Assalamualaikum. apakah yang anda faham tentang rukun islam? Adakah ia menjadi sebahagian diri hidup kite. Mari kite terjah apakah yang dimaksudkan dengan rukun islam itu sendiri.
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
'Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh-Nya'. Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah rasul-Nya.
2. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga meyembah Tuhan yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.
3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu serta segala keinginan terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata-mata kerana Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.
4. Mengeluarkan zakat.
Dengan mengeluarkan zakat kita telah menyerahkan sebahagian dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya.
5. Menunaikan haji di Mekah.
Dengan menunaikan haji, kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempoh dengan rela hati dan sabar semuanya semata-mata kerana Allah.
ok dah habis baca ? Btul ke nie baca habis ke skip . What ever la . Tanya diri kita ade ke kita melaksanakan rukun-rukun tersebut . Kalau tidak laksankan sekarang. 'nabi tak pernah ajar kita terlambat ,nabi kata kalau tahu esok kiamat ada benih tanam benih itu ,kiamat nak datang datang la. '( petikan kata2 ustaz don video anak aset ke syurga)
Hope antum2 semua dapat memahaminye. Sekia wassalam . Apa yang buruk itu datang dari saya ,yang baik itu semua dari Allah taala. '
.
No comments:
Post a Comment