''Sesungguhnya Allah terlebih suka kepada hambanya yang bertaubat kepadaNya lebih dari gembiranya seorang musafir yang kehilingan untanya dan keperluanya di tengah padang pasir''
Resah dan gelisahnya seorang yang bermusafir merentasi padang pasir di tengah panas dan tiba-tiba kehilangan unta dan barangan keperluannya..Dalam keadaan yang tidak tenang mengenangkan nasib yang ditimpa itu ibarat sudah tiada harapan lagi .. musafir itu terlena di bawah pokok sebentar apabila sedar dari tidurnya dia mendapati untanya itu hadir di depan mata musafir itu bersama barangan keperluannya . betapa gembira perasaan musafir itu tidak dapat di gambarkan tetapi gembiranya musafir itu tidak melebihi GEMBIRA NYA ALLAH akan taubat seorang hamba yang memohon keampunan dan keredaan dari KHALIQ (pencipta)..
'Bukankah kita ini seorang hamba ?? semua yang ada melata di bumi ini adalah mahkluk Allah . tidakkah kita sedar dari mana asal kita ?
Tidakkah kita Tahu bahawa yang penghulu kita semua iaitu Nabi Allah Muhammad s.a.w yang dirinya disebut dilangit dan di bumi di puji oleh Allah dan malaikatNya sebelum kita memuji nya. yang kita kenal dengan sifat dan kualiti taqwanya kepada Allah tiada bandingannya. DIA adalah MUHAMMAD , MUHAMMAD S.A.W . Bukankah Dia yang telah dijanjikan keampunan dosa sebelum dan yang akan datang (selama lama) tetapi tahukah kita yang MUHAMMAD S.A.W tetap solat hingga bengkak kaki dan terus bertaubat memohon keampunan kepada Allah sekurang-kurangnya 70 kali sehari dan ada riwayat mengatakan 100 kali sehari .. MasyaAllah . Insan yang tidak berdosa (maksum) selamat dari berbuat dosa pun minta kepada Allah agar diampunkan dosa. tidakkah itu sebesar -besar rasa syukur nikmat dan mencari keredaan Allah. Adakah kita ada meminta kemapunan daripada Allah ?? adakah kita merasa berbuat dosa?? adakah lebih dari 70 kali kita memohon keampunan (istigfar) kepada Allah lebih dari Baginda S.a.w..
ADAKAH KITA TIDAK BERBUAT DOSA ? saya berpesan kepada saya dan semua adakah kita ada memohon ampun taubat dari Allah adakah kita istifgfar 1000 kali hari ini? kita semua hamba yang penuh dengan dosa bahkan 1000X kali istigfar tidak cukup memerlukan lebih taubat kepada Allah kerana kita sedar dosa kita terlalu banyak . kata guru kami kita bukan berdosa Tapi Mandi Dosa ...asyik selalu berbuat dosa..insan yang iman nya mantap terus memohon taubat kepada Allah kita yang iman yang tidak sampai sebesar debu jika nak disama dengan iman Baginda S.A.W.
INSAN yang tidak berdosa terus memohon keampuanan dan taubat kepada ALLAH , kenapa .bukankah Allah telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 222 '' INNALLAH HAYUHIBUT TAWWABIN WAYUHIBBUL MOTATOHHIRIN'' Sesungghuhnya ALLAH suka kepada orang yang Bertaubat dan Suka kepada orang yang menyucikan dirinya (dosa)'
Bukankah taubat itu bahagian dari mendapat kecintaan dari ALLAH .semakin banyak taubat semakin Allah suka kepada hambanya..
MOHON KEPADANYA MOHON TAUBAT (KEAMPUNAN ) DARI ALLAH TAALA
walau diri rasa tidak berdosa , walau dosa rasa tidak banyak mohonlah mohonlah kepadaNYA.
teruslah memohon ampun dan taubat istigfar berpanjangan walau tetap melakukan dosa.
TIDAKKAH KITA AKAN KEMBALI KEPADNYA.... ''afala takkilun?? tidakkah kamu berfikir
mohonlah doa mintalah kerana DIA maha kaya terkaya (istirgnak)
MOHON KEAMPUNAN SEGERA. ' SURAH ALI IMRAN 133 ''WASA RI'U ILA MARGFIRATIMM MIRRABBIKUM ' Bersegeralah memohon keampunan daripada tuhanmu'
Pesan saya kepada semua ayuh semua teruskan taubat memohon kepadaNya .. JANGAN TUNGGU ESOK UNTUK BERBUAT KEBAIKAN// JANGAN AMALKAN SIFAT SYAITAN '' AT TASWIF'' (TANGGUH)
'' Wal lazi najahadu fina lanah diyan nahum subulana'' ankabut last ayat
ALLAHUMA FIRLAHUM
ASSALAMUALIKUM .
ibnushaari/ceryft9