.

.
Hidup Hanya Sekali Biarkan Ia Beerti

Tuesday, 31 October 2017

ARAK Ibu Segala Kerosakkan..Satu Bantahan Terhadap Penganjuran Pesta Arak Di Malaysia




ASSALAMUALAIKUM w.b.t  .Selawat dan Salam ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w . Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad.  Salam sejahtera buat semua pembaca ataupun pelawat laman blog saya. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi saya awak dan semua kita masih diberi peluang dan ruang untuk mencari bekal sebelum datang menghadap-NYa.



Dikesempatan ini saya cuba ingin berkongsi sedikit mungkin hal ini melibatkan isu semasa yang berlaku sekarang ini.umum mengetahui Mudarat Arak dan Hukumnya.. OCTOBERFEST kini menjadi perbualan hangat dalam masyarakat di Malaysia umumnya, mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu atau sengaja malas ambil tahu. sahabat semua ,, Tahukah sahabat apa itu ARAK .. umum kita mengetahui arak itu minuman yang diharamkan oleh islam . dan kita tahu non -muslim sebahagiannya meminumnya .. sahabat semua .. 


firman Allah:

Ertinya: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu Berjaya’
(Al- Maidah 90)





















Ayat tentang larangan Arak disebut di dalam Al -Quran sebanyak 3 kali pada lain-lain tempat..Syarak telah menetapkan bahawa Arak ini haram .Keburukkan pengunaan arak dan miminumnya amat buruk kesannya,seperti hilangnya pertimbangan aqal , merosakkan kesihatan,merosakkan aqal.. Didalam maqasid as syariah.. Disebutkan tentang penjagaan Aqal (kepentingan Aqal ) Penggunaan aqal adalah penting kerana dengan aqal lah membezakan kita dengan makhluk yang lain.. Allah membekalkan Aqal kepada Manusia untuk membezakan yang hak dan yang batil dan seterusnya untuk beribadat kepada-Nya.Tanpa Aqal manusia akan rendah kedudukannya berbanding makhluk lain. Oleh itu,Penggunaan Arak amat bahaya dan memberi kesan yang buruk..Miminum khamar atau arak termasuk dalam dosa dosa besar

.Izinkan ana kongsikan Cerita Dari Guru Kami cerita ini dikongsikan oleh Guru kami apabila ia Ziarah ke Tempat Pengajian kami. Tatkala guru kami Tg Baba Ismail (pak da eil kerasak al- fathoni) membicarakan  bab siksa zina dalam kitab Al yawakit wal jawahir kitab Al yawakit Wal jawahir fi uqubati ahlul kabair ( pada membicarakan siksa orang berbuat dosa yang besar )

kitab ini adalah karangan Syeikh besar  iaitu Wahab Asya'rani ..kami tamat talaqi dengan Guru kami AF Ustaz Zulmukhsah dan Disambung oleh Gurunya, Kitab yang sama ( setahun sekali Baba Akan ke tempat Pengajian Kami) Tuan Guru Baba menceritakan Tentang BAB ZINA  dalam Mensyarahkan kitab itu TG Baba membawa satu cerita " Seorang ALIM yang Mati Dalam Kafir"

TG Baba Menceritakan lebih kurang macam ini " Ada satu kisah Orang alim yang ibadatnya sangat tinggi yang dikatakan muridnya sangat ramai ,Ibadat nya sangat tinggi. Tetapi malangnya ia gelincir ke lembah maksiat Zina dan dosa-dosa besar yang lain , Hamba Alim Ini telah ditipu oleh syaitan yang membawanya kepada DOSA,  Bermula kisah syaitan ini menipu si Alim ini , si syaitan menyamar menjadi anak murid kepada syeikh alim ini dan Si alim ini terkejut bahawa anak murid yang mahu belajar dengan dia ini lebih banyak berbuat ibadat , lalu si alim ini bertanya bagaimana kamu boleh berbuat ibadat sedemikian , lalu syaitan itu menunjukkan cara untuk beribadat sepertinya dengan menetapkan syarat, lalu si alim menanyakan syarat tersebut Syaitan itu berkata, jika kamu mahu beribadat sepertiku kamu perlu berbuat dosa selepas berbuat dosa dan taubat kamu akan dapat nikmat beribdat.

Maka lalu si alim bertanya dosa apa aku perlu buat, lalu syaitan menyuruh untuk berbuat 'zina" lalu si alim berkata zina itu dosa besar dan aku tak mahu buat, lalu syaitan menyuruh untuk buat dosa bunuh orang, si alim itu menolak juga lalu syaitan menyuruh untuk MEMINUM SEDIKIT ARAK ,lalu disuruh pergi ke kampung untuk membeli khamar itu ( arak) , si alim pergi ke kedai yang dimana penjual arak itu seorang wanita cantik , lalu membeli lah arak oleh si alim itu dan meminumnya lalu mabuk seterusnya terjadi ZINA dengan perempuan penjual arak tadi seterusnya si alim itu membunuh pula wanita tadi' Tengoklah bertapa Buruknya KESAN MEMINUM KHAMAR INI... IA MEMBAWA KEPADA ZINA-BUNUH DAN DOSA2 LAIN..
Cerita yang sama yang ana ada terbaca dalam kitab @ buku yang terjumpa di rumah milik ayah punya yang bertarikh 12/6/84, bertajuk HAKIKAT HIKMAH TAUHID & TASAWUFF dr k.h muhibuddin waly yang meringkas/ syarah sedikit daripada KITAB HIKAM IBNU ATOILAH ASSAKANDARY
CERITA INI lebih kurang macam cerita TUAN GURU BABA , cerita ini juga banyak didengari dalam kuliah2 tasawuff cerita ini ada banyak versi sedikit yang ana perhatikan . tapi tak mengapalah mudah-mudahan dengan cerita ini kami mengambil ifadah( faedah) Kisah Seorang Abid,Alim yang  Bernama Barsiso ( barshisha ) dikatakan mempunyai 60.000 Org murid , dan murid-muridnya itu semuanya Alim. Kealiman syeikh barshisha sangat mengagumkan hingga terkenal dikalangan malaikat-malaikat.
Dipendekkan cerita, sifat syaitan yang jahat dan dengki dengan perbuatan baik anak cucu adam ini, syaitan ini menyamar menjadi hamba ALLAH yang taat , kemudian  bertemu dengan BARSHISHA dan kata syaitan dia ingin berkhidmat kepada syeikh Barshisha dan ingin membantu Barshisha dalam Hal ibadat,Kemudian tipu helah syaitan bermula apabila ia bersama dengan syeikh Barshisha . Syaitan itu melakukan amal ibadat tanpa henti selama 3 hari 3 malam tanpa tidur, tanpa makan & minum

Barshisha berkata kepadanya, "aku tidur, aku makan & minum sedangkan engkau tidak makan, minum dan tidur sama sekali. Padahal aku telah beribdat kepada Allah selama 220 tahun di mana aku tidak sanggup untuk meninggalkan makan & minum. Oleh kerana itu , apakah  dayaku sehingga aku ini bisa boleh menjadi seperti kamu kata syeikh barshisha. Lalu syaitan itu menjawab' Pergilah kamu dari tempat ini dan lakukanlah larangan Allah , kemudian taubatlah engkau kepada-Nya , Kerana Allah Maha Pengasih , dengan demikian pasti engkau akan mendapat manisnya taat kepadaNYA. Lalu Barshisha bertanya syaitan yang menyerupai sebagai orang alim itu , Dosa apakah yang baik saya kerjakan??

Lalu jawab Syaitan itu ''ZINA' jawab syeikh barshisha kalau begitu akan tidak akan lakukannya ,kerana barshisha seorang yang alim dalam hukum dia tahu akan kesan dosa daripada berzina itu, Lalu syaitan itu berkata Jika kamu tak mampu untuk berzina Kamu Perlu 'membunuh seorang hamba ALLAH yang mukmin' Barshisha tetap enggan untuk melakukannya , syaitan itu berkata kalau begitu minum sajalah minuman yang memabukkan , ini adalah lebih mudah dan ini tidak ada hubungannya dengan orang lain selain diri engkau sendiri. Tengok betapa bijaknya Syaitan main saiko ni,, ok sambung cerita dalam kitab tu, setelah menilainya tergoda akhirnya Barshisha memilih untuk meminum khamar @arak kerana dia fikir kesannya tidak melibatkan orang lain , akhirnya Barshisha bertanya kepada Hamba yang kuat ibadah itu ( syaitan) di mana untuk dapatkan ARAK ITU ??


SYAITAN itu menjawab, Kamu pergi ke sebuah kampung dan kedai yang telah diceritakan oleh syaitan itu, lalu Barshisha pun terus pergi ke kedai itu setelah sampai ke kedai itu barshisha ketemu seorang wanita yang sangat cantik lagi cekap pekerjaannya menjual khamar@ARAK .

Barshisha pon lantas membeli ARAK itu lalu meminumnya dan barshisha menjadi mabuk . Dengan mabuknya itu lantas Barshisha menzinai perempuan penjual arak itu , lalu datanglah suami perempuan itu lalu dibunuhnya pula suami perempuan yang dizinai tadi. Setelah kejadian itu, Syaitan itu menyamar pula menjadi manusia biasa , lalu dibawanya Barshisha kepada Penguasa di zaman itu untuk dihukum, Penguasa menjatuhkan  hukuman kepada syeikh BARSHISHA  dengan 100 kali pukulan kerana menegerjakan zina, dan Hukum Terakhir menurut penguasa itu Barshisha harus di SALIB kerana dosa Membunuh .

Tatkala BARSHISHA dinaikkan ke Tiang Salib ,Syaitan itu datang kembali dengan menyerupai manusia yang baik hati yang kononnya untuk membantu Barshisha supa lepas daripada hukuman salib itu, Syaitan itu berkata, Wahai Barshisha apakah tentang keadaan mu?? LALU barshisha menjawab ' MALANG BAGI ORANG YANG PERCAYA KEPADA TEMAN YANG JAHAT,TENTULAH ORANGNYA NESCAYA AKAN BINASA' syaitan pun berkata" aku telah beribadat denganmu sekian lamanya  dan aku yang menyebabkan engkau di gantung di tiang salib ini, Jika engkau ingin aku menurunkan engkau turun dari tiang ini aku akan menurunkanmu, Lalu barshisha menjawab 'itulah yang aku maksudkan ,Turunkan aku dan aku akan memberikan apa sahaja yang engkau mintakan ...

Berkatalah Syaitan itu'' Nah bersujudlah kepadaku !! berkata barshisha macam mana aku ingin bersujudkepadamu sedangkan aku masih diikat ditiang ini ?? Syaitan itu menjawab Aggukkanlah kepalamu  tanda isyarat sujud kepadaku. LALU Barshisha mengisyarakatkan kepalanya tanda bersujud kepada SYAITAN .. LALU MENJADI KAFIRLAH BARSHISHA DENGAN SUJUDNYA ITU...MAKA TAMATLAH KISAH BARSHISHA INI.....

OK, Melalui cerita ini ana yakin kita dapat faham bahawa keburukan yang bermula kepada Barshisha dalam cerita di atas adalah bermula daripada MEMINUM ARAK ..tidaklah perlu diperbahaskan tentang asal usul cerita ini , kesahihannya atau lainnya , Yang ana cuba tekankan disi adalah tentang sesuatu yang ALLAH S.W.T  TETAPKAN memang ia sudah pasti , Jika Ditetapkan ia buruk Sememangnya ia adalah Buruk ..

Berbalik semula kepada Pesta ARAK yang menjadi perbualan kini…  Kenapa kita Perlu Mendesak untuk membatalkan Program Yang buruk ini..  Jelas ia adalah satu benda buruk yang dibawa ke Negara kita .. Mungkin kita semua baru  tahu Tentang wujudnya Program Pesta Arak ini , kita baru mendengar tentang OCTOBERFEST 2017 , sedar tidak sedar sebenarnya PESTA ARAK ini sudah beberapa Kali di adakan di Negara kita ini , mungkin sebelum ini Skala sasaranya adalah kecil dan lebih tertutup . Tetapi kali ini dilihat pengajurnya semakin berani hinggakan mengumumkan secara besar-besaran untuk mempromosikan Program Terkutuk ini!!!

Ia amatlah bercanggah dengan semangat Perlembangaan  yang meletakkan Agama Islam sebagai AGAMA Persekutuan . Dan ia bukanlah satu adat yang ada didalam negara kita ini…  Pengajuran mereka ini seolah-olah tidak menghormati sensitivi  umat islam di Negara kita. Sedar tak sedar juga kita sekarang ini cuba diserang dengan pelbagai cara .bermacam-macam aktiviti yang tidak sihat berlaku pada masa sekarang realitinya,  Ini Nak Buat Pesta ARAK, Bukan itu sahaja, Pesta GAY pon ada terlalu banyak budaya yang buruk yang sedang dibawa masuk ke Negara kita ini,,


Memang Benar Negara Kita ini Mempunyai pelbagai Kaum baik Melayu baik India baik Cina dan lain-lain.. Mungkin ada sesetengah Perkara Kita sama-sama perlu hormati baik dari segi adat ataupun perkara keagamaan masing-masing.. Penganjuran Pesta Arak ini amatlah tidak Sesuai .. Benar Meminum Arak bagi NON-MUSLIM  di Malaysia bukanlah satu kesalahan.  Mereka boleh minum ditempat-tempat yang sesuai dirumah atau premis-premis persendirian  dan kita pon tahu banyak kedai-kedai yang menjual arak tetapi perlulah berlesen .. itupun satu juga masalah grrrr.. Tapi  apa yang saya cuba nak focuskan disini Nak Minum tu Minumlah  Tapi Perlukah Untuk Membuat Pesta ARAK!!! Meminum Arak Dan Pesta ARAK adalah Satu Perkara yang Berbeza.

Pesta ARAK  ini seolah-olah membuka ruang kepada orang untuk Berhibur secara besar-besaran  dengan menghidangkan pelbagai jenis ARAK …  Umum mengetahui kesan ARAK ini membuatkan hilangnya kewarasan akal dan Mabuk. Apabila Mabuk maka banyaklah perkara yang buruk berlaku .Banyak kita dengar tentang tragedi-tragedi yang berlaku seperti kemalangan , pembunuhan dan lain-lain yang disebabkan pengambilan minuman alcohol ( ARAK) pengambilan minum keras ARAK ini bukan sahaja membahayakan peminumnya sahaja bahkan mengancam keselamatan individu lain.  Sebolehnya kita sebagai masyarakat umum perlu mengawal aktiviti ini.. mungkin bagi peminum ARAK yang bilanganya kecil atau pengambilan minuman ARAK  itu dengan kuantiti yang sedikit tidak memberi kesan kepada masyarakat yang ramai diluar sana.. Tetapi Bayangkan jika Pesta Arak Ini Diteruskan juga ,agak-agak berapa Ramai yang menyertainya dan sudah tentu pengambilan Minuman ARAK ini  tidak terkawal kerana Banyaknya Jenis Hidangan ARAK yang disediakan…..

Perkara ini amatlah membimbangkan buat kita semua bukan sahaja keselamatan diri mereka sahaja tetapi ia melibatkan keselamatan kita semua .. Kita biasa mendengar kata-kata” mencegah itu lebih baik baik dari mengubati “ Justeru itu amatlah penting untuk kita semua sama –sama menyuarakan BANTAHAN Terhadap Penganjuran Pesta ARAK ini... Tidak Kira Bangsa ataupun berlainan Agama kita seharusnya  bersatu menolak perkara yang boleh memudaratkan  masyarakat .

Kita Sebagai masyarakat seharusnya memberi tekanan kepada pihak penganjur terutamanya untuk tidak membenarkan Pesta ini diteruskan.. selain itu, kita seharusnya memberi tekanan kepada pihak yang berwajib untuk Menyekat Program-program yang tidak mendatangkan kebaikan ini… Kuasa Masyarakat amatlah penting dalam memberi Tekanan kepada Pihak berwajib ..Alhamdulillah kita terima berita bahawa pihak DBKL telah menolak permohonan penganjur PESTA ARAK  yang ingin mengadakan Pesta Itu disalah satu tempat di Kuala Lumpur , TIdak lain tidak bukan kerana kita memberi desakan agar DBKL membatalkan Penganjurannya disana…  Terima Kasih DBKL ..

Walau pelbagai cabaran yang dihadapi dengan keangkuhan dan sikap besar kepala pihak penganjur tetap ingin mengadakan Pesta Arak Tersebut. Kita semua perlu untuk terus mendesak untuk Tidak Membenarkan Program Ini di laksanakan. Sebagai umat islam dinegara ini kita seharusnya memandang perkara ini satu isu yang besar dan perlu diberi perhatian umumnya.

Dalam Agama Islam telah memberi satu kaedah iaitu “ Menutup Pintu-Pintu Keburukan” ( SADDU DZARI’AH )  Kaedah dalam agama mengajar untuk memotong  jalan kerusakan (mafsadah) sebagai cara untuk menghindari kerusakan tersebut. Sebagai contoh Zina itu Haram dan perkara yang membawa kepada zina itu haruslah dicegah seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yangn membawa kepada zina itu. Dalam Isu ini Untuk Tidak Kepada Mudharat kita Seharusnya MEMBANTAH Program Pesta ARAK ini.  Kita seharusnya menyatakan pendirian kita terhadap  Perkara ini.. Alhamdulillah apa yang saya tengok banyak Pihak yang menolak program ini sebahagianya dari agensi kerajaan ,badan-badan bukan kerajaan ( NGO ) Dan Parti Politik Seperti PAS yang lebih awal menyatakan Pendiriannya utnuk membantah program Ini..

Ada Satu Perkara Yang Lebih Penting saya nak Masyarakat tahu .Bahawa Pesta Arak ini bukan sahaja menyebabkan Umat Islam Marah tetapi ia Juga Sebabnya Mengundang Kemarahan ALLAH S.W.T  Bukankah kita sedari bahawa ARAK adalah salah satu  daripada 11 DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH…..  Tahukah kita apa itu Kemurkaan ALLAH ?? Sedarkah kita apa yang akan berlaku akibat kemurkaan Allah s.w.t??  NAUZUBILLAH …

Mungkin kita cakap kita  cinta ISLAM ,kita nak islam itu di Daulatkan tetapi kita tidak berkerja kearah itu . Tatkala Bilal Bin Rabah   ketika mempertahankan akidahnya ketika dia di uji dengan pelbagai ujian kerana mempertahankan islam dan mempertahankan  Kalimah Tiada Tuhan Melainkan ALLAH s.w.t .  Disaat Bilal bin Rabah di sakitkan dengan dihempap batu dibelakang tubuhnya Tiada Perkataan selain berkata ‘Ahadun Ahad’ Di ulang perkataan itu beberapa kali yang bermaksud Tuhan itu Satu ( Yang satu Satunya ) .Kita diajar untuk mempertahankan islam dan membela Agama Islam itu daripada dipermainkan oleh pihak lain.



Mungkin realiti kita di Malaysia ini umumnya kita Tidak ditekan seperti gitu rupa tetapi hakikatnya kita sekarang sedang diuji dengan pelbagai cubaan ditekan oleh banyak pihak  dengan pelbagai cara dan macam-macam isu termasuk Mempermainkan Agama Islam itu sendiri..  Sedar –tidak sedar memang Agama kita sekarang sedang dicucuk…Aduhh…  Justeru itu, Wahai orang yang beriman bangkitlah kita semua bangkitlah kita semua . Jika ada Isu Agama Kita dipermainkan kita seharusnya mempertahankannya dan membantah segala apa jua usaha-usaha  yang mereka lakukan ..

14. “Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa Ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; Maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.’
( surah as –saff  ayat 14 )

            Ayat diatas telah dituju kepada semua orang yang beriman iaitu kita yang dimana Allah s.w.t menyuruh kita menjadi Pembela Agama Allah s.w.t iaitu ISLAM .. Ayat diatas bukan bermakna Allah memerlukan pertolongan kita sebagai hambanya untuk menegakkan Agama Islam itu, Ayat di atas adalah untuk menyeru kita sebagai orang yang beragama untuk berjuang mempertahankan Agama berkorban demi Agama dengan harta nyawa dan seluruhnya. Amatlah tidak wajar jika ada isu Agama kita diperlekahkan , sensitiviti umat islam di Negara kita dipermainkan Kita hanya duduk sahaja sambil mengais talifon melihat mesej-mesej whatapps ,melihat status-status facebook .

            Akhir sekali izinkan saya meminta satu permintaan …’ Marilah kita bersatu , bersatu-padu sesama umat islam terutamanya umat islam di Malaysia dengan mengetepikan fahaman politik atau apa sahaja demi membela agama ISLAM di tanah air kita ini , firman Allah s.w.t

103. dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Dan Firmannya lagi.

7. Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
( Surah Muhammad ayat 7 )

            Sekian Assalamualaikum w.b.t. ‘Hidupku Matiku Kerana Allah ‘’ …………………………

                                                         -Al-Faqir Ahmad Qusyairi- 31 OKTOBER 2017

*Rujukan isu-isu terkini*Al Quran Karim , Quran App ,google images,DLL
-Jika ada seberang salah saya memohon maaf dan boleh perbetulkan.
-SAYA INGIN MENYATAKAN PENDIRIAN SAYA BAHAWA SAYA MEMBANTAH PESTA ARAK!!! DENGAN SEGALA PROGRAM-PROGRAM BURUK.
-DakwahTarbiyyahSiasah