 nak menang PRU. Atau semata2 nak tumbangkan Umno atau menjatuhkan Umno.

Biar aku bertanya, jika kita menang PRU nnt apa pula langkah selepas itu? Jika kita berjaya tumbangkan Umno apa pula tindakan susulan?

Ya - jika matlamat kita semata2 perkara dunia seperti itu, maka kita akan temui jalan buntu. Kita akan kecewa jika x capai sasaran. Maka ramailah yg futur. Ramailah yg mati tanpa kuburan dalam perjuangan

Ambil iktibar kisah Qutzman - matinya di medan perang tp tempatnya di neraka. Kerana apa? Kerana perjuangannya semata2 utk melindungi madinah dan keluarganya.

Jadi apakah niat utama kita menyertai Pas? Iaitulah menjadikan Pas sebagai wadah perjuangan MENEGAKKAN AGAMA ALLAH. Menegakkan KALAMULLAH. Menegakkan AD-DEEN. Semuanya semata2 ingin mendapatkan keredhaan Allah.

Dan jika kita berjaya, kita xkan berhenti kerana matlamat kita mencapai redha Allah takan terhenti selagi nyawa dikandung badan. Dan jika kita berjaya, maka insya Allah kemenangan itu kemenangan yg diredhai, dan bukannya istidraj.

Biarkan si fasik mendabik dada kerana kemenangan depa di dunia ketika ini. Biarkan depa berjalan menongkat langit. Firaun pernah menongkat langit mengaku tuhan, akhirnya mati ditelan lautan.

Perjuangan ini panjang. Allah akan tapis para pejuang ini sehingga hanya yg benar2 ikhlas yg akan kekal hingga ke akhirnya. Berdoalah agar kita termasuk dalam golongan yg akhir.

Ingatlah firman Allah dalam surah al ankabuut ayat 6, "Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk."

Allah x berhajat kpd kita, tapi cuba kita insafi - siapalah kita tanpa redha Allah?


-FAIS al hajari

Thursday, 14 February 2013

Permasalahan semasa . - Aurat dan pergaulan

Macam maner aurat  adik beradik berlainan mak ayah?
-kedua anak itu statusnya adik beradik tiri . Batal wuduk jika bersentuhan dan boleh kawin sama ada ibu bapa masing2 masih bersama atau sudah bercerai.

Macam mana dengan perempuan yang pakai mekap yang berlebihan?
-haram jika keluar rumah  hingga dilihat oleh lelaki ajnabi.

Apa hukum perempuan yang bertudung tetapi suka tepuk badan lelaki(berlapik) bila nak tegur seseorang?
- amalan yang dilarang agama kerana lelaki & perempuan dilarang bersentuhan sekalipun dengan berlapik melainkan perlu.

Apa hukum adik perempuan cium pipi abangnya tanda sayang?
- sampai dewasa pon boleh dengan syarat tidak disertai oleh syahwat

Bolehkah saya memanggil panggilan 'abang ' kepada abang ipar saya yang jauh lebih muda dari saya ?
-panggil dengan nama yang diaukai dan elakkam panggilan nama yang membangkitkan berahi.

apa hukum melihat aurat orang kafir?
- sama sahaja aurat hukumnya aurat membangkitkan syahwat

Orang gaji yang bekerja dengan orang kafier,melayani org kafir dan tinggal serumah dengan org kafir itu,adakah wangnya itu halal?
Wanita mukmim adalah amanah allah di muka bumi,haram ia berada dibawah perintah orang kafir dengan selain nama hamba abdi .wajib berhenyi dengan segera dan bekerja dibawah perintah orang yang beriman .

Apakah hukumnya seorang lelaki bercakap melalui telefon dengan perempuan bukan muhrim?
-bercakap dalam telefon sama sahaja bercakap  diluar telefon .jika perkara mustahak harus sekalipun lama dan jika pekara nafsu umpanya .tidak harus sekalipun sepatah.

Aurat perempuan semasa  solat macam mana?
-kecuali muka dan dua pergelangan tangan.

Tengok aurat perempuan tetapi tidak mendatangkan ghairah, berdosa juga ke?
-tetap haram sekalipun tidak ghairah .sebagaimana haram wanita dedah aurat didalam negeri yang semua penduduk lelaki yang telah terpotong kemaluannya atau mati pucuk .

Apa hukum beri salam kepada ajnabi?
Harus .

Harap sedikit sebanyak korang dpt la sedikit ilmu pengatahuan. Heheheh soalan dan jawapan saya ambil dari hasil soal jawap bersama al fadil ustaz azhar idrus . Saya menulis balik .

15.2.13.
-ahmad qusyairi

Test picture . Not relates any title .

Wednesday, 13 February 2013

anda merokok ? HENTIKAN SEKARANG! TAHUKAH ANDA MEROKOK ADALAH HARAM. ?

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti .... tahukah kita yang hukum merokok jatuhnya haram . fatwa seluruh dunia yang telah disepakati telah mengeluarkan fatwa bahawa MEROKOK Adalah haram ? mungkin kita tanya kenapa boleh jadi haram seangkan ianya dibeli pakai duit sendiri , tiada unsur menghin agama dss... tapi itulah hakikatnya .....HARAM TETAP HARAM!!! Ana pon sebenarnya bukanlah sesempurna mana , ana pon bekas perokok jugak ( allahuakhbar ,,teruk nya ana ni ) itulah sifat manusia tak lari dari melakukan kesalahan ... tapi sekrang alhamdulillah ana dah sedar ana dah menyesal dengan perbuatan ana seblum ni... ok la sudah bercerita pasal sejarah hidup ana dlu nanti bnyak benda yang lbih bahaya terkeluar pulak ? ok now mari kita tengok ,dimakah jatuhnya hukum haram ..apakah yang menyebabkan haram ,, apakah pandangan menurut islam dan ulama2. (baca sampai habis Mesyuarat telah meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta memutuskan bahawa menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar. Keterangan/Hujah i. Merokok merupakan perbuatan ke arah pembaziran wang sedangkan membazir adalah saudara Syaitan, Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah Al-Israa" ayat padding Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya ii. Allah S.W.T. melarang seseorang mukmin membunuh atau mencampakkan dirinya ke arah kebinasaan. Tabiat merokok adalah tergolong dalam kancah ini. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 195: Maksudnya: Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baiklah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang berusaha memperbaiki amalanya iii. Allah S.W.T. hanya menghalalkan benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang kotor dan keji. Rokok termasuk dalam kategori tersebut. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al A"raaf. Maksudnya: Ia menyuruh mereka dalam perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara keji dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang buruk dan ia juga menghapuskan dari mereka beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka iv. Rokok (tembakau) menyebabkan fikiran menjadi lesu, kerana bahan-bahan bahaya seperti Narkotin, Candu Tar, Karbon Monoksida serta Sebatian Pridine Methly Alkohol. Rasulullah s.a.w. melarang terhadap sesuatu yang boleh memabukkan, bahkan melesukan fikiran sebagaimana tegahan Baginda dalam sebuah Hadis yang diberikan dari Ummi Salamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda "Telah menegah Rasulullah s.a.w. daripada tiap-tiap perkara memabukkan dan melesukan fikiran". (Hadis riwayat al-Imam Ahmad dan Abu Daud) v. Merokok mengeluarkan bau yang busuk sehingga boleh mengganggu orang lain yang duduk berdekatan apa lagi para Malaikat Sabda Baginda s.a.w. "Sesiapa yang menyakiti muslim maka sesungguhnya ia menyakiti akan daku dan sesiapa menyakiti akan daku maka sesungguhnya ia menyakiti Allah". (Hadis riwayat at-Thabrani) vi. Islam amat mementingkan kesihatan yang sempurna dan bersih dalam segala hal. Ini kerana kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman, sebaliknya perokok itu adalah seorang pengotor Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud "Kebersihan itu adalah sebahagian daripada Iman" Tabiat Merokok bukan sahaja mempunyai kaitan dengan aspek kesihatan, ekonomi dan social, malahan ia juga melibatkan sudut keagamaan dan hukum. Sebenarnya tabiat atau gejala merokok di kalangan umat Islam kini bukan dibenarkan di dalam Islam. Islam telah menegah malah mengharamkan tabiat merokok di kalangan umat-umatnya. Ini menunjukkan bahawa perihal halal telah jelas dan perkara haram telahpun dijelaskan dengan setepat-tepatnya. Hanya yang benar-benar beriman sahaja yang lebih maklum dan dapat membezakan di antara yang baik dan yang buruk, di antara yang halal dan haram. Menurut suatu sumber, rokok digunakan dalam satu upacara keagamaan oleh pendeta-pendeta kaum Maya di Mexico, sebelum masehi lagi. Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahawa rokok itu mula dikenali di negara Yahudi (musuh Allah dan Rasul) Di sanalah rokok diperkembangkan ke negara-negara jiran dan lain kawasan di dunia untuk melemahkan manusia-manusia sihat khususnya penganut-penganut Islam yang bersih.. Pendapat lain mengatakan, Orang-orang Kristian dan Eropah memperkembangkan rokok ke negara-negara jajahannya untuk menindas negara itu dari segi ekonomi, fizikal dan mental sesudah bahan itu dibawa dari Amerika berikutan penemuan itu pada 1492 masehi oleh seorang Putera Itali iaitu Christopher Colombus (1451 - 1506).. OK SEKARANG KITA TENGOK PULA DARI SUDUT PERPEKTIF ISLAM SENDIRI DAN DARI PANDANGAN ULAMA TERKEMUKA .. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut: a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk” c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni) d. Kaedah Usul Fiqh:درء المفاسد مقدم على جلب المصالحyang bermaksud menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan” e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah: i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.. iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia. vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.. Antaranya seperti berikut: a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.. b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.. c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.. 2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.. 3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa “ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”. “Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”. Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama al l-Kulliyatul Khams yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta... hah macam mana tuan2 puan dah puas hati.....masih nak merokok ...... berhenti sebelum terlambat ... ana sayang saudara2 ana . please stop smoking right now!!.

Kenali rukun islam ? Adakah benar2 kite faham ? Kita tahu ?

Assalamualaikum.      apakah yang anda faham  tentang rukun islam? Adakah ia menjadi  sebahagian diri hidup kite.   Mari kite terjah apakah yang dimaksudkan dengan rukun islam itu sendiri.

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
'Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh-Nya'. Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah rasul-Nya.

2. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga meyembah Tuhan yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.

3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu serta segala keinginan terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata-mata kerana Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.

4. Mengeluarkan zakat.
Dengan mengeluarkan zakat kita telah menyerahkan sebahagian dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya.

5. Menunaikan haji di Mekah.
Dengan menunaikan haji, kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempoh dengan rela hati dan sabar semuanya semata-mata kerana Allah.

ok dah habis baca ? Btul ke nie baca habis ke skip . What ever la .   Tanya diri kita ade ke kita melaksanakan rukun-rukun tersebut .   Kalau tidak laksankan sekarang. 'nabi tak pernah ajar kita terlambat ,nabi kata kalau tahu esok kiamat ada benih tanam benih itu ,kiamat nak datang datang la. '( petikan kata2 ustaz don video anak aset ke syurga)

Hope antum2 semua dapat memahaminye. Sekia wassalam . Apa yang buruk itu datang dari saya ,yang baik itu semua dari Allah taala. '

.

Ciri - ciri isteri solehah. Do you?

salam hurm cakap pasal isteri . Mesti membuatkan kite lebih bersemangat right?  Hehehe  setiap insan yang bernama manusia pasti ingin membina sebuah keluarga  yang bahagia.  Kita selalu menginginkan sesuatu yang terbaik dalam setiap pekara.  Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia (mcm petikan lagu nasyid pulak)  kita semua nak yang semua yang elok je . Misalnya mesti ingin memilih  perempuan yang cantik, kaya ,seksi (seksi tu yang penting haish mengarut je)  tapi itulah hakitnya .  Kita sebenarya terlupa  yang benda semua itu tidak menjamin pon kebahagian . Yang sebenarnya hanyalah berkat dan redha allah taala saja yang mampu membahgiakan sesebuah keluarga . Dalam aspek pemilihan isteri pula  kita (kaum lelaki ) bukan nya dituntut untuk hanya memilih calon isteri yang kaya mahupun cantik tapi kita disuruh untuk memilih calon isteri yang solehah yang baik keperibadiannya yang taat perintah Allah itu yang sebenarnya.
ciri -ciri wanita solehah :

Ciri-ciri isteri solehah- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa 
suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.

Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.

Satu
kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta 
mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di 
dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan 
anak-anaknya.

Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi 
kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka 
(lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) 
telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).

- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.

Aisyah
r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih
utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, 
suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama 
diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).

-
Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan 
menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi 
dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami 
yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami
atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus 
menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan
terhadap isteri.

Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa 
membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana 
hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam 
kehidupan suami.

- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati 
suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang 
menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah 
s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin 
(suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain 
isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika 
suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami
bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana 
bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta 
menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat 
membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).

Isteri wajib mentaati 
perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. 
Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian
taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan 
pelbagai hal yang tidak wajar.

- Berusaha menambah ilmu 
pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya 
sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah 
seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.

Sabda 
Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu 
daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan 
agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, 
kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).

Mempunyai sifat 
redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang 
masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, 
Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. 
Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, 
bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah 
menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).

Walaupun ayat ini
ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi 
panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat 
bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh 
kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya.

Rasulullah
memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri 
yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada 
satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain
amat disenanginya. (Hadis sahih).

- Membantu dan menolong 
suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu 
bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin
kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap 
kedua-dua ibu bapanya.

- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada 
perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari 
garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w., 
Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan
solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi
sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh
kasih sayang.

- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab
mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan 
hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang
ramai.

Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya
ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga 
dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti 
doa Nabi Daud a.s.: ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang 
isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku 
dan urusan akhiratku.''

Jadi dimanakah kita sekarang? Wahai kaum hawa adakah anda memiliki ciri2 tersebut .  Taatlah suami kalian . Allah sentiasa membuka pintu taubatnya ? Jangan kite baru sedar untuk bertaubat sedangkan allah sudah tutup hijab bagi kamu .  

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca . InsyAllah. Akhirkata  Ayuh perbetulkan niat kita semula . Balik la kelandasan syariat yang sememangnya benar . Wallahualam .

-ahmad qusyairi 13/2/13

Tuesday, 12 February 2013

Ayuh ank Remaja bangkitlah la muhasabah diri .

Firman Allah sbw.

”[1]Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3]Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4]Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[5]Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6]Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[7]Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8]Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9]Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;”

(Surah Al-Mu’minun 23: 1-9)
Remaja. Ya, anda.  Jom! Mari kita sama-sama bermuhasabah. Melalui garis panduan yang telah Allah tunjukkan kepada kita dalam 9 ayat daripada Surah Al-Mu’minun ini, dapatlah kita sama-sama melihat. Muhasabah kembali. Apakah kita layak menjadi orang yang berjaya dalam erti kata yang sebenarnya?

Di ayat yang pertama lagi. ”Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman,”  kita telah mampu membuat gambaran melalui first impression, dan menambah keyakinan dalam hati kita bahawa agama Islam merupakan agama yang sempurna. Tiada yang perlu diragui lagi. Tak dapat disangkal lagi. Yakinlah wahai remaja sekalian! Islam bukanlah agama yang mengongkong kita. Islam juga bukanlah agama yang ekstrim. Malah, Islam adalah cara hidup. Mari kita perhatikan Firman Allah S.W.T yang berikut:

”Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan menyeluruh”
(Al-Baqarah 2: 208)

Ramai dalam kalangan kita yang solat. Mungkin pernah terlintas dalam fikiran kita ”Aku menunaikan solat, tapi mengapa aku masih sukar atau sering melakukan ma’siat, sedangkan Allah pernah berfirman:
 “ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapatmencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”
(al-Ankabut: 45)

Sahabat sekalian, mari mencari jawapannya. Saya percaya anda sendiri sudah sedar bukan? Perhatikan kembali ayat kedua dalam Surah Al-Mu’minun tadi. “ Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;” Khusyuk kah kita dalam solat? Cuma kita sendiri yang dapat menilainya.
Oleh itu sahabat, disinilah pentingnya ilmu. Memperbaiki cara solat kita. Janganlah biarkan pemikiran kuno mempengaruhi kita. Pemikiran seperti  ”Tiada ustaz yang nak ajar kami, jadi kami tak tahu. Tak apa, sesungguhnya  Allah Maha Mengasihani, Allah tidak menyeksa hambanya yang tak tahu. Allah itu tidak zalim. Tak Mengapa.”
Benar, Allah tidak zalim. Tapi sahabat, bersyukurlah kita kerana kita dilahirkan di zaman ini. Menuntut ilmu tidaklah sesukar para ulama dahulu. Walaupun dalam ketika kerosakan ummah sedang berlaku, ianya tidak menjadi penghalang kepada kita untuk menuntut dan mencari ilmu agama bagi memantapkan akidah dan ibadah kita. Juga, ketahuilah bahawa menyempurnakan solat kita juga merupakan satu tuntutan. Inisiatif perlu diambil bagi mencari ustaz atau guru untuk mengajar kita dalam hal ini. Ingatlah, ilmu itu tidak datang dengan sendirinya. Tiada kejayaan yang datang dengan sendiri. Allah S.W.T berfirman:

”Dan bahawasanya manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya, Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan(kepadanya)”  (An-Najm 53: 39-40)
Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita melalui kaedah bermuhasabah ini. Sedarkah kita, bahawa kitalah generasi yang akan menerajui perjuangan Islam dan pelapis pemimpin negara setelah perginya pemimpin-pemimpin yang dihormati sekarang. Sahabat, mungkin kita semua perlu menjadi pakar dalam bidang masing-masing seperti Pakar Teknologi, Pakar Math, Pakar Biologi, Pakar Fizik, Pakar Kimia dan lain-lain. Kita harus bergabung bagi membentuk sebuah empayar Islam yang baru! Generasi dahulu telah membuktikannya! Takkan kita hanya hanyut dan lena dibuai kisah cinta sahaja? Hah so ? Kat mana kite sekrang madih naik berada di tahap yang sama . Ayuh la remaja bangkit la remaja islam . 
-ahmad qusyairi

Tips untuk mengingati halaman juzu dalam al quran . Cubalah

Tips untuk menghafal “muka surat” Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini kami kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard sahaja.
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442

cubalah teknik ini ajar anak kecil . Sebenarnya bnyak lagi cari, tu la pasal islam nie syumul mmg lengkap . Islam ade bnyak rukhsoh . So ape lg kite?

Kisah 7 pemuda ashabul kahfi (pemuda yang melarikan diri dari pemerintah zalim)

Kisah Ashabul kahfi disebut oleh Allah dalam Surah Al-Kahfi ( ayat 9- 26 ) iaitu kisah pengalaman sekumpulan hamba Allah yang soleh ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua. 

Menurut Ulama tafsir, para penghuni gua itu berjumlah tujuh (7) orang . Mereka dipercayai hidup dalam zaman Maharaja Dikyanus yang menyembah berhala dan dikenali sangat bengis dan zalimnya. 

Kerana enggan tunduk kepada perintah Dikyanus yang menyembah berhala, tujuh orang pemuda itu pun lari dan bersembunyi di dalam sebuah gua untuk bermalam sementara sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang lebih jauh. 

Tetapi bila mereka tidur pada malam itu, mereka tidak tahu bahawa Allah telah menidurkan mereka bukan hanya satu malam tetapi 309 tahun. 

Manusia biasa yang tidur selama 309 tahun pastilah mati. Selama itu tubuh mereka pastilah hancur dan pakaian mereka reput. Tetapi Allah memelihara tubuh dan pakaian Ashabul Kahfi itu seperti asalnya. Bila mereka dibangunkan oleh Allah dari tidur itu, dan melihat perubahan besar yang berlaku di negeri mereka , barulah mereka sedar bahawa mereka telah tidur di dalam gua itu terlalu lama. 
Sebaik mereka terjaga dari tidur, terasalah perut mereka lapar. Mereka memutuskan untuk mengirim seorang daripada mereka pergi ke bandar membeli makanan. Tetapi malangnya, mata wang yang mereka berikan untuk membeli makanan itu tidak laku lagi pada masa itu dan tidak diterima oleh penjual makanan. 

Mata wang itu sudah berusia 300 tahun. Raja zalim yang mereka takuti dahulu pun telah mati dan penduduk negara itu semuanya telah beriman kepada Allah. Maka tidak perlu lagi mereka bersembunyi di dalam gua itu.

Bila kisah pengalaman yang luar biasa ini diketahui oleh orang ramai, mereka berduyun-duyunlah datang ke gua itu untuk menyaksikan sendiri kejadian yang menakjubkan itu. 

Apa yang terjadi selanjutnya pada kumpulan pemuda Ashabul Kahfi itu tidak dijelaskan oleh Allah seterusnya. Mungkin Allah mengisahkan pengalaman ganjil itu semata-mata untuk memberi amaran kepada manusia tentang kekuasaan Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya kepada sesiapa apalagi kepada hamba-hamba-Nya yang sangat dikasihi, walaupun perkara itu tidak terfikir oleh manusia boleh berlaku. 
Bagaimanapun, Allah menyebut tentang perselisihan yang terjadi diantara penduduk negara itu tentang hasrat mereka hendak mendirikan sebuah rumah ibadat sebagai kenangan dari kejadian ganjil itu disitu. 

Menurut ulama tafsir, perselisihan diantara penduduk negara itu berlaku hanya sesudah para penghuni gua itu diwafatkan oleh Allah ( sesetengah pihak percaya mereka itu masih hidup dengan kuasa Allah juga). Perselisihan mereka itu malah berlaku juga tentang jumlah penghuni-penghuni gua itu sebenarnya, dan tentang jumlah masa yang tepat mereka tidur di dalam gua itu. 

Seorang penafsir yang bernama Fakhrur Razi merumuskan bahawa ayat-ayat yang mengisahkan keganjilan Penghuni Gua itu adalah bukti yang jelas adanya Karamah yang diberikan oleh Allah kepada para Aulia yang dikasihi-Nya .

Konklusinya kita haruslah bergantung kepada allah  dalam setiap urusan . ALLAH MENGHENDAKI APA YANG DIA INGINKAN .     kita sebagai hamba Allah . Haruslah bertakwa kepadanya Sahaja .  

Allah itu maha pemurah maha berkuasa  .

- ahmad quesyairi-