.

.
Hidup Hanya Sekali Biarkan Ia Beerti

Friday, 6 December 2013

MINTA 5 MINIT ANDA .. '' ISU BANJIR''

            Assalamualaikum semua ahlan wasahlan .. Alhamdulillah . ana sebenarnya cuba untuk kongsikan satu pendapat dari ana sendiri kepada antum2 semua .. berkenaan isu semasa sekarang ini .. post yang ana nak kongsikan ini ana terus copy dari status update ana seblum ini ..


Maaf saya disini cuba nak selitkan , mungkin ini dari pandangan saya sendiri tentang isu banjir nie'' first! based ape yang saya lihat , memang kita akui yang sebilangan besar dari kita bersimpati dengan mangsa banjir di luar sana , pelbagai tindakan yang kita buat ada yg buat status tentang banjir, beri info kawasan banjir , berkongsi gambar di tmpat kawasan banjir , memaklum balas tntang banjir , memberi tips ,Memberi sumbangan kpd mngsa banjir dan sebagainya . Tapi bedasarkan apa yang saya tngok( bukan secara keseluruhannya) '' kita masih belum capai apa yang sebenarnya kita nak dan orang lain mahukan'' seperti contoh kita buat"" update status'' di facebook yang berbunyi lebih kurang mcm ni'' KUANTAN BANJIR la , Terok sangat ! kesian mangsa Banjir kan diorang Makan apa ek ?  ..... Bnyak kita nampak status atau comment lbih kurang macam nie kan ???  OK izinkan sy bertnya Kpd Semua , adakah Ia hanya cukup dengan Status Macam itu ?? adakah status itu benar-benar memberi kesan dan dapat menolong mangsa Banjir? cukupkah hanya dengan mendapat (y) status anda ? ..ok sekarang fikirkan sekejap dan cuba tnya dan jawab pd diri masing2.. betulkah apa yang kita buat itu , adakah ia sudah mencapai MATLAMAT kita ...  mungkin anda semua dah ada jawapannya selepas berfikir kan..
Tindakan anda itu saya puji dan ada betulnya Tapi hakikatnya itu semua KOSONG!! maaf jika ada terasa hati . 'Kosong jika status itu hanyalah satu kata-kata yang ditampal di Facebook , jika ia tak beri kesan sedikit pon pada orang lain ... Apa salahnya kita cuba untuk untuk laksanakannya contoh ''kita kata kita kesian pada mangsa Banjir '' jika kita kata kita kesian apa yang kita buat selepas itu ? kalau kita kesian mestilah kita kena Tolong kan ? kita tolong tak ? kita buat tak ? ..Fikirkan !!  Lagii satu saya kongsi secara ringkasnya  berkenaan ''Memberi sumbangan dan Pertolongan '' ok  bnyak saya nampak yang berkata ''kita kena tolong orang banjir ni, kita perlu pergi dkat mereka ni dan ada juga yang Tulis Status minta Tolong dan juga Memohon Doa !  ok kat sini saya nak cakapkan kita buat tak apa yang kta cakap ? kita tolong tak? ok dan ada yang diantara anda hanya Berdoa ? Betul perkara pertama kita mesti kena berdoa , dan ia ada diajar dalam agama , ia merupakan perbuatan mulia dan mendapat pahala .Tapi cukupkah juga hanya kita duduk di rumah dan berdoa .. Bukankah Doa ini kena sertakan dengan Usaha sekali ??? apa yang kita usahakan ... usaha macam mana kita buat? kita pergi tolong tak selepas berdoa .Dan selepas itu saya nak sentuh tentang memberi sumbangan ini.. ada tak kita beri sumbangan kpd mangsa banjir , ada tak kita sedekahkan apa2 sahaja , contoh duit , makanan dan lain2.. kalau kita yang terselamat dari banjir ini pula apa kita buat , ada tak kita memberi sumbangan melalui tenaga kerja kita seperti turun membantu mangsa banjir , tolong selamatkan orang lain. ok secara konklusinya  saya nak katakan yang kita semua ini adalah manusia dan manusia semua terikat dengan Fitrah .. Fitrah kita , kita semua Wajib menolong orang yang susah. jadi kita perlulah kembali kepada fitrah itu sendiri . kita di suruh untuk tolong orang dan kita perlulah memberi pertolongan kepada orang lain.. kita sebenarnya perlu ada sikap PROAKTIF didalam diri setiap individu . contohnya ada satu masalah kita cuba selesaikannya dengan diri sendiri tanpa bantuan orang lain.'' Kalau ada masalah- kita selesaikannya      , Kalau ada Kelemahan - Atasi kelemahan itu .     Kalau ada Kekuatan - kita Gunakan Kekuantan itu '' contohnya kita ada kekuatan seperi kita pandai MEMASAK , gunakan kekuatan itu dengan cuba untuk memberi Bantuan sperti Menjadi tukang masak sementara di pusat pemindahan mangsa banjir , atau Sedaiakan makanan kepada mangsa banjir ...  Apa yang saya harapkan selepas ini kita semua termasuk diri saya sendiri dapat melakukan sedikit sebanyak apa yg diperkatakan dan mungkin banyak lagi . Moga selepas ini Ramai yang turun memberi Bantuan dan sebagainya .. AYUH SEKALI LAGI SAYA SERU KEPADA SEMUA MASYARAKAT TURUNLAH , BANTULAH ..  cubalah untuk cari ruang waktu untuk kita menolong buat ketika waktu ni .. INSYALLAH. -sebelum saya berundur izinkan saya untuk meminta maaf kepada semua jika ada terkasar dan terkurangnya saya dlam perkongsian ini -  Allah , Allah, ALLAH
                                                                                                  by:   (Cery9Ft)

No comments:

Post a Comment