.

.
Hidup Hanya Sekali Biarkan Ia Beerti

Sunday, 11 May 2014

J0M Kita Muhasabah Diri KIta BeRSAMA-Sama

                        Assalamualaikum ....kaifa haluk ya akhi ya ukhti .... salam berbicara lagi ...sungguh lama ana tidak menconteng-conteng  di dinding blogs nie. almaklumlah ana ini sibuk sikit ..bukanya blogger sepenuh masa lagipun kalau nak diikutkan ana nie dalam blog masih setahun jagung kata orang tua ..Tapi itu tidak menjadi maslah yang besar ... semua orang berhak right???  semua orang berhak untuk menulis atau menyampaikan apa-apa.. kan ada hadith yang berbunyi ''' Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat (HR bukhari)..

                    Sekali lagi ana mengharapkan anda semua dalam keadaan baik baik sahaja .InsyaALLAH . pertama sekali ana ingin memohon kemaafan jika da tersalah dan terkasar bahasa....anak muda mohon ampun.. Post yang saya bawakan kali ini biasa-biasa yang berbentuk memberi peringatan apa yang kita sudah tahu....


                     MUHASABAH ... Ye muhasabah , setiap individu sepatutnya bermuhasabah diri sepanjang masa ... '' SOALAN BOCOR'  soalan bocor itulah perkataan yang kebanyakannya kita suka dengari .tidak kira la lelaki mahupun perempuan ... soalan bocor ini umpama jackpot  ataupun durian runtuh bagi sesiapa yang ketahuinya..  bila dengar saja 'soalan bocor' semua orang jadi suka kerana dengan soalan bocor itulah pekara akan menjadi mudah ... Tetapi Percayalah ada satu saat yang kita hanya duduk diam tanpa berkata apa-apa selepas didengarkan SOALAN -SOALAN BOCOR itu.. Apa DIA?? jawapannya ialah SOALAN BOCOR DARI AKHIRAT !!

                       Kita semua maklum ,bahawa setelah nyawa berpisah dari jasad,tatkala jasad kita terbujur kaku di alam yang cukup asing bagi manusia , Malaikat akan hadir dan kita ditanya soalan-soalan yang lazim mengetahuinya sebelum berdepan dengan sakaratulmaut.. Soalan-soalan itu ialah  Soalan bocor:


          1.Siapakah Tuhan Kamu?

           2. Apa Agama Kamu?
        
           3. Siapa Nabi kamu?

                Ya .. itulah soalan -soalan lazim yang ditanya ... kita semua umat manusia yang beragama islam sudah semestinya tahu akan soalan dan jawapanya .. jika di tanya Siapakah Tuhan Kamu ? jawapannya Allah s.w.t , jika ditanya Apa Agamamu? jawapanya islam . dan jika ditanya Siapakah Nabi Kamu ? jawapan yang kita berikan ialah  Muhammad S.A.W .


                   Ya ,kita sudah pasti dapat menjawabnya .tetapi harus diingat satu perkara . Alam barzakh nanti tidak serupa sama sekali dengan kehidupan kita di dunia . Lantaran itu , andai kita rasakan menjawab soalan ini  sama seperti menjawab peperiksaan, maka kita silap besar kata orang . Kekuatan ingatan,kecerdasan minda,dan tahap pendidikan kita setinggi mana pun ,UM,UIA,KIPSAS sekali pun  itu takkan menjamin kita untuk mampu menjawab SOALAN Tersebut dengan Cemerlang. Apa yang  menentukan nya ialah amalan kita di dunia. cara kita menjawab soalan itu kelak berdasarkan dengan apa yang kita buat di dunia ... oleh itu .jika kamu sudah tahu jawapannya di dunia ini maka ulangkajilah lah kata orang.. jika soalannya Apakah Tuhan kamu ?? jawapnnya kita haruslah mentauhidkan Allah, sembah dan laksanakanlah ibadat dan suruhannya. jika soalannya Apa Agama kamu? jawapannya kita mestilah jadikan Islam sebagai cara hidup . dan jika Soalannya Siapakah Nabi Kamu? jawapannya ialah menyayangi Nabi s.a.w dan mengikuti sunnah bagin .Walllahualam .. jadi sedikit sebanyak apa yang ana kongsikan ini memberi manfaat kepada kita semua ...  SOALAN DAH TAHU , JAWAPAN DAH TAHU .. CUMA APA ... FIKIR LAH SENDIRI ....


                 
  Assalamualaikum ... moga kita bertemu lagi ..doakan saya murah rezeki , di panjangkan umur, di berkati selalu ...AMIN . InsyaAllah ... Tabarakallah ;Bitaufiq wan najjah


                                                                                   created:ceryft9