.

.
Hidup Hanya Sekali Biarkan Ia Beerti

Wednesday, 28 September 2016

Dato Dr Harun Din 'Murabbi ku ' Sepucuk Surat Secebis Kenangan Bersama'- sebuah cerita dan luahan.







Bismillahhirahmanirrahim Segala puji  Bagi Allah rabb sekelian alam , selawat dan salam atas Nabi junjungan Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda dan umat yang mengikuti baginda hingga hari kiamat.
Allah s.w.t. berfirman 


كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلۡغُرُورِ ١٨٥

185. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.(QS al-Imran 185 )
Dan firmannya lagi,

فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَ‍ٔۡخِرُونَ سَاعَةٗ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ ٦١ 

61. kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan. (QS An Nahl: 61 )

            Setelah penetilian yang dibuat oleh ilmuan menegaskan bahawa kematian adalah mahkluk seperti halnya kehidupan , dan seakan kematian itu adalah dasar utamanya. Allah s.w.t merakamkan di dalam Al –Quran yang dimana kita sentiasa baca ayat ini di penghujung malam.
ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ ٢
2. Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (QS Al-Mulk : 2 )

            Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita pemergian seorang tokoh ulama ,tokoh yang disegani ramai , tokoh ilmuan yang  mempunyai akhlak yang tinggi, beliau adalah Al Fadhil Tuan Guru Prof Dato’ Dr Harun Din ,merupakan murabbi kami ,juga murabbi bagi sekelian yang menyayangi beliau 
.
            Semestinya kita telah dapat banyak maklumat dan datang dari pelbagai corong yang ada, berita yang mula ana terima adalah berita yang dimana Tuan Guru dalam keadaan tenat di hospital. Seterusnya ,ana dapat berita yang keadaan Tuan Guru bertambah teruk hingga pihak hospital menghubungi pihak keluarga Tuan Guru.. Sungguh ketika itu terasa amat risau bagi kita semua , hanyalah yang dapat mengiringi kerisauan itu dengan berharap dan berdoa kepada Allah ,semoga Tuan Guru diberikan kekuatan dan kesembuhan serta kemudahan .. ana percaya yang seluruh dari kita dalam keadaan yang sama terus berdoa dan berdoa untuk kebaikan Tuan Guru.

            Ana  sentiasa mencari berita yang terbaharu tentang perkembangan Tuan Guru, dengan cermatnya ‘’ fatabayyanu’’ .dari semasa ke semasa keadaan semakin mendebarkan buat kita semua… ketika ada berada di dalam majlis ilmu kuliah dhuha di masjid  sedang berlangsungnya pembacaan hadis tiba-tiba di selangi iklan yang di mana, tenaga pengajar itu memberhentikan sebentar pengajian itu, dan membaca pesanan mesej yang diterima kepadanya menyatakan keadaan Tuan Guru sangat tenat, sunggguh berdebar dan bertambah berdebar .hingga habis sesi kuliah dhuha itu ana pulang ke rumah .. Dan ana dapat satu berita yang lebih meyakinkan dengan berita yang amat sedih yang mengatakan secara rasminya yang banyak telah di viralkan yang mengatakan Al- Fadhil Tuan Guru Harun Din sudah kembali pulang menghadap Allah Tuhan sekelian alam. Maklumat yang ana terima dengan yakinnya telah mengatakan yang Al fadhil Tuan Guru sudah menghebuskan nafas terkahir pada jam 10. 10 am waktu Malaysia Jumaat 16 september 2016 bersamaan 14 Zulhijjah 1437H.



Sungguh berita ini amat terkesan kepada tiap diri-diri umat islam kerana kita sudah kehilangan seorang tokoh ulama yang banyak berjasa kepada ramai, baik dalam ilmunya, siasahnya, kelebihan  alternative pengubatan islamnya. Perginya seorang Murabbi meninggalkan kita semua adalah suatu kehilangan permata yang besar bagi kita semua . Seluruh umat islam yang menyayangi Beliau amat terkesan dengan berita kehilangan suatu permata yang sukar dicari bahkan mungkin kita tidak ketemu. Allahurabbi..
Bersedih seluruh orang yang mengenali beliau .. bersedih atas kehilangan permata yang bernilai.

حَدَّثَنَا الۡحَسَنُ بۡنُ عَبۡدِ الۡعَزِيزِ: حَدَّثَنَا يَحۡيَى بۡنُ حَسَّانَ: حَدَّثَنَا قُرَيۡشٌ، هُوَ ابۡنُ حَيَّانَ، عَنۡ ثَابِتٍ، عَنۡ أَنَسِ بۡنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنۡهُ قَالَ: دَخَلۡنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ عَلَى أَبِي سَيۡفٍ الۡقَيۡنِ، وَكَانَ ظِئۡرًا لِإِبۡرَاهِيمَ عَلَيۡهِ السَّلَامُ، فَأَخَذَ رَسُولُ اللهِ إِبۡرَاهِيمَ فَقَبَّلَهُ وَشَمَّهُ، ثُمَّ دَخَلۡنَا عَلَيۡهِ بَعۡدَ ذٰلِكَ، وَإِبۡرَاهِيمُ يَجُودُ بِنَفۡسِهِ، فَجَعَلَتۡ عَيۡنَا رَسُولِ اللهِ تَذۡرِفَانِ، فَقَالَ لَهُ عَبۡدُ الرَّحۡمٰنِ بۡنُ عَوۡفٍ رَضِيَ اللهُ عَنۡهُ: وَأَنۡتَ يَا رَسُولَ اللهِ؟ فَقَالَ: (يَا ابۡنَ عَوۡفٍ، إِنَّهَا رَحۡمَةٌ). ثُمَّ أَتۡبَعَهَا بِأُخۡرَى، فَقَالَ : (إِنَّ الۡعَيۡنَ تَدۡمَعُ، وَالۡقَلۡبُ يَحۡزَنُ، وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرۡضَى رَبُّنَا، وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبۡرَاهِيمُ لَمَحۡزُونُونَ). رَوَاهُ مُوسَى، عَنۡ سُلَيۡمَانَ بۡنِ الۡمُغِيرَةِ، عَنۡ ثَابِتٍ، عَنۡ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنۡهُ، عَنِ النَّبِيِّ .
1303. Al-Hasan bin 'Abdul 'Aziz telah menceritakan kepada kami: Yahya bin Hassan menceritakan kepada kami: Quraisy bin Hayyan menceritakan kepada kami, dari Tsabit, dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: Kami masuk bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam ke rumah Abu Saif Al-Qain, beliau adalah suami ibu susu Ibrahim 'alaihis salam. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mengambil Ibrahim, lalu menciumnya. Kemudian kami masuk lagi beberapa saat kemudian, pada saat Ibrahim mendekati ajalnya. Mulailah kedua mata Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berlinang air mata. 'Abdurrahman bin 'Auf radhiyallahu 'anhu berkata kepada beliau: Engkau juga (menangis), wahai Rasulullah? Beliau menjawab, “Wahai Ibnu 'Auf, sesungguhnya (tangisan) ini adalah rahmat (kasih sayang).” Lalu beliau kembali menangis. Beliau shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya mata ini menangis, hati ini berduka, namun kita tidak mengatakan kecuali perkataan yang Rabb kita ridhai. Dan sesungguhnya kami benar-benar berduka berpisah denganmu, wahai Ibrahim.” Musa meriwayatkannya, dari Sulaiman bin Al-Mughirah, dari Tsabit, dari Anas radhiyallahu 'anhu, dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.

Fitrah manusia itu ada perasaan ,dan perasaan itu sudah semestinya adanya kesedihan , kesedihan itu akan lebih terasa apabila orang yang kita sayang berpisah dengan kita dan tidak boleh bersua kembali di alam dunia ini. Sungguh pemergian Tuan Guru seharusnya meninggalkan kesan yang besar terhadap diri kita semua . Hilangnya barakah atau berkat yang ada pada seorang ulama membuatkan kita duduk didalam keadaan yang kurang baik .Allah s.w.t. telah memuliakan para alim ulama dan meletakkan keberkatan pada tiap diri-diri ulama itu.

أَوَ لَمۡ يَرَوۡاْ أَنَّا نَأۡتِي ٱلۡأَرۡضَ نَنقُصُهَا مِنۡ أَطۡرَافِهَاۚ وَٱللَّهُ يَحۡكُمُ لَا مُعَقِّبَ لِحُكۡمِهِۦۚ وَهُوَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ ٤١
41. Dan adakah mereka tidak mahu memerhatikan bahawa kekuasaan kami sentiasa menakluk bumi (yang mereka diami) dengan menjadikan ia kurang sedikit demi sedikit dari kebaikannya dan kemuliaannya? Dan (ingatlah) Allah menghukum menurut apa yang dikehendakiNya; tiada sesiapapun yang dapat menghalang hukumNya dan Dialah juga yang Amat Cepat hitungan hisabNya. ( QS Ar, Rad’ : 41 )

Menurut beberapa ahli tafsir seperti Ibnu Abbas dan Mujahid, ayat ini berkaitan dengan kehancuran bumi (kharab ad-dunya).Sedangkan kehancuran bumi dalam ayat ini adalah dengan meninggalnya para ulama (Tafsir Ibnu Katsir 4/472)

Diriwayatkan dari Hilal bin Khabbab rahimahullah, dia berkata : Saya bertanya kepada Sa’id bin Jubair : “Wahai Abu Abdillah, apakah tanda kehancuran manusia?” Beliau menjawab : “Apabila ‘ulama-’ulama mereka telah wafat.” [Ad-Darimi (251)]

Sungguh kepergian mereka merupakan musibah besar bagi umat ini. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :.

Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan serta merta mencabutnya dari hati manusia. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ‘ulama. Kalau Allah tidak lagi menyisakan seorang ‘ulama pun, maka manusia akan menjadikan pimpinan-pimpinan yang bodoh. Kemudian para pimpinan bodoh tersebut akan ditanya dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. [Al-Bukhari (100, 7307); Muslim (2673



Al-Imam Ayyub As-Sakhtiyani mengatakan : “Sungguh ketika sampai kepadaku (berita) kematian seorang dari Ahlus Sunnah, maka seakan-akan hilanglah satu anggota tubuhku.”
Ya Allah, … Rahmatilah para ‘ulama ahlus sunnah. Tempatkanlah mereka di jannah-Mu yang tinggi, bersama para nabi, para shiddiqin, para syuhada, dan para shalihin.







Tuan Guru Dr Harun Din merupakan Guru ku yang sangat ku segani- 


Bermulalah kisahku dengan Tuan Guru Harun Din , Ana sudah sentiasa mendengar nama yang hebat ini sudah lama semenjak  kecil lagi, Bermula ana kenal dengan lebih  tentang tuan guru apabila ana suka mendengar ceramah , tausiyahnya baik dalam bidang perbahasan fiqh mahupun siyasah. Setahu ana , bermula cinta ana kepada Tuan Guru apabila ana berusaha untuk membetulkan ilmu tentang solat bagi diriku ini. Jadi ana bermula untuk mengenal dan belajar dari kitab Minyatul Musolli ( kitab solat karangan Syeikh Daud Al Fathoni ).. Ada berusaha untuk cari guru yang dapat mengajarkan ana tentang kitab itu. Ana tidak berjumpa dan tidak tahu dimana ana perlu bertalaqqi terus kepada guru di sekitar kuantan pada masa itu ditambah pula ana masih sibuk belajar di kolej pada masa itu. Sementara ana ketemu guru untuk bertalaqqi  ana memilih untuk mendengar rakaman ceramah yang ada di saluran Youtube , memang banyak guru yang mengajarkan dan membacakan kitab itu hinggalah ana memilih satu channel yang memasukkan rakaman pembacaan kuliah kitab minyatul musolli yang disampaikan oleh tuan guru Harun Din.


            Jadi ana mula mendengar rakaman itu secara langsung hingga habis siri 1 . terasa hati ini tertarik dan rasa kesungguhan yang mendalam.hingga ana memilih untuk mendengar dengan lebih baik. Ana pergi mencari kitab itu yang dalam versi jawi (jawi lama) memandangkan Tuan Guru turut membaca dalam versi jawi lama juga. Buat pengetahuan, ana memang agar sukar memahami membaca dan memahami jawi klasik ini . ( kebanyakkan orang yang pertama kali bertemu dengan jawi klasik juga akan turut terkesan dengar kesukarannya ) begitu juga susah unutk memahami ‘murod’ kehendak maksud sebenarnya.penulisan kitab jawi lama lebih menjaga disiplin bahasa , Mana tidaknya jika kita buka pada kitab versi jawi klasik itu pada pendahuluan nya sudah susah untuk dibaca. KAF ,WAW, MIM, LAM , YA . pada kali pertama ana baca agak sukar hingga pening kepala untuk mencari maksudnya .. rupanya perkataan tersebut adalah : KUMULAI.. Jawi klasik ini kadang2 ia tidak dibina atas konsonan. BA WA MIM  itulah Bumi itulah Bom  dan itulah Bomoh huh memang agar sukar pada awalnya.

            Alhamdulillah ana jadi senang untuk mendengar tiap-tiap rakaman pembacaan kitab itu yang kesemuanya ada 27 siri lebih kurang 50  jam . Ana menghabiskan kadang-kadang menghabiskan 1 hari satu siri dengan mendengar secara teliti melihat kitab sambil catat dan tidak membuat aktiviti lain . Ana tahu yang adab belajar adalah berdepan dengan guru. Tetapi buat sementara ana menggunakan kaedah itu  mengikut keadaan pada masa itu. Alhamdulillah banyak yang ana dapat dan fahami walaupun dengan mendengar rakaman dan melihat kitab.

Hinggalah selesai ana menghabiskan kesemua 27 siri itu. Alhamdulillah banyak input yang ana dapati . tidak juga banyak yang ana rasa rugi kerana banyak yang ana tidak tahu semasa dalam ibadat solat , sangat pentingnya berilmu dalam melakukan ibadat. ( ma hiyatu shaik/ hakikat sesuatu itu) Dan daripada itu bermulalah kesungguhan ana untuk mendalami ilmu terutamanya membetulkan cara beribadat. Daripada itu juga, ana terdorong untuk pergi lebih jauh lagi untuk belajar ilmu mengenai solat itu, hingga ana membuat keputusan ana ingin membuat kajian tentang solat , berkongsi tentang rahsia disebalik solat itu sendiri. Alhamdulillah ana mendapat idea untuk meneruskan usaha itu dengan bermula menulis TESIS ( disertasi) di peringakat Diploma. Ana memilih tajuk : SOLAT SEBAGAI TERAPI STRESS SATU KAJIAN DI KUIPSAS . Alhamdulillah sudah selesai 60 % daripada keseluruhan penulisan itu .. 



Alhamdulllah daripada itu bermulalah minat ana untuk terus menambah ilmu terutamanya mengkaji tentang solat .Alhamdulillah Allah s.w.t. rezekikan ana untuk bertalaqi terus kepada guru yang mengajar kitab minyatul musolli itu dengan beberapa orang guru. Melalui dengan pembacaan awal kitab jawi klasik bersama Tuan Guru Harun Din juga ana bertambah tahu dan memahami gaya bahasa penulisan kitab lama dan bermula dari itu banyak kitab-kitab pondok yang menggunakan kitab jawi lama yang ana dapat pelajari dan sempat menghabiskan dengan beberapa orang  guru.



SURAT KU KEPADA AL-FADHIL TUAN GURU DR HARUN DIN AL-HAFIZ-SUATU KENANGAN…….


Seingat ana mula-mula ana terpanggil untuk tulis surat kepada Tuan Guru bermula dengan rasa rindu yang tersangat kepada Tuan Guru dengan perasaan ingin dapat berjumpa dengan beliau . Ana menulis surat bertanya akan khabar Tuan Guru dan ana turut menyatakan hasrat ana untuk berjumpa dengan Tuan Guru . Pada ketika itu perasaan amat berdebar –debar  dan teruja untuk dapat berjumpa dengan Tuan Guru .. ketika itu ana ada di kuantan dan Tuan Guru berada di tempat yang jauh ana dapat tahu yang kadang-kadang Tuan Guru akan berada di Pusat perubatan utama darussyifa di Bangi dan kadang-kadang ada di Utara Malaysia (perlis ).. Ana behasrat untuk dapat berkunjung dapat berjumpa dengan Tuan guru ,perasaan ketika itu tidak boleh diterjemah hanya Allah s.w.t. sahaja yang MengetahuI-Nya… Ana  ada beberapa kali cuba menghubungi Tuan Guru namun bukan rezeki ana lagi .. Seterusnya Ana ada cuba menghantar surat kepada Tuan Guru namun bukan juga rezeki ana untuk ketemu Guru yang merupakan idola bagiku ..Allahhurabbi… 

            Setelah beberapa kali usaha untuk ana menghubungi Tuan Guru , ana memilih untuk berjumpa secara terus jika diberi kelapangan.. Ana meminta izin daripada keluarga untuk pergi terus berjumpa Tuan Guru dan Alhamdulillah mereka izinkan.. Namun sekali lagi ana di uji ketika dalam persiapan terakhir untuk bersiap bertolak untuk keluar bermusafir dengan tujuan dapat bertemu Tuan Guru , ana terpaksa membatalkan dahulu kerana keadaan ketika itu tidak mengizinkan cuaca sangat tidak mengizinkan ,maklumalah ketika itu bulan 12 musim tengkujuh.. sekali lagi ana terpaksa membatalkan .. mungkin diriku ini tidak layak lagi mungkin atau mungkin bukan maqam ku lagi untuk dapat bertemu seorang Tokoh Ulama yang hebat seperti Beliau..

Takdir Allah atas segala perkara .. Aku tidak berpeluang untuk ketemu degnan Tuan Guru , Hingga berita pemergiannya , Ya Allah Engkau peliharalah ulama kami, Ya Allah ketemukankanlah kami dengan ulama kami  jika tidak di dunia maka rezekikanlah kami mendampingi para alim ulama, para syuhada dan para orang yang Engkau telah muliakan, di akhirat nanti
.
Moga Allah mengantikan yang terbaik buat kami semua.. Hanya yang ada padaku sebuah kenangan yang menjadi ingatan buat selamanya.. moga keberkatan dari pada Ulama ini mengalir dalam tubuh kita semua dan menjadi kekuatan dan pembakar semangat buat pejuang agama Allah untuk terus istiqamah di atas perjuangan islam.

Padaku ada sekeping Surat yang menjadi kenangan buatku antara seorang anak murid dan Murabbinya…


  



“Kalam mu sangat indah , akhlakmu sangat terpuji”
Engkau antara Murabbiku yang pergi tanpa ganti.. berkata syair arab ‘’ Lau la Murabbi Ma Araftu Rabbi “ Jika tidak kerana Seorang guru yang baik mentarbiyah anak didik-nya Nescaya tidaklah mereka kenal ( takut / harap ) akan Pencipta-Nya”
 
“ Engkau Tokoh Yang Disegani Engkau adalah Murabbi bagi kami , hanya Doa yang sentiasa Ku panjatkan buat mu Guru… Murabbi……………………….

Yang Sentiasa rindu akan mu….
 At-Tolib Al-Faqir Ahmad Qusyairi Bin Mohammad Shaari..
 10.54 am/ 28 September 2016 / 26 Zulhijjah 1437H