Assalamualikum w.b.t selawat dan salam ke
atas junjungan Nabi s.a.w dan sekalian ahli keluarganya.salam sejahtera juga
kepada semua saudara-saudaraku yang mencintai Allah dan Rasul-Nya.
Alhamdulillah kita semua diberi kesempatan lagi untuk menggali dan mengejar
keredaan Allah serta nikmat-nikmat yang tidak terkira hingga kini kita semua
sudah berada di penghujung tahun 2015 , pejam celik pejam celik, bangun makan
tidur lepastu tidur lagi kita dah nak langkah tahun baru . maknanya umur kita
semakin hari semakin meningkat dan semakin berkurangan jadi persoalannya?
Apakah yang kita lakukan pada masa yang telah berlalu itu , adakah semakin baik
amal kita adakah semakin banyak bekal kita semua. Saya perlu memikirkan apakah
masa yang saya lalui ini saya gunakan dengan baik dan termasuk kita semua
sekali .adakah kita sudah muhasabah (hisab) diri kita semua.
La baks’ tidak mengapa saya tidak perlu
menanyakan jawapan itu pada semua dan saya tidak perlu tulis jawapan saya pada persoalan itu. Itu semua boleh
dijawab pada diri kita semua. Jadi apakah cukup sekadar itu sahaja adakah
matlamat yang ditetapkan pada tiap setiap individu itu sudah tercapai . dan
Apakah matlmat terbaru yang ingin dibawa yang ingin digapai untuk dibawa pada
tahun baru yang akan menjelang tidak lama lagi (2016). Mengikut adat dan
kebiasaan (rolibnya) dekat malaysia kita ni , kawan atau rakan terdekat akan
ucap (wish) dan tanya apakah matlamat atau azam tahun baru kamu? Pada masa
itulah bermacam-macam jawapan dan matlamat yang kita beri kita sebut yang
diinginkan ...si penanya hanya mendapat mendengan ucapan dan matlamat atau azam
sesrorang itu tetapi dia tidak tahu sejauh mana matlamat atau azam yang
diluahkan itu akan tercapai .releven atau tidak releven . yang mengetahuinya
adalah diri kita sendiri kita ada jawapan sebelum kita cakap itu . betul semua
ketentuan itu bergantung pada kehendak Ilahi. Tetapi setiap diri itu akan tahu
kemampuan diri sebenar dan dia tahu sejauh mana matlamat itu boleh dicapai .. moga
kita semua berusaha dan mencapai matlamat dengan keazam yang benar usaha dan
tawakal. Amin Allahumma amin
Setelah kita semua berhempas pulas pada tahun
2015 yang mencabar ini dengan pelbagai ragam dan corak kehidupan yang berlaku
khususnya di malaysia ini , dengan pelbagai masalah yang timbul dan isu-isu dan ditambah lagi dengan
kemasukan budaya baru iaitu trend
merokok moden dengan menggunakan rokok elektronik ,e-cigar ataupun dikenali
dengan vape @vapor atau sepana impact. Vape ini bukanlah baharu di malaysia
sudah hampir 5 tahun dan pada tahun 2015 ini adalah tahun paling mencabar dan
aktif penggunaan vape ini ditambah dengan pelbagai pendapat dan kajian
mengenainya. Jadi semperna tahun baru yang akan menjelang tidak lama lagi saya
cuba untuk gunakan tahun baru ini sebagai ‘turning point’ untuk buat semua
pengguna rokok vape @ e –cigar untuk
berkongsi mengenai penggunaan rokok vape POSITIF + ATAU NEGATIF - ????
Kenapa saya sebut ‘turning point’ ( titik perubahan) saya cuba untuk
membawa atau berkongsi kembali maklumat akan kesan penggunaan VAPE ini walaupun
ramai diluar sana dan sudah banyak maklumat yang disebarkan oleh bijak pandai
,Professor, DR dan kementerian kesihatan , tapi disini saya bukanlah bercakap
di atas tiket dr atau ahli kesihatan. Saya ini bercakap dari segi nilai
kemanusian nilai seorang manusia kepada manusia yang lain ataupun seorang hamba
Allah kepada hamba Allah yang sama pada
dasarnya. Sesuai dengan tanggungjawab atau arahan yang Allah telah letak
pada setiap diri kita semua iaitu setiaporang
yang beriman itu harus saling menasihati dan mengajak kepada kebaikan dan
mencegar kemungkaran ‘’ dan hendaklah sebahagian dari kamu ada segolongan yang
menyeru melakukan yang baik(maaruf) dan melarang yang buruk(mungkar) dan mereka itulah orang yang berjaya –Al
Baqarah -104- .. pada kesempatan ini izinkan saya berkongsi sedikit .moga sya
tidak silap dalam penulisan ini atau menyebabkan satu pihak lain terasa hati,
pada mulanya saya sudah lama untuk menulis dan berkongsi mengenai penggunaan
vape ini tetapi tidak kesempaian atas masalah dan kerja penulisan tesis saya
yang belum lagi tamat.
Mungkin dengan penulisan dan perkongsiansaya ini akan dicemuh atau tidak
disetujui oleh orang ramai terutamanya pengguna rokok vape yang tegar, niat
saya bukan untuk menjatuhkan sesetengan individu atau para peniaga vape tetapi .saya perlu berkata kerana ia melibatkan hukum dan
kesan yang teruk . jika saya takut untuk berkata benar demi menjaga kasih
sayang orang lain saya takut apa yang telah dijanjiakan oleh Allah dalam hadis
yang berbunyi’’jika kamu mengharapkan keredaan orang lain (dalam perkara batil)
Allah akan tukarkan keredaan itu dengan kehinaan di akhirat nanti’’ au kama
kol’ apa yang saya akan kongsikan ini bukanlah satu pemerhatian yang kritikal
yang saya buat tetapi atas dasar keyakinan yang mendalam atas dasar untuk
menyelamatkan saudara-saudara ku semua..insyaALLAH.
MATLUMAT
DAN FAKTA MENGENAI ROKOK ELEKTRONIK
Definisi :Rokok
Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah
inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masa kini,
rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor. Perkataan 'vape' berasal
daripada perkataan Inggeris daripada perkataan ‘vaporization’ yang membawa maksud
proses pengewapan, dan juga merujuk kepada 'vaporizer' iaitu alat yang
digunakan untuk menghisap ganja, tembakau dan campuran rokok lain. Kamus Oxford
telah menambah perkataan vape sebagai kata nama baru dalam kamus itu pada Ogos
2014.[1] Kamus tersebut mendefinisikan vape sebagai “an act of inhaling and
exhaling the vapour produced by an electronic cigarette or similar device”
(perbuatan menyedut dan menghembuskan wap yang dihasilkan oleh rokok elektronik
atau peranti yang seumpamanya). Perkataan vape juga boleh merujuk kepada alat
peranti elektronik yang digunakan.
PENDAPAT
PAKAR
Jumlah
nikotin yang terdapat di dalam rokok elektronik ini berbeza bergantung
kenyataan tertulis pada labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam
setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang
mengandungi 16–18 mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan
ekstra tinggi). Namun harus diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap
dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok.
Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional.
Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US
Food and Drug Administration (USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah
dikeluarkan oleh dua pengeluar (NJoy dan Smoking Everywhere). Mereka mendapati
terdapat bahan ‘tobacco-specific nitrosamines’ (TSNAs), yang boleh menyebabkan
kanser dalam kedua-dua jenama e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang
terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label.
Terdapat sedikit nikotin dalam e-rokok yang dikatakan “nicotine-free”.
Pada September 2008, World Health Organization
telah mengeluarkan kenyataan: “Tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini
selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian niklotin. Oleh itu, pihak
pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan
mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok”
. (2) komponen utama rokok vape ,bateri,atomiser,katrij .
Kandungan utama rokok elektronik seperti
kita tahu terdiri dari pelbagai bahan-bahan ataupun perasa. Adapun rokok vape
dikatakan yang perisanya mempunyai nikotin ataupun tidak ia telah diuji dan
mempunyai masalah tersendiri. Seperti yang kita ketahui jika cecair perisa itu
mempunyai nikotin ia adalah sangat bahaya dan tidak sihat seperti dalam
kebanyakan rokok biasa. Mempunyai nikotin ataupun tidak disini bukanlah sebab
utama ..sebagai umat yang beragama islam kita perlu dan perlu tahu dalam
sesuatu yang kita buat atau kita ambil.
Dalam kes rokok vape ini pengambilan cecair perisa yang mempunyai banyak
pilihan dan rasa di pasaran amat banyak sekali .. persoalannya adakah para
perokok vape ini semua mengetahui dengan mendalam isi kandungan dalam cecair
yang mereka gunakan itu . adakah mereka membuat pemerhatian yang kritikal .
atau adakah hanya sekadar melihat label dan maklumat ringkas di botol perisa
itu sahaja.
Dari sudut pandangan islam , sebagai seorang islam kita di
syaratkan dan wajib memilih yang halal dan diyakini. Persoalannya adakah
kebanyakan perisa cecair yang ada di pasaran itu semuanya ber status halal .siapa
pengeluarnya , adakah ia dari produk orang muslim .ini semua perlu diambil
kira. Kita sekarang berada dizaman yang mencabar terlalu banyak perkara yang
syubhah (ragu-ragu) setiap perkara perlu di titik berat dari mana punca dan
asalnya.sesungguhnya musuh islam itu sentiasa mencari jalan untuk rosakkan
akhlak dan budaya umat islam itu sendiri. Pelbagai teknik dan cara mereka untuk
rosakkan umat islam itu sendiri , tidak dapat dari segi akhlak , dari segi
kesihantan ,ataupun dari segi akidah . Allah merakam kan satu ayat di dalam al
quran di dalam surah al baqarah ayat 120’’ Dan
oran-orang yahudi dan nasrani tidak redha dengan caramu atau rela kepadamu sebelum
engkau mengikuti agama mereka’’ demikianlah sifat musuh islam itu sendiri.
Mungkin
ramai akan persoalkan yang mereka(perokok vape) tidak menggunakan perisa cecair
nikotin atau sebagainya . tetapi jawab mereka adalah untuk menggantikan rokok
lama (rokok putung) dengan beralasan untuk ke arah lebih baik . setiap perkara atau pro dan kontra sendiri ..
baiklah mungkin ada segelintir di luar sana mengatakan mereka menggunakan rokok
vape untuk mengurangkan risiko terhadap kesihatan . dan memang dalam kaedah
syariah ada mengatakan ‘’ satu keharusan memilih yang kurang mudarat (risiko)di
antara 2 (dua) yang membawa kemudaratan. Namun apa yang kita lihat masa kini .
kebanyakan perokok vape adalah golongan yang baru mencuba dan bukanlah golongan
yang lama yang ingin bertukar kepada vape . rokok vape ini dicipta untuk
menggantikan rokok lama dan sebagai terapi utnuk kurangkan ketagih rokok dan
nikotin. Malangnya kesan pengaruh rokok vape ini telah membawa kesan negatif
hinggakan individu tidak pernah menghisap rokok telah berjinak2 kepada rokok
vape , dan tambah sedih lagi masalah ini melibatkan remaja dibawah umur malahan
kanak-kanak turut mencuba rokok vape ini.
Demikianlah
,betapa buruk dan kesan negatif yang berpunca dari rokok vape ini sendiri.
Telah ramai bijak pandai dan para ilmuan dan pengkaji membuat kajian yang
kebanyakan mereka tidak setuju dan menyatakan kesan negatif dari pengambilan
rokok vape mahupun rokok putung itu sendiri. Ditambah pula baru-baru ini yang
status rokok vape itu sendiri adalah salah dari segi penjualan oleh kementerian
. dari segi pandangan islam pula bermacam-macam pendapat yang dilontarkan
berdasarkan dalil-dalil.dan secara umumnya baru-baru ini juga MUFTI WILIYAH
PERSEKUTUAN sohibus samahah Dr Zulkifli al bakri telah menfatwakan dalam irsyad
fatwa ke 63 yang ‘mengatakan Rokok
elektronik ataupun vape adalah haram ‘ Dan turut di ikuti oleh majlis fatwa
kebangsaan yang bersidang pada 21 disember 2015 dan turut menfatwakan haram
bagi rokok elektronik dan vape.
Dalil Pengharaman Perkara
yang Memudaratkan
Pertama: Firman Allah Ta`ala:
Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu
ke dalam bahaya kebinasaan.(Surah al-Baqarah,
2:195)
Kedua: maksudnya: Jangan kamu membunuh diri
kamu, sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.(Surah al-Nisa’, 4:29)
Menurut
al-Jassas, ayat tersebut mengandungi larangan daripada melakukan pembunuhan
sama ada terhadap orang lain atau terhadap diri sendiri. Rujuk Ahkam al-Quran
(3/127).
Ketiga:
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:
“Tiada kemudaran (dalam Syariat Islam) dan tidak harus mengenakan kemudaratan
(tanpa hak)” Riwayat Ahmad (22778) dan Ibn Majah (2340
Keempat:
sesiapa yang meneguk racun lalu membunuh dirinya, maka racunnya akan sentiasa
di tangannya sambal meneguknya dalam neraka Jahannam, berkekalan
selama-lamanya.”Riwayat al-Bukhari (5778) dan Muslim (109)Hadis
ini menjadi ancaman balasan neraka dan siksaan yang dahsyat bagi orang yang
melakukan tindakan yang membinasakan diri sendiri. Secara umumnya, dalil
tersebut mengharamkan segala bentuk tindakan yang membunuh dirinya.
HUKUM
Berdasarkan
daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat
bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah HARAM. Ini kerana
seperti yang kami‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai
untuk isu rokok elektronik ini bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa alasan
antaranya:
Qiyas
kepada rokok sebenar. [11] Antaranya:Memudaratkan
agama nyawa, akal, harta dan keturunan;Mengandungi
bahan-bahan beracun seperti nikotin cecair tulen, propylene glycol, vegetable
glycerin dan alkohol;Membawa
kepada ketagihan dan mengkhayalkan;
Membawa
kepada pelbagai penyakit seperti kanser, kecacatan janin, dan lain-lain;
Memudaratkan
kesihatan orang sekeliling dan mencemarkan alam sekitar.Kenyataan
pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok
itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya
tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan
badan-badan berautoriti.
Pembaziran
yang berlaku sama ada pada alat vape itu sendiri mahupun bahan cecair yang
menjadi hisapannya. Dikatakan bahawa harga alat tersebut berharga sekitar
ratusan ringgit dan bagi sesetengah jenis, ianya mampu mencecah hingga ribuan
ringgit.
Meniru
budaya yang bukan Islam.,Dilihat tidak bermaruah.
Sad
al-Zari’ah (menutup jalan menuju kerosakan). Pihak polis kini sedang
menggiatkan tinjauan dan siasatan terhadap lokasi-lokasi yang dikesan cuba
mengadun sendiri perisa ganja dan ketum bagi memenuhi permintaan segelintir
pengguna rokok elektronik.[12] Laporan dari pihak berkuasa juga menunjukkan
bahawa penggunaan dadah sintetik di kalangan remaja sedang meningkat dan ini
akan lebih memburukkan keadaan jika penggunaan rokok elektronik juga terdapat
unsur-unsur dadah di dalamnya.[13] Langkah-langkah pencegahan perlulah
dilakukan agar masalah ini tidak membarah di kalangan masyarakat Malaysia
terutamanya buat para remaja.
Sedikit ulasan saya , kita semua sudah maklum
yang HUKUM sudah ada dan kebanyakan kita sudah sedar . tetapi sengaja menutup
mata demi kepentingan sendiri dan mula menyalahkan orang lain .salahkan
kerajaan dan lebih teruk lagi salahkan alim ulamak. Weyy aku nak cakap sini,
nie nak tubek huduh2 ni..asif, ulamak ni bukan senang-senang dia je nak buat
keluar fatwa /hukum . ulamak ni bukan hanya sekadar melihat dari segi ilmu
agama ia juga mendapat nasihat dari pakar seperti dr dan ahli-ahlinya.ulama
bukan sewenang nya just sebut halal haram.
Ulama ni dia buat kajian juga bukan sekali tengok je ,malahan lebih dari
pemerhatian yang kritikal. Eh tubek pulok kita yang kurang cerdik ni nak
salahkan orang .
Sedikit
lagi pandangan saya berkenaan kenapa ada beberapa negara yang mengharamkan
sepenuhnya penggunaan rokok elektronik atau vape ini antaranya
Argentina,Brazil,Thailand,Singapura,Brunei,Oman,Panama,Jordan,Mexico,Qatar,China,taipe ,Turki,Emiriah
Arab Bersatu
Seperti kita lihat di atas . kenapa ada
negara-negara ini tampil dan umumkan pengharaman penggunaan rokok vape di
negara mereka.. mesti ada sebab yang tersendiri dan malah yang besar mereka
lihat. Misal contohnya saya pilih Brazil dan mexico kenapa mereka haramkan
rokok vape ini. Sedangkan kita tahu negara mereka terkenal dengan perkara
negatif antaranya penggunaan dadah yang berleluasa dan merupakan tempat dadah
yang aktif.. kenapa mereka haramkan vape di negara mereka . mesti ada sebab .
saya andaikan mereka melihat rokok vape ini akan membawa kesan yang lebih parah
kepada mereka dengan munculnya rokok moden yang menggunakan elektronik dan
boleh di tukar perisa cecair yang pelbagai . boleh jadi ia disalah gunakan
untuk menukarkan cecair perisa kepada cecair yang disi dengan campuran bahan
terlarang (dadah).. dinegara mereka yang terkenal dengan pengambilan dadah pun
tidak berani ambil risiko untuk benarkan rokok vape ini tapi kita di malaysia
boleh pula meluas ...
Percayalah
yang bahawa amalan pengambilan rokok vape ataupun rokok tradisional membawa
kesan buruk pada diri pada masyarakat dan pada akhlak umat islam itu sendiri.
Benar kepada perokok tegar memang agar sukar untuk berhenti mengejut. Tetapi perlulah
berusaha dengan bersungguh-sungguh. Didalam
al quran di dalam surah Ar-Rad ayat 11’’ yang bermaksud’’ Allah tidak akan
mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah dengan dirinya’’ jelaslah kuncinya adalah terletak pada
individu itu sendiri jika mereka mahu ia akan pasti boleh. Percayalah .’’
sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (iani mengikut segala suruhan dan
larangannya) nescaya Allah memberi jalan keluar padanya, dan Allah akan memberi
rezeki dari apa yang dia tidak sangka sangkakan’’ surah at talaq 2 & 3.
Konklusinya marilah kita
semua kembali kepada jalan yang lurus yang kita selalu mohon ‘ih dinas sirotol
mustaqim’ al fatihah 6. ‘’tunjukkanlah jalan yang lurus ‘’ kita semua berdoa
kepada Alllah agar Allah memberi kepada kita jalan yang lurus maka tunjukkanlah
pula usaha kita untuk mencapainya. Ayuh kembali kembali semua .. kembali ke
jalan yang Allah redha. ‘fabiy ai yi ala irobbikuma tukazziban’ surah arrahman ‘’
nikmat Allah mana satu kamu mahu dustakan..
‘sesungguhnya
telah datang seruan kepada kamu untuk melakukan kebaikan maka adakah kamu mahu
mengingkarinya’’ janganlah kita bersikap yang Allah rakamkan dalam Al quran ‘’
sami’ na wa asoina’’ kami dengar tapi kami tahu mahu ikut.
Rokok
akan bawa kesan pada diri , pada keluarga ,pada agama .Ayuh menjelang tahun baru ini azam untuk berhenti
merokok atau melakukan perkara yang tiada manfaat ,dengan niat kerana Allah
taala. Saya sudahi dengan ucapan mohon
keampunan dan keampunan dari Allah taala dan moga semua menjadi saudara seislam
yang saling menarik antara satu sama lain untuk ke syuga Allah ‘’wa taawanu ala
birri wa taqwa’ Assalamualaikum w.b.t