Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh... salam perjuangan buat semua ... segala pujian bagi Allah s.w.t .salam dan selawat ke atas keluarga baginda dan para sahabat baginda serta para tabi'tabi'in seluruhnya. serta kawan-kawanku dan seluruh umat islam .. Assalam apa khabar semua ,, semoga semua sihat-sihat dan terus bersemangat dalam mendalami ilmu .. ok kali nie ana membawakan satu tajuk baru pula , yang bertajuk Tokoh2 dakwah dalam dunia islam & melayu .. post yang lepas ana ada tulis pasal dakwah dan metodologi ok kali nie ana bawa ke tajuk yang baru ini dengan harapan antum2 semua dapat mengenal dan tahu lebih lanjut pasal dakwah dan apa didalamnya ..
Pada tajuk yang ana bawa ini Tokoh dakwah dalam dunia islam & melayu dengan harapan agar antum2 dapat mengenal lebih lanjut siapakah Tokoh2 islam dan tokoh2 dakwah itu sendiri .Penulisan yang ana bawa ini bukanlah seratus peratus hasil karya dan idea atau pengetahuan ana .. tajuk yang ana bawakan kalini sesuai dengan sambungan post ana yang lepas .. lagipun ana ada belajar pasal subjek nie iaitu TOKOH DAKWAH semasa di kulliyah . Dengan serba sedikit kefahaman yang ana telah pelajari semasa di kulliyah , apa salahnya ana kongsikan bersama kawan2 .. Bahan2 dan sumber yang ana tulis ini ana gabungkan dengan buku dan nota yang ana dapat semasa di kulliyah .. Dengan penulisan yang tidak seberapa yang ana bawakan ini diharapkan agar dapat serba sedikit memberi manfaat kepada pembaca dan orang lain. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kelemahan , ana terlebih dahulu memohon maaf dan mengalukan sebarang teguran dan pembetulan ..semoga penulisan ini termasuk di dalam kerja dakwah yang mendapat keredaan Allah Azza Wajalla . Amin Ya Rabbal Alamin.
Dalam penulisan saya kalini saya dedikasikan kepada guru saya iaitu pensyarah yang mengajar subjek TOKOH DAKWAH iaitu Dato' Hj Ahmad Munawar Bin Hj Abdul Jalil .dan tidak lupa juga kepada kedua ibubapaku serta sahabat, zuhairah binti mat hassan , Nabila binti abdul jalil dan rakan-rakan lain. Tidak lupa juga kepada Nor Amira Binti Yusof yang merupakan sumber inspirasi ana dan kerana dia lah ana boleh menjalankan tugas2 dakwah ini di media elektronik ini (blogs) tanpanya ana tak kenal apa itu blogs. juga ana dedikasi kepada semua sahabat2 seperjuangan ana yang sekarang masih belajar sama2. InsyaAllah...
Setiap bangsa mempunyai tokoh mereka masing-masing . tokoh yang mereka angkat dari kalangan mereka . Tokoh yang diberikan pengiktirafan oleh mereka.Sehebat manakah tokoh itu tidak penting . Mungkin tidak mencapai taraf tokoh dunia atau tokoh serantau . tokoh ini tidak semstinya lahir setiap masa atau di setiap tempat. tokoh ini kadang2 akan wujud dalam tempoh satu kurun atau satu abad . Bahkan ada satu kaum tidak melahirkan walaupon seorang tokoh yang boleh dibanggakan .. hah camne faham .. tokoh nie kira macam orang yang kita anggap hebat la kita menyanjungi beliau . kalau kita siapakah tokoh yang kita kenal kita angkat ia sebagai tokoh ??? ala tak payah fikir panjang kita ambil tan sri P. Ramlee dah cukup kita boleh angkat beliau sebagai tokoh tokoh seniman jika dia banyak memberi sumbangan kepada kesenian jika kearah keagaman kita panggil ia tokoh agama ...
Definisi Tokoh ., kamus dewan bahasa dan pustaka 2005 Memberikan takrif perkataan 'tokoh' adalah rupa atau keaadan, tampak pada zahirnya , bentuk , gaya dan sifatnya. ia memberikan maksud bahawa tokoh adalah gambaran keseluruhan yang lahir dari akal, hati ,perasaan , tingkah laku dan pemikiran seseorang. kebiasaannya perkataan tokoh ni merujuk kepada maksud seseorang yang HEBAT ,' hebat dalam sesuatu bidang. Kehebatannya itu diberikan pengiktirafan dan diangkat oleh majoriti dalam kelompok masyarakat tertentu ke suatu tahap yang cukup tinggi. Pengiktirafan sebgai ''tokoh'' seseorang biasanya dilalukan semasa hayatnya tetapi ada juga semasa pengiktirafannya dia anugerahkan semasa mereka sudah tiada...Apa yang lebih penting 'tokoh' yang diangkat ini akan menjadi 'simbol' kehebatan sesuatu bangsa atau sesebuah negara. Justeru negara bangsa yang hebat adalah negara bangsa yang mempunyai tokoh yang berdiri megah di persada dunia. Tokoh ini akan menjadi payung kemegahan bangsa dan berdaulat dan bermaruah.
Pengukuran dan Peniliaan tokoh , ukuran kebolehan seseorang tokoh adalah berdasarkan keistimewaannya yang luar biasa sehingga mencapai tahap gemilang dan terbililang. Ukuran dan penilaian boleh dilihat dari beberapa sudut antaranya ialah ; 1 INTELEKTUAL , ketokohan seseorang itu boleh lahir hasil dari kebijaksanaan akal, menjadi ilmuan yang terbilang , Kebijaksaan akal dan hatinya berjaya menghasilka ilmu, teori atau penemuan baru yang ilmiah dan saintifik dalam satu2 bidang yang memberikan manfaat besar kpd masyarakat, negara .contoh seperti kita lah di malaysia kita tengok adik adi putra baru berumur 10 tahun dah boleh menguasai ilmu matematik yang tinggi kebjiaksanaan dia mungkin boleh membawa dia kepada Ketokohan suatu hari nanti , contoh saintis pula seperti ibnu sina , ibnu khaldun merekan merupan tokoh disebabkan kebijaksaan mereka.
Faktor kedua BAKAT & KEBOLEHAN ,ketokohan itu juga boleh lahir dari kehabatannya ,bakat yang tidak boleh terhasil melalui pendidikan semata2 tetapi ia adalah anugerah Allah s.w.t kepada seseorang. Jika seseorang itu memiliki kehebatan dalam seni suara maka lahirlah tokoh qari seperti dato hj ismail hashim dan seperti yang mula2 ana katakan tadi seperti P.Ramlee. Allahyarham Tan sri P.Ramlee memiliki bakat yg hebat dan kebolehan yang luar biasa beliau boleh menyanyi dengn sedap beliau boleh berlakon , bermain alat muzik dan bakat mengarah .. itu adalah bakat semulajadi yang tidak semua orang dapat . Faktor ketiga yang mempengaruhi dalam penilaian tokoh ini ialah KEBERANIAN DAN BERJIWA BESAR ,ketokohan seorang juga boleh diukur atas keberaniannya mempertahankan maruah agama bangsa dan negara sepertimana Khalid al Walid yang memimpin tentera islam membuka kota rome, tariq bin ziad tn berjaya menakluki sepanyol dan seperti di malaysia dato maharaja lela, mat kilau, tok bahaman yang menentang penjajah .keberanian ini dilihat dari sudut lain pula ialah kejayaan seseorang itu menguasai cabaran besar yang sukar dilakukan org lain seperti Datuk magendaren dan datuk mohandas wira pertama yang sampai ke puncak gunung himalaya 1997.dan yang terbaru ini seperti Dato sheikh muzafar yang menjadi angkasawan negara pertama sampai ke angkasa dengan menaiki roket ana tak sure roket ape .. tetapi itulah yang faktor dimana ia dianggap sebagai tokoh .
Definisi Tokoh Dakwah ,setiap agama di dunia ini juga mempunyai tokoh 'AGAMAWAN' yang berjuang mempertabatkan agama mereka. Orang kristian ada 'Pop john paul' orang hindu ada tok sami mereka. bagi orang islam ialah tokoh agamawan kita ini termasuklah tokoh dakwah . cth seperti Tuan guru nik abdul aziz dan lain2. Tokoh dakwah ini didefinasikan 'seorang atau individu yang diberikan penghormatanya atas penglibatan dalam bidang dakwah dalam memberikan sumbangan kepada agama islam .
ok seterusnya ana nak bawa antum2 semua kepada bahagian TOKOH PALING AGUNG ,sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah tokoh paling agung yang tiada bandingannya dengan mana2 tokoh di dunia ini. Baginda adalah 'kekasih Allah' insan yang paling mulia. Kemuliannya tercatit di bumi , di langit dan disyurga.Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul pilihan Allah yang paling mulia dari segi mahkluk di dunia ini. Penghulu segala nabi dan rasul penutup risalah kepada nabi dan rasul . Penyudah nabi-nabi dan rasul .Baginda adalah nabi terakhir zaman yang diutuskan untuk membawa rahmat kepada sekelian alam .
Serba sedikit tentang biodata Rasullullah s.a.w , Diputerakan di mekah pada 12 rabiul awal tahun gajah bersamaan 20 april 570m . ibunya Aminah binti wahab.Isteri Rasullullah s.a.w Khadijah binti khuwalid, aisyah binti abu bakar Dll. Mempunyai 2 orang cucu iaitu Hassan dan Hussain.
Keperibadiannya, di dalam surah al ahzab :21 '' Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasullullah itu adalah contoh ikutan yang baik , iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan )Allah dan (balasan baik) hari akhirat , serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak2(dalam masa senang dan susah).'' maaf kerana ana tak boleh sertakan dengan ayatnya kerana ada masalah sedikit ..
Sesungguhnya Baginda Rasullullah s.a.w mempunyai keperibadian yang agong . Rasullullah s.a.w sangat dihormati kerana baginda dari keturunan pembesar Quraish di kota Makkah. Diberikan panggilan al -Amin oleh penduduk mekah kerana keperibadian dan personaliti baginda sangat mulia. Seorang suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab. Seorang bapa yang sentiasa memberikan spenuh perhatian kepada anak-anak dan sangat rapat dengan Saidatina Fatimah . Seorang datuk yg sangat sayangkan cucunya. Seorang sahabat yang baik dan setia. Sahabat yang paling rapat dengan baginda ialah Abu bakar , omar, uthman dan ali . Seorang pemimpim ummah yang agong , panglima perang yang berani dan hakim yang adil .
KeistimewaanNya .1. namanya disebut di langit dan di bumi basah di bibir mekar dihati , Nama baginda dikenali seluruh mahluk di langit dan dibumi, sama baginda sentiasa disebut oleh malaikat, jin ,manusia. Allahurabbi .... Nama Rasullullah s.a.w juga disebut 9 kali didalam ungkapan selawat di dlm solat.
2.Catatan hidupnya lengkap , keistimewaan Baginda Rasullullah s.a.w kerana kehidupannya dirakam dan dicatatkan bermula saat Baginda s.a.w diputerakan hingga samapai saat Baginda wafat.
3. Makamnya sentiasa dikunjungi Ummah/kekasihnya, keistimewaan Rasullullah s.a.w juga diperlihatkan oleh Allah s.w.t walau pun Baginda Rasullullah s.a.w telah wafat . Biarpun ribuan tahun Rasulullah s.a.w meninggalkan kita namum Rasulullah s.,a.w sngat dekat dihati umatnya.Setiap hari dan setiap waktu makam Rasulullah s.a.w sentiasa di kunjungi dari serata pelusuk dunia .Menziarahi Rasulullah s.a.w seolah2 baginda masih hidup, sebagaimana sabdanya'' Sesiapa yang menziarahi aku ketika aku wafat seolah-olah ia menziarahi aku ketika aku hidup''( hadis riwayat al Tabarani & baihakki)
Kalau nak diceritakan memang terlalu banyak Keistimewaan Baginda Nabi Muhammad s.a.w ini.. ana hanya ceritakan sedikit sahaja ,antum2 boleh rujuk di lain sumber . Allahuakhbar sedihnya rasa , mengalir air mata apabila mengenangkan baginda ...
Alhamdulillah sebentar tadi kita menyelami serba sedikit tentang tokoh terulung kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Selepas ini ana di selitkan pula beberapa TOKOH-TOKOH ISLAM ... tapi sebelum itu ana ini meminta maaf jika ada terkurang dan tersalah semasa dalam penulisan ini .
Didalam Dunia Islam ini sebernya terdapat ramai Tokoh-tokoh dakwah yang hebat sebenarnya .. tapi kali ini ana hanya menceritakan serba sedikit biografiNya ..
TOKOH DAKWAH DUNIA ISLAM
YUSUF AL QARADHAWI 1926M (MESIR) (ULAMA KOTEMPERORI)
Pada 9 september 1926 Yusuf al Qaradhawi dilahirkan dikampung shaft Turaab, Thanta Mesir. Dalam usia 10 tahun beliau sedah menghafal Al -Quran . Syeikh Yusuf Al Qaradhawi digelar ' Ya Allamah '' oleh syeikh atau para gurunya.
Pada tahun 1952M Yusuf al Qaradhawi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Usuluddin) dari universiti al-azhar .Pada tahun 1954 beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda ( B.Arab) .Pada tahun 1972M beliau memperoleh Ph.D dalam bidang Syariah .Tesis bertajuk'Zakat dan kesannya dalam pembasmian kemiskinan''
Beliau merupakan Ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah ,Presiden Persatuan Ilmuan Islam Antarabangsa, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa 1431H/2009M.
IMAM HASAN AL BANNA 1906-1949 (MESIR)
Hasan ibn Ahmad ibn Abd al-Rahman al -Banna dilahirkan pada 14 Oktober 1906M bersamaan 1324H di kampung al Mahmudiyah , Daerah al Bahriyyah, Iskandariah ,Mesir .Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai2 islam, Serta keluarga ulama yang dihormati.
Bapanya ,Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al Banna peniaga kedai jam yang juga merupakan seorang Ulama ,imam , guru dan seorang pengarang terkenal kelulusan universiti al-azhar menyumbang dalam penulisan kitab2 hadis dan fiqh perundangan islam .Beliau juga adalah seorang pengkaji ,penyelidik dan mengajar Ilmu-ilmu agama seperti Tafsir al Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan .
Pada tahun 1923M ketika berusia 16 tahun Hassan al -Banna memasuki Dar al Ulum , sekolah latihan guru di kaherah . ketika berusia 20 tahun hassan al Banna telah menghafal 30 Juz Al quran .Pada tahun 1927M beliau memperoleh ijazah dari Darul Ulum dan menjawat jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah Rendah Kebangsaan di Isma Iliyya. Beliau mengajar siang dan malam untuk melaksanakan matlamatnya menyampaikan ilmu kepada anak muridnya .Beliau berceramah di masjid dan juga di kedai kopi .
Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al- Akhlaq al -Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam .Melalui pertubuhan ini beliau dan rakan2nya menjalankan DAKWAH ke serata tempat, di kedai2 kopi dan tempat2 perhimpunan orang ramai.
Pada Mac 1928M bersamaan Zulkaedah 1347H ,dalam Usia 23 tahun Hassan al Banna telah menubuhkan gerakan ''IKHWAN MUSLIMIN'' di bandar Ismailliyah . Gerakan ini ditubuhkan mengambil semangat dan cita-cita Syed Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.''Ikhwanul Muslimin '' ditubuhkan untuk mencapai reda Allah s.w.t berdasarkan Al -Qur'an dan sunnah Rasulullah s.a.w mengariskan pendekatannya , Pertama : Membentuk peribadi Muslim , kedua : Membentuk keluarga Islam ,Ketiga: Hidup dengan cara islam . Keempat: Menegakkan negara Islam . Kelima: Membentuk kerajaan islam .
Ikhwanul muslimin juga meliputi segala bidang dakwah iaitu 1.pendidikan terhadap kanak-kanak .2 Pelajaran Al-Qur'an bagi dewasa. 3. Pendidikan keluarga .4 dakwah kpda setiap lapisan masyarakat . 5 Amar makruf nahi mungkar melalui pelbagai pendekatan . Ikhwanul muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu : Pertama memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan . Kedua membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani Jihad . Ketiga melaksanakan cita-cita perjuangan islam dengan Tegas .
Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia ke 2.apabila gerakan itu turut bertanding dalam pilihanraya .Pengaruh ikhwan muslimin yang kuat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir . Pada 1948 ikhwanul muslim diharamkan di atas alasan gerakan tersebut terlibat merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Hassan al Banna berusaha menyelamatkan pertubuhan Ikhwan muslimim , malangnya tidak berjaya .Pada 12 febuari 1949 beliau keluar rumah bersama teman-teman ya untuk menjalankan kerja dakwah , tiba-tiba beliau di tembak oleh seorang anggota polis Raja Farouk di tepi jalan raya kaherah dan meninggal dunia di hospital . Jenazahnya hanya disolatkan oleh ayah beliau sebagai imam dan anak lelaki beliau sebagai makmum . hanya 2 orang sahaja . kerana disekeliling rumah belaiu sudah dikawal ketat oleh tentera kerajaan yang tidak membenarkan orang luar memberikan penghormatan terakhir kpd beliau.Allahuakhbar zalimnya pemerintah ketika itu kepada orang Alim ..
Begitu lah kisahnya serba sedikit yang ana tahu dan berdasarkan apa yang ana pelajari ... Ana sendiri cukup kagum dengan kisah perjalanan hidup HASSAN AL BANNA ini ... Alhamdulillah setelah lama Ikhwan muslim ini di ancam kita ISLAM bangkit dan ikhwanul muslimin bangkit kembali di mesir dan beberapa negara .. Ikhwanul muslimin menang dalam pilihanraya lepas di mesir dan Dr Mursi adalah Presidennya ... tetapi baru2 ini juga berlaku pergolakan di mesir yang membabitkan kematian .. Satu komplot untuk menjatuhkan Ikhwanul muslimim telah berlaku .. Tentera kerajaan AS SISI LAKNATTULLAH yang mengarahkan untuk menangkap dr musrsi dan menghancurkan ikhwanul muslimin sekali lagi ... Allahhuakhbar ...kini Rakyat mesir masih lagi di tindas .. dan Kuasa ikhwanul muslimin disekat , dan DR mursi kini ditahan oleh tentera laknatullah ... '' doakan IKHWANUL MUSLIMIN''
Alahmdulillah kita dapat mengenali serba sedikit berkenaan TOKOH DAKWAH DAN TOKOH-TOKOH DUNIA ISLAM . sebenarnya ana hanya menceritakan hanya secebis sahaja daripada keseluruhan Tokoh-TOKOH ini , yang sebenarnya memang ramai dan banyak TOKOH-TOKOH ISLAM yang hebat yang ada di DUNIA ISLAM INI seperti Syed Jamaluddin Al Af-Ghani (1838-18970 ) AFGHANISTAN , Muhammad Abduh (1849- 1905) MESIR, Badiuzzaman Said Nursi ( 1876-1960) TURKI, Syed abdul A'la Al Maududi (1903-1979) INDIA , Syed Qutb (1906-1966) MESIR, Mustafa As-Sibai ( 1915-1964) SYRIA, Ahmad Deedat ( 1918-2005) AFRIKA , Harun Yahya (1956) TURKI dan ramai lagi .. INSYALLAH ..
Seterusnya , Ana akan pergi kepada TOKOH DAKWAH DI DUNIA MELAYU pula .. memandangkan kita di Malaysia dan majoritinya Melayu .. sebenarnya Bangsa melayu juga melahirkan beberapa orang Tokoh Dakwah yang hebat . Dan kalini ana juga akan menceritakan serba sedikit biodata dan ceritannya serba sedikit INSYAALAH ..
TOK KENALI (1868-1933) (MALAYSIA)
Tok Kenali atau nama sebenarnya Muhammad Yusof bin Ahmad telah dilahirkan di kampung Kenali kubang Kerian Kota Bharu Kelantan pada tahun 1868M di Kelantan.
Tokoh Intelektual Islam berasal dari Kelantan ini dikenali dan dikagumi kerana sumbangan jasa besar dalam memartabatkan pendidikan Islam di Kelantan Negeri Serambi Mekah. Nama beliau terkenal hingga seluruh asia tenggara kerana ketinggian ilmunya dan antara Tokoh Melayu yang paling lama menimba ilmu di Tanah Suci Mekah iaitu hampir 22 Tahun sebelum kembali ke tanah air pada tahun 1909M.
Dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia As Sultan Kelantan sebagai Guru Agama di Masjdi al Muhammadi , Dilantik menjadi anggota Majlis Ulama Kelantan, Dilantik sebagai Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan , Pernah menjadi penolong Mufti dan Ketua pelajaran Agama Islam Kelantan.
Antara hasil karya Tok Kenali ialah majalah, menulis 2 buah buku iaitu 'Pusaka Tok Kenali dan Cerpen Warisan Tok Kenali'' Belaiu juga menghasilkan 9 buah kitab yang terknal iaitu Khasiat Binatang, kitab Mujorabat, Kitab Tasyif, Sangkalan terhadap Kaifiyah, Hafalan dan Doa Yassin, Ilmu Risik Tok Kenali ,Ilmu Penyecah Tok Kenali , Ilmu ma'jun Tok Kenali dan ilmu Julab Tok Kenali .
SYEIKH ABDULLAH FAHIM (1869-1961) (MALAYSIA)
Tuan Guru Syeikh Hj Abdullah bin Hj Ibrahim bin Hj Abdullah merupakan Datuk kepada Perdana Menteri Malaysia ke 5 Dato Seri Hj Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Beliau dilahirkan di Kampung Sha'ab Ali berhampiran dengan Masjidil Haram Makkah .pada tahun 18699M bersamaan 1286H . Bapanya Syeikh Ibrahim bin Tahir adalah guru di Masjdil Haram .
Ketika berlakunya perang pattani-siam pada tahun 1830an bapanya berhijrah dari patani ke kedah dan dibesarkan disana dalam suasana ilmu keagamaan belaiu berdamping dan berguru dengan ramai ulama. menurut riwayatnya guru belaiu di Mekah dan Madinah mencecah 50 Orang . Pada tahun 1916 belaiu kembali ke tanah melayu dan mengajar aqidah di rumahnya di kepala batas ,Pulau Pinang dan mengajar di Pondok Tuan Hj Wan Sulaiman bin Wan Sidek Alor Setar. Pada 1931 belaiu dilantik oleh Sultan Perak menjadi ketua madrasah Idrisiah Bukit Chandan , Kuala Kangsar Perak . Pada tahun 1951 Syeikh Abdullah Fahim dilantik menjadi Mufti Negeri Pulau Pinang yang Pertama dan Bertugas selama 10 tahun sehingga 1961.
Abdullah Fahim menjadi terkenal sebagai Ulama Masyur di serantau pada masa itu . Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Melayu lain sering mendapatkan nasihatnya dalam usaha mendapatkan kemerdekaan . Beliaulah yang menasihati Tunku supaya berkerjasama dengin pemimpin kaum lain supaya penjajah British bersetuju memberi Kemerdekaan .
Pada 27 April 1961 Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia dalam usia 92 tahun ...Allahurabii besarnya jasa belaiu ..
Allahuakhbar ,, sebenarnya kita ini terlalu hampir dah dengan golongan2 seperti beliau .. cuma kehendak kita sahaja akan menentukan untuk pilih ...
Alhamdulillah kita semua dapat mengenal serba sedikit Tokoh-tokoh Islam di Dunia Melayu ini seperti Tok Kenali , syeikh Abdullah Fahim dan ramai lagi seperti Tokku Paloh (1817-1917), Dr Burhanuddin Al -Helmy (1911-1969) , Dr Syed Naquib Al Attas (1931M) dan ramai lagi yang akan lahir INSYAALLAH .
ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR , Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi , kerana kita masih lagi dipanjangkan umur dan dipermurahkan rezeki dan masih lagi di beri kesempatan untuk belajar ilmu dan mendalami ilmu itu tersendiri .. Alhamdulillah, Pertama sekali ana ingin mengucakap ribuan terima kasih kepada para pembaca semua dan rakan -rakan ana semua . Alhamdulillah kali ini ana membawakan satu tajuk baru dan merupakan satu penulisan yang terpanjang setakat ini buat diri ana sendiri , Moga dengan penulisan yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada semua terutama sekali buat saudara seislam ku ... Moga dengan tajuk yang ana bawakan ini dapat membantu kalaian semua suatu hari nanti , dan ana sendiri mengalu-alukan kepada semua untuk SHARE ,GOOGLE + ,COPY ,SEBARKAN kepada yang lain .. tidak mengapa ana benarkan demi AGAMA ISLAM , demi memperluaskan kerja -kerja dakwah INSYAALLAH .. moga kita semua tergolong di kalangan orang yang beriman..
Dan ana harapkan anda semua terus dan tidak henti-henti untuk menjalankan kerja dakwah dan membuat kebaikan ... Sebelum ana menghabiskan ayat-ayat terakhir marilah kita sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH buat pejuang-pejuang dakwah islamiyah dan kepada Guru-guru semoga Allah s.w.t mencucuri Rahmat ke Atas Kalian AL-FATIHAH............
Sekian Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh .. Maasalama ..
-Hidayah Itu Milik Allah- By: Cery9ft 02.12.2013
No comments:
Post a Comment