.

.
Hidup Hanya Sekali Biarkan Ia Beerti

Wednesday, 30 December 2015

2016 VS ANTARA VAPE DAN ROKOK, .ROAD TO ZERO SMOKER &VAPER- FAKTA MENARIK

                         


                           Assalamualikum w.b.t selawat dan salam ke atas junjungan Nabi s.a.w dan sekalian ahli keluarganya.salam sejahtera juga kepada semua saudara-saudaraku yang mencintai Allah dan Rasul-Nya.  Alhamdulillah kita semua diberi kesempatan lagi untuk menggali dan mengejar keredaan Allah serta nikmat-nikmat yang tidak terkira hingga kini kita semua sudah berada di penghujung tahun 2015 , pejam celik pejam celik, bangun makan tidur lepastu tidur lagi kita dah nak langkah tahun baru . maknanya umur kita semakin hari semakin meningkat dan semakin berkurangan jadi persoalannya? Apakah yang kita lakukan pada masa yang telah berlalu itu , adakah semakin baik amal kita adakah semakin banyak bekal kita semua. Saya perlu memikirkan apakah masa yang saya lalui ini saya gunakan dengan baik dan termasuk kita semua sekali .adakah kita sudah muhasabah (hisab) diri kita semua.

La baks’ tidak mengapa saya tidak perlu menanyakan jawapan itu pada semua dan saya tidak perlu tulis jawapan  saya pada persoalan itu. Itu semua boleh dijawab pada diri kita semua. Jadi apakah cukup sekadar itu sahaja adakah matlamat yang ditetapkan pada tiap setiap individu itu sudah tercapai . dan Apakah matlmat terbaru yang ingin dibawa yang ingin digapai untuk dibawa pada tahun baru yang akan menjelang tidak lama lagi (2016). Mengikut adat dan kebiasaan (rolibnya) dekat malaysia kita ni , kawan atau rakan terdekat akan ucap (wish) dan tanya apakah matlamat atau azam tahun baru kamu? Pada masa itulah bermacam-macam jawapan dan matlamat yang kita beri kita sebut yang diinginkan ...si penanya hanya mendapat mendengan ucapan dan matlamat atau azam sesrorang itu tetapi dia tidak tahu sejauh mana matlamat atau azam yang diluahkan itu akan tercapai .releven atau tidak releven . yang mengetahuinya adalah diri kita sendiri kita ada jawapan sebelum kita cakap itu . betul semua ketentuan itu bergantung pada kehendak Ilahi. Tetapi setiap diri itu akan tahu kemampuan diri sebenar dan dia tahu sejauh mana matlamat itu boleh dicapai .. moga kita semua berusaha dan mencapai matlamat dengan keazam yang benar usaha dan tawakal. Amin Allahumma amin



                 Setelah kita semua berhempas pulas pada tahun 2015 yang mencabar ini dengan pelbagai ragam dan corak kehidupan yang berlaku khususnya di malaysia ini , dengan pelbagai masalah yang timbul  dan isu-isu dan ditambah lagi dengan kemasukan budaya  baru iaitu trend merokok moden dengan menggunakan rokok elektronik ,e-cigar ataupun dikenali dengan vape @vapor atau sepana impact. Vape ini bukanlah baharu di malaysia sudah hampir 5 tahun dan pada tahun 2015 ini adalah tahun paling mencabar dan aktif penggunaan vape ini ditambah dengan pelbagai pendapat dan kajian mengenainya. Jadi semperna tahun baru yang akan menjelang tidak lama lagi saya cuba untuk gunakan tahun baru ini sebagai ‘turning point’ untuk buat semua pengguna rokok vape @ e –cigar  untuk berkongsi mengenai penggunaan rokok vape POSITIF + ATAU NEGATIF - ????


                                   Kenapa saya sebut ‘turning point’ ( titik perubahan) saya cuba untuk membawa atau berkongsi kembali maklumat akan kesan penggunaan VAPE ini walaupun ramai diluar sana dan sudah banyak maklumat yang disebarkan oleh bijak pandai ,Professor, DR dan kementerian kesihatan , tapi disini saya bukanlah bercakap di atas tiket dr atau ahli kesihatan. Saya ini bercakap dari segi nilai kemanusian nilai seorang manusia kepada manusia yang lain ataupun seorang hamba Allah kepada hamba Allah yang sama pada  dasarnya. Sesuai dengan tanggungjawab atau arahan yang Allah telah letak pada setiap diri kita semua iaitu  setiaporang yang beriman itu harus saling menasihati dan mengajak kepada kebaikan dan mencegar kemungkaran ‘’ dan hendaklah sebahagian dari kamu ada segolongan yang menyeru melakukan yang baik(maaruf) dan melarang yang buruk(mungkar)  dan mereka itulah orang yang berjaya –Al Baqarah -104- .. pada kesempatan ini izinkan saya berkongsi sedikit .moga sya tidak silap dalam penulisan ini atau menyebabkan satu pihak lain terasa hati, pada mulanya saya sudah lama untuk menulis dan berkongsi mengenai penggunaan vape ini tetapi tidak kesempaian atas masalah dan kerja penulisan tesis saya yang belum lagi tamat.


                         Mungkin dengan penulisan dan perkongsiansaya ini akan dicemuh atau tidak disetujui oleh orang ramai terutamanya pengguna rokok vape yang tegar, niat saya bukan untuk menjatuhkan sesetengan individu atau para peniaga vape tetapi .saya perlu berkata kerana ia melibatkan hukum dan kesan yang teruk . jika saya takut untuk berkata benar demi menjaga kasih sayang orang lain saya takut apa yang telah dijanjiakan oleh Allah dalam hadis yang berbunyi’’jika kamu mengharapkan keredaan orang lain (dalam perkara batil) Allah akan tukarkan keredaan itu dengan kehinaan di akhirat nanti’’ au kama kol’ apa yang saya akan kongsikan ini bukanlah satu pemerhatian yang kritikal yang saya buat tetapi atas dasar keyakinan yang mendalam atas dasar untuk menyelamatkan saudara-saudara ku semua..insyaALLAH.


 MATLUMAT DAN FAKTA MENGENAI ROKOK ELEKTRONIK

                         Definisi :Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masa kini, rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor. Perkataan 'vape' berasal daripada perkataan Inggeris daripada perkataan ‘vaporization’ yang membawa maksud proses pengewapan, dan juga merujuk kepada 'vaporizer' iaitu alat yang digunakan untuk menghisap ganja, tembakau dan campuran rokok lain. Kamus Oxford telah menambah perkataan vape sebagai kata nama baru dalam kamus itu pada Ogos 2014.[1] Kamus tersebut mendefinisikan vape sebagai “an act of inhaling and exhaling the vapour produced by an electronic cigarette or similar device” (perbuatan menyedut dan menghembuskan wap yang dihasilkan oleh rokok elektronik atau peranti yang seumpamanya). Perkataan vape juga boleh merujuk kepada alat peranti elektronik yang digunakan.


PENDAPAT PAKAR

                       Jumlah nikotin yang terdapat di dalam rokok elektronik ini berbeza bergantung kenyataan tertulis pada labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional.
Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US Food and Drug Administration (USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar (NJoy dan Smoking Everywhere). Mereka mendapati terdapat bahan ‘tobacco-specific nitrosamines’ (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nikotin dalam e-rokok yang dikatakan “nicotine-free”.

Pada September 2008, World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan: “Tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian niklotin. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok”

.                              (2) komponen utama rokok vape ,bateri,atomiser,katrij . Kandungan utama rokok elektronik  seperti kita tahu terdiri dari pelbagai bahan-bahan ataupun perasa. Adapun rokok vape dikatakan yang perisanya mempunyai nikotin ataupun tidak ia telah diuji dan mempunyai masalah tersendiri. Seperti yang kita ketahui jika cecair perisa itu mempunyai nikotin ia adalah sangat bahaya dan tidak sihat seperti dalam kebanyakan rokok biasa. Mempunyai nikotin ataupun tidak disini bukanlah sebab utama ..sebagai umat yang beragama islam kita perlu dan perlu tahu dalam sesuatu yang kita buat atau kita ambil.  Dalam kes rokok vape ini pengambilan cecair perisa yang mempunyai banyak pilihan dan rasa di pasaran amat banyak sekali .. persoalannya adakah para perokok vape ini semua mengetahui dengan mendalam isi kandungan dalam cecair yang mereka gunakan itu . adakah mereka membuat pemerhatian yang kritikal . atau adakah hanya sekadar melihat label dan maklumat ringkas di botol perisa itu sahaja.


                             Dari sudut pandangan islam , sebagai seorang islam kita di syaratkan dan wajib memilih yang halal dan diyakini. Persoalannya adakah kebanyakan perisa cecair yang ada di pasaran itu semuanya ber status halal .siapa pengeluarnya , adakah ia dari produk orang muslim .ini semua perlu diambil kira. Kita sekarang berada dizaman yang mencabar terlalu banyak perkara yang syubhah (ragu-ragu) setiap perkara perlu di titik berat dari mana punca dan asalnya.sesungguhnya musuh islam itu sentiasa mencari jalan untuk rosakkan akhlak dan budaya umat islam itu sendiri. Pelbagai teknik dan cara mereka untuk rosakkan umat islam itu sendiri , tidak dapat dari segi akhlak , dari segi kesihantan ,ataupun dari segi akidah . Allah merakam kan satu ayat di dalam al quran di dalam surah al baqarah ayat 120’’ Dan  oran-orang yahudi dan nasrani tidak redha  dengan caramu atau rela kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka’’ demikianlah sifat musuh islam itu sendiri.

                        Mungkin ramai akan persoalkan yang mereka(perokok vape) tidak menggunakan perisa cecair nikotin atau sebagainya . tetapi jawab mereka adalah untuk menggantikan rokok lama (rokok putung) dengan beralasan untuk ke arah lebih baik . setiap  perkara atau pro dan kontra sendiri .. baiklah mungkin ada segelintir di luar sana mengatakan mereka menggunakan rokok vape untuk mengurangkan risiko terhadap kesihatan . dan memang dalam kaedah syariah ada mengatakan ‘’ satu keharusan memilih yang kurang mudarat (risiko)di antara 2 (dua) yang membawa kemudaratan. Namun apa yang kita lihat masa kini . kebanyakan perokok vape adalah golongan yang baru mencuba dan bukanlah golongan yang lama yang ingin bertukar kepada vape . rokok vape ini dicipta untuk menggantikan rokok lama dan sebagai terapi utnuk kurangkan ketagih rokok dan nikotin. Malangnya kesan pengaruh rokok vape ini telah membawa kesan negatif hinggakan individu tidak pernah menghisap rokok telah berjinak2 kepada rokok vape , dan tambah sedih lagi masalah ini melibatkan remaja dibawah umur malahan kanak-kanak turut mencuba rokok vape ini.

                        Demikianlah ,betapa buruk dan kesan negatif yang berpunca dari rokok vape ini sendiri. Telah ramai bijak pandai dan para ilmuan dan pengkaji membuat kajian yang kebanyakan mereka tidak setuju dan menyatakan kesan negatif dari pengambilan rokok vape mahupun rokok putung itu sendiri. Ditambah pula baru-baru ini yang status rokok vape itu sendiri adalah salah dari segi penjualan oleh kementerian . dari segi pandangan islam pula bermacam-macam pendapat yang dilontarkan berdasarkan dalil-dalil.dan secara umumnya baru-baru ini juga MUFTI WILIYAH PERSEKUTUAN sohibus samahah Dr Zulkifli al bakri telah menfatwakan dalam irsyad fatwa ke 63 yang ‘mengatakan  Rokok elektronik ataupun vape adalah haram ‘ Dan turut di ikuti oleh majlis fatwa kebangsaan yang bersidang pada 21 disember 2015 dan turut menfatwakan haram bagi rokok elektronik dan vape.
 



Dalil Pengharaman Perkara yang Memudaratkan

Pertama: Firman Allah Ta`ala:

Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.(Surah al-Baqarah,  2:195)
Kedua:           maksudnya: Jangan kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.(Surah al-Nisa’, 4:29)
Menurut al-Jassas, ayat tersebut mengandungi larangan daripada melakukan pembunuhan sama ada terhadap orang lain atau terhadap diri sendiri. Rujuk Ahkam al-Quran (3/127).

Ketiga: Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Tiada kemudaran (dalam Syariat Islam) dan tidak harus mengenakan kemudaratan (tanpa hak)” Riwayat Ahmad (22778) dan Ibn Majah (2340

Keempat:
 sesiapa yang meneguk racun lalu membunuh dirinya, maka racunnya akan sentiasa di tangannya sambal meneguknya dalam neraka Jahannam, berkekalan selama-lamanya.”Riwayat al-Bukhari (5778) dan Muslim (109)Hadis ini menjadi ancaman balasan neraka dan siksaan yang dahsyat bagi orang yang melakukan tindakan yang membinasakan diri sendiri. Secara umumnya, dalil tersebut mengharamkan segala bentuk tindakan yang membunuh dirinya.

HUKUM

Berdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah HARAM. Ini kerana seperti yang kami‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya:
Qiyas kepada rokok sebenar. [11] Antaranya:Memudaratkan agama nyawa, akal, harta dan keturunan;Mengandungi bahan-bahan beracun seperti nikotin cecair tulen, propylene glycol, vegetable glycerin dan alkohol;Membawa kepada ketagihan dan mengkhayalkan;
Membawa kepada pelbagai penyakit seperti kanser, kecacatan janin, dan lain-lain;
Memudaratkan kesihatan orang sekeliling dan mencemarkan alam sekitar.Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti.

Pembaziran yang berlaku sama ada pada alat vape itu sendiri mahupun bahan cecair yang menjadi hisapannya. Dikatakan bahawa harga alat tersebut berharga sekitar ratusan ringgit dan bagi sesetengah jenis, ianya mampu mencecah hingga ribuan ringgit.
Meniru budaya yang bukan Islam.,Dilihat tidak bermaruah.

Sad al-Zari’ah (menutup jalan menuju kerosakan). Pihak polis kini sedang menggiatkan tinjauan dan siasatan terhadap lokasi-lokasi yang dikesan cuba mengadun sendiri perisa ganja dan ketum bagi memenuhi permintaan segelintir pengguna rokok elektronik.[12] Laporan dari pihak berkuasa juga menunjukkan bahawa penggunaan dadah sintetik di kalangan remaja sedang meningkat dan ini akan lebih memburukkan keadaan jika penggunaan rokok elektronik juga terdapat unsur-unsur dadah di dalamnya.[13] Langkah-langkah pencegahan perlulah dilakukan agar masalah ini tidak membarah di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya buat para remaja.


                               Sedikit ulasan saya , kita semua sudah maklum yang HUKUM sudah ada dan kebanyakan kita sudah sedar . tetapi sengaja menutup mata demi kepentingan sendiri dan mula menyalahkan orang lain .salahkan kerajaan dan lebih teruk lagi salahkan alim ulamak. Weyy aku nak cakap sini, nie nak tubek huduh2 ni..asif, ulamak ni bukan senang-senang dia je nak buat keluar fatwa /hukum . ulamak ni bukan hanya sekadar melihat dari segi ilmu agama ia juga mendapat nasihat dari pakar seperti dr dan ahli-ahlinya.ulama bukan sewenang nya just sebut halal haram.  Ulama ni dia buat kajian juga bukan sekali tengok je ,malahan lebih dari pemerhatian yang kritikal. Eh tubek pulok kita yang kurang cerdik ni nak salahkan orang .

                             Sedikit lagi pandangan saya berkenaan kenapa ada beberapa negara yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan rokok elektronik atau vape ini antaranya
Argentina,Brazil,Thailand,Singapura,Brunei,Oman,Panama,Jordan,Mexico,Qatar,China,taipe ,Turki,Emiriah Arab Bersatu


                       Seperti kita lihat di atas . kenapa ada negara-negara ini tampil dan umumkan pengharaman penggunaan rokok vape di negara mereka.. mesti ada sebab yang tersendiri dan malah yang besar mereka lihat. Misal contohnya saya pilih Brazil dan mexico kenapa mereka haramkan rokok vape ini. Sedangkan kita tahu negara mereka terkenal dengan perkara negatif antaranya penggunaan dadah yang berleluasa dan merupakan tempat dadah yang aktif.. kenapa mereka haramkan vape di negara mereka . mesti ada sebab . saya andaikan mereka melihat rokok vape ini akan membawa kesan yang lebih parah kepada mereka dengan munculnya rokok moden yang menggunakan elektronik dan boleh di tukar perisa cecair yang pelbagai . boleh jadi ia disalah gunakan untuk menukarkan cecair perisa kepada cecair yang disi dengan campuran bahan terlarang (dadah).. dinegara mereka yang terkenal dengan pengambilan dadah pun tidak berani ambil risiko untuk benarkan rokok vape ini tapi kita di malaysia boleh pula meluas ...

                        Percayalah yang bahawa amalan pengambilan rokok vape ataupun rokok tradisional membawa kesan buruk pada diri pada masyarakat dan pada akhlak umat islam itu sendiri. Benar kepada perokok tegar memang agar sukar untuk berhenti mengejut. Tetapi perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh.  Didalam al quran di dalam surah Ar-Rad ayat 11’’ yang bermaksud’’ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah dengan dirinya’’  jelaslah kuncinya adalah terletak pada individu itu sendiri jika mereka mahu ia akan pasti boleh. Percayalah .’’ sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (iani mengikut segala suruhan dan larangannya) nescaya Allah memberi jalan keluar padanya, dan Allah akan memberi rezeki dari apa yang dia tidak sangka sangkakan’’ surah at talaq 2 & 3.

                       

Konklusinya marilah kita semua kembali kepada jalan yang lurus yang kita selalu mohon ‘ih dinas sirotol mustaqim’ al fatihah 6. ‘’tunjukkanlah jalan yang lurus ‘’ kita semua berdoa kepada Alllah agar Allah memberi kepada kita jalan yang lurus maka tunjukkanlah pula usaha kita untuk mencapainya. Ayuh kembali kembali semua .. kembali ke jalan yang Allah redha. ‘fabiy ai yi ala irobbikuma tukazziban’ surah arrahman ‘’ nikmat Allah mana satu kamu mahu dustakan..
            ‘sesungguhnya telah datang seruan kepada kamu untuk melakukan kebaikan maka adakah kamu mahu mengingkarinya’’ janganlah kita bersikap yang Allah rakamkan dalam Al quran ‘’ sami’ na wa asoina’’ kami dengar tapi kami tahu mahu ikut.



                        Rokok akan bawa kesan pada diri , pada keluarga ,pada agama .Ayuh menjelang tahun baru ini azam untuk berhenti merokok atau melakukan perkara yang tiada manfaat ,dengan niat kerana Allah taala.  Saya sudahi dengan ucapan mohon keampunan dan keampunan dari Allah taala dan moga semua menjadi saudara seislam yang saling menarik antara satu sama lain untuk ke syuga Allah ‘’wa taawanu ala birri wa taqwa’ Assalamualaikum w.b.t