Macam maner aurat adik beradik berlainan mak ayah?
-kedua anak itu statusnya adik beradik tiri . Batal wuduk jika bersentuhan dan boleh kawin sama ada ibu bapa masing2 masih bersama atau sudah bercerai.
Macam mana dengan perempuan yang pakai mekap yang berlebihan?
-haram jika keluar rumah hingga dilihat oleh lelaki ajnabi.
Apa hukum perempuan yang bertudung tetapi suka tepuk badan lelaki(berlapik) bila nak tegur seseorang?
- amalan yang dilarang agama kerana lelaki & perempuan dilarang bersentuhan sekalipun dengan berlapik melainkan perlu.
Apa hukum adik perempuan cium pipi abangnya tanda sayang?
- sampai dewasa pon boleh dengan syarat tidak disertai oleh syahwat
Bolehkah saya memanggil panggilan 'abang ' kepada abang ipar saya yang jauh lebih muda dari saya ?
-panggil dengan nama yang diaukai dan elakkam panggilan nama yang membangkitkan berahi.
apa hukum melihat aurat orang kafir?
- sama sahaja aurat hukumnya aurat membangkitkan syahwat
Orang gaji yang bekerja dengan orang kafier,melayani org kafir dan tinggal serumah dengan org kafir itu,adakah wangnya itu halal?
Wanita mukmim adalah amanah allah di muka bumi,haram ia berada dibawah perintah orang kafir dengan selain nama hamba abdi .wajib berhenyi dengan segera dan bekerja dibawah perintah orang yang beriman .
Apakah hukumnya seorang lelaki bercakap melalui telefon dengan perempuan bukan muhrim?
-bercakap dalam telefon sama sahaja bercakap diluar telefon .jika perkara mustahak harus sekalipun lama dan jika pekara nafsu umpanya .tidak harus sekalipun sepatah.
Aurat perempuan semasa solat macam mana?
-kecuali muka dan dua pergelangan tangan.
Tengok aurat perempuan tetapi tidak mendatangkan ghairah, berdosa juga ke?
-tetap haram sekalipun tidak ghairah .sebagaimana haram wanita dedah aurat didalam negeri yang semua penduduk lelaki yang telah terpotong kemaluannya atau mati pucuk .
Apa hukum beri salam kepada ajnabi?
Harus .
Harap sedikit sebanyak korang dpt la sedikit ilmu pengatahuan. Heheheh soalan dan jawapan saya ambil dari hasil soal jawap bersama al fadil ustaz azhar idrus . Saya menulis balik .
15.2.13.
-ahmad qusyairi
hebat ......teruskan
ReplyDelete