.

.
Hidup Hanya Sekali Biarkan Ia Beerti

Sunday, 29 March 2015

apa itu cinta ? cinta asmara masa kini, & cara mengubati penyakit asmara cinta ini mengikut syariat islam..


'' Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat
kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).                                          -surah aliimran 3-14-

    Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh... salam sejahtera buat semua muslimin dan muslimat yang menjadi pendokong kepada Agama yang mulia ini . selawat dan salam kepada Nabi junjungan Muhammad S.A.W serta ahli keluarganya..
 Bicaranya ana disini hanya untuk berkongsi hanya mengingatkan kembali apa yang kita yang sudah kita ketahui dan apa yang belum kita ketahui Ana tidak mempunyai apa-apa, Yang Hanya Mengetahui adalah milik Allah S..W.T. jika ada sedikit yang ana ketahui izinkan ana berkongsi


              Kenapa ana memilih untuk berkongsi berkenaan CINTA ini , ana melihat dari perspektif masa kini ..CINTA pada masa kini perlu di bahaskan perlu di beri pendedahan...Cinta yang ana yang ingin bahaskan ialah cinta asmara yang dialami oleh kebanyakkan manusia sekarang.
Defini Cinta : menurut bahasa: perkataan al-hubb atau al hibb bererti cinta dan kasih sayang .
menurut istilah: kecederungan atau ikatan hati yang berlaku antara kedua-dua belah pihak yang mencintai.

                   Cinta merupakan satu anugerah kurnia Allah yang akan masuk kepada hati-hati umat manusia ,satu perasaan semulajadi yang lahir dalam tiap-tiap diri yang merasainya. Apabila dikatakan cinta , semua orang pernah melalui detik  rasanya perasaan cinta itu .. persoalannya bagaimanakah  kita mengurus cinta itu, bagaimana kita menjaga cinta itu bagaimana cinta menurut Agama Islam itu sendiri.

                          Setiap semua ada perasaan menyayangi dan mencintai seseorang itu ,  dalam konteks sekarang cinta itu ialah ''Couple' Berpasangan.. semua orang rasa keinginan untuk bercinta dan dicintai .hinggakan Cinta  tak kenal umur .. kalau di masa lalu orang yang bercinta ini dalam kalangan penghujung alam remaja hingga dewasa tetapi cinta pada masa kini budak sekolah rendah pun pandai berjinak-jinak ke lembah alam percintaan.. ana tidak salahkan untuk bercinta . Cinta itukan Rahmat . Namun adakah kita semua memahami konsep sebenar Cinta atau mencintai seseorang itu.

                             Ramai di kalangan kita semua boleh menyebut berkenaan cinta tetapi tidak ramai yang memahami konsep dan kehendak syariat itu sendiri,  cintailah seorang itu berpada-pada , janganlah kerana cinta itu kita dilalaikan olehnya .

 HADITH NABI S.A.W
Masih belum sempurna iman seseorang  daripa kalian sebelum diriku lebih dicintai olehnya daripada hartanya, anaknya ,dan seluruh umah manusia'' (riwayat nasai)
                              
                               Ramai dikalangan kita sudah mempunyai ikatan cinta , couple dan sebagainya  tetapi ada di setengah kalangan kita mengangkat kedudukan cintanya itu melebihi segalanya , dek kerana cintanya ia lupa akan semua hal , lupa pada tanggungjawabnya terhadap Agama , tanggungjawab kepada khaliqnya (penciptanya)  kita dapat lihat sekarang terlalu ramai yang hanyut diulik cinta ..          
                            Apa hukum bercouple, menjalinkan kasih sayang sebelum bernikah ??? hukum bercouple atau bercinta sebelum nikah ini hukum asalnya adalah dibenarkan namun ada sesetengahnya yang ditolak yang boleh membawa kepada hukum haram .. tidak salah bagi kita semua untuk menyintai seseorang itu , tetapi haruslah menjaga batas-batas yang ditetapkan... 

                                    Berbagai-bagai persepsi setiap orang apabila disebut berkaitan cinta sebelum nikah ini.. ada sesetengahnya yang berkata banyak kebaikan dan ada sesetengahnya menolak dengan alasan yang bercinta sebelum nikah  ini banyak mendatangkan  perkara yang tidak baik.

                                       Tipulah jika ana nafikan yang ana tidak pernah jatuh cinta atau bermain cinta ,ana ada jatuh cinta dengan seseorang dan ana sendiri ingin cuba bermain cinta itu..Pada permulaannya ana juga ingin seperti orang lain mempunyai pasangan berkongsi kasih , namun perjalanan untuk mengorak cinta itu tidak berhasil dan daripada itu ana belajar banyak perkara antaranya ana sedar ini adalah ketentuan ALLAH , ada hikmah disebaliknya dalam apa yang ana cari 

                                       Ana dapat belajar banyak perkara daripada itu ,, antaranya ana sedar siapa diri ana ini? apakah tujuan hidup ana ini ?  untuk apa ana mencari cinta manusia itu sendiri . Alhamdulillah bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana ana ditunjukkan jalan untuk menjaga kesucian cinta itu , sedikit demi sedikit ana faham apa erti cinta itu... sesungguhnya cinta yang suci dan berkat ini datangnya dari Allah , pilihan ALLAH.. jadi cukuplah bagi diriku untuk bersabar menanti kurnianya.. kerana ku yakin pilihan yang manusia pilih tidak semestinya bagus kerana kita tidak mengenal baik dan buruknya seseorang yang kita idamkam itu ,sebaliknya Allah sahaja yang maha mengetahui akan hamba-hambaNya.. Jadi ana menangguh cinta itu buat sementara waktu sehingga tibanya masa yang Allah tetapkan Siapa CintaKu yang sebenar..

                                             Kita sendiri kena sedar bahawa banyak perkara lagi yang perlukan kita cintai sebelum kita mencintai seseorang ..  adakah kita sudah mencintai Allah dan Rasulnya dengan sebenar-bernar cinta ? persoalan ini yang selalu datang kepada diriku , adakah layak aku mencintai orang lain sebelum aku mencintai Allah dan Rasulnya.. ana sedar tahap kemampuan ana sendiri dan ana pilih untuk tidak bermain cinta lagi...Namun , ana tidak menyalahkan orang lain yang sedang bercinta sekarang ,tetapi nasihat ana untuk yang ingin bercinta sebelum nikah ini haruslah menjaga adab dan syariatnya dengan kuat ,

                                                  Kenapa bermain cinta sebelum nikah ini tidak digalakkan? antara sebabnya ialah 1. kita menyibukkan diri untuk menyintai orang yang belum halal bagi diri kita. daripada ikatan cinta yang tidak halal inilah syaitan akan jadikan satu modal penting untuk rosakkannya. 2. Jika kita sudah berada dalam alam percintaan kita akan terkena satu penyakit iaitu penyakit barah rindu. rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina dibawah jajahan syaitan. 3. Cinta itu akan membuatkan kita lalai dan alpa dari mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.

                                                      Selain itu, jika seorang itu sudah termasuk dalam alam percintaan sebelum nikah ini , fikiran kita akan menjadi tak rasional ,Ada sesetengah itu juga menjalinkan ikatan cinta dalam tempoh yang agak lama dan melangkah ke alam rumah tangga, takut ia terbina di atas jalan-jalan maksiat yang sebelum ini mereka lakukan. Kita, bercinta sebelum kahwin kita tak kenal hati budi masing-masing yang kita nampak adalah keindahan-keindahan yang kita cari .kita tak nampak kebaikan dan keburukan seseorang itu .

Penyakit Cinta Asmara dan cara mengubatinya


                                                    Cinta ini boleh dikatakan satu penyakit yang kronik jika terkena kepada sesetengah individu . Namun penyakit ini ada penawarnya . yang memyebabkan penyakit ini terkena kepada pengidapnya disebabkan pengidap penyakit ini tidak mengambil langkah yang bijak mencengah penyakit ini berlarutan.

                                                         Anugerah Cinta ini tiada nilai bandingannya , cinta ini boleh hadir kepada sesiapa sahaja, dan boleh berlaku pada bila-bila masa. Namun sesetengah kita tidak mampu melawan bahangnya kemarakan api cinta ini. Bukankah kita selalu berpegang dengan ajaran dan syariat islam itu sendiri . Rasullullah S.A.W pernah bersabda  yang mahumnya:
''telah aku tinggalkan dua perkara jiika kamu berpengang kepadanya kamu tidak akan sesat selamanya iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunah Rasulullillah ( Al-Hadith).
-hadis sahih-
                                                        Jika kita selalu berpengang dengan kedua ini nescaya selamatlah kita . Seperti yang kita ketahui cinta ini anugerah dan hadiah daripada Allah s.w.t dan anugerah ini haruslah digunakan dengan cara yang di ajarkan mengikut syariat islam . Jika kamu mencintai seseorang itu haruslah bagimu untuk menikahinya..
Dalam satu hadith Nabi bersabda yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam sunannya dari Ibnu abbas bahawa Rasullullah s.a.w bersabda: '' lam taro lil mutahabbaini mislannikah'' au kama kola
''kami tidak melihat cara yang paling elok bagi dua orang yang saling mencintai melainkan nikah'
                                                         
                                                          Cinta ini jalannya adalah menikah .. sesungguhnya menikah itu menutup pintu-pintu yang tidak baik .. jika kita bercinta sebelum nikah ini macam-macam cabaran yang akan datang menyerang. Orang muda sekarang sibuk untuk bertukar-tukar pasangan sibuk untuk masing-masing mempunyai kekasih . Boleh memiliki kekasih tetapi jadikan kekasih kita itu selepas kita bergelar yang halal buatnya . hatta Rasullullah S.A.W sendiri menyintai dan menyayangi  isteri-isteri baginda selepas menikahinya.

                                                             Buat orang muda di luar sana , beruntunglah lah kita semua kerana turut diberi nikmat perasaan cinta ini .. di dalam hadith yang masyur kita dengar juga ada menyebut hal orang muda-muda berkenaan cinta dan nikah ini.

Daripada ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
  
maksudnya'' wahai para pemuda ,sesiapa di antara kamu telah mempunyai kemampuan , hendaklah ia menikah , sebab menikah itu lebih mampu melindungi pandangan mata dan mampu menjaga kemaluan. sesiapa yang belum mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu menjadi menjadi penawarnya'  -sahih muslim-

                                     Hadith ini sendiri menunjukkan Baginda Nabi Muhammad S.A.W memberi petunjuk kepada orang yang diserang penyakit "CINTA' untuk merawatnya.
pertama: jika kita benar menyintai seseorang itu lalu kita sudah mampu maka disuruh untuk menikahinya. dan Kedua jika kita mempunyai perasaan cinta dan kita tidak mampu untuk mengurusnya dengan cara yang terbaik maka hendaklah ia tinggal sebentar cinta itu atau berpuasa untuk menahan keinginan kita. tidakkah itu cara terbaik dan menepati kaedah syariat islam.


                                           Islam bukanlah agama penyekat tetapi agama yang penuh dengan Rahmat dan kasih sayang terhadap umat seluruh umat islam .Manusia ini sifatnya lemah dan tidak mengetahui apa-apa . Dan Allah S.W.T Yang Lagi Maha Mengetahui Dia mengetahui dimana kelemahan kita .. Jika kita mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak tidakkah kita sudah mengikut jalan yang paling selamat . selamat dunia dan akhirat .


                                           Bagi yang ingin memulakan episod cintanya pula di syorkan untuk meminta dan berdoa kepada Allah akan keputusannya untuk menyintai seseorang itu dengan cara ber istikarah memohon jalan yang di tunjukkan oleh Allah ,  

Cinta Adalah Fitrah semulajadi ,fitrah itu harus disusuli dengan perkahwinan untuk menjaga nilai islam itu sendiri .Jika kita mengikuti semua kaedah yang ditetapkan kita tidak akan tersasar malahan kita akan diredahai dan diberkati hubungan cinta itu jika kita mengikut apa yang ajar. kalau kita buat sebaliknya ''wa in asak tum falaha'' maka tunggulah akibatnya.


''Maksudnya: Dan tidakkah patut bagi seorang lelaki Mukmin dan perempuan Mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan satu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan(yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan sesat yang nyata'                                                                           -surah Al-Ahzab 33: 36-




    maksudnya:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."                                                                                     (Surah Al-Hujurat: Ayat 13)

                                                             Kesimpulannya disini , apa yang ana lihat dan apa yang boleh ana simpulkan , setiap kita diri manusia yang bergelar umat islam haruslah sentiasa berpegang kepada ajaran yang yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan keredaan Allah S.W.T . Kesimpulan ana berkaitan cara untuk merawat penyakit cinta ini adalah jadikanlah (NIKAH) itu sebagai Solusi dalam permasalahan ini.. mungkin ada yang diluar sana yang mampu mengjaga cintanya walaupun belum nikah . ana ucapkan Tahniah .. Tapi  tidak ramai yang mampu menjaga dengan sebaiknya .Jadikan jalan nikah ini jalan yang selamat untuk terus mendapat rahmat dan pelindungan ALLAH . Semoga kita semua dapat beramal dan terus bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.

Rujukan:
-Pemilik Cintaku Selepas Allah & Rasul-fatimah syarha
-at-tibb annabawiyah -ibnu qayiim al jauziyah
-blog nawawi
-resepirahsiaku
-HOLY QURAN KARIM


Kata-kata Mutira Pilihan
: Aku mencintaimu kerana Agamamu , Jika Hilang Agamamu ,Maka Hilanglah Cintaku Padamu- adaptasi kata-kata imam nawawi .


sekian Assalamualaikum...                                                                created by :ceryft9   @2932015