Assalamualaikum , salam sejahtera kaifa haluk , berjumpa lagi kita .. hurmm kalini ana inggin menulis serba sedikit berdasarkan pemahaman ana tentang ilmmu DAKWAH ini ,ia berdasarkan apa yang ana belajar di kulliyah dan menurut nota yang diajarkan oleh guru-guru ana ... moga dengan tajuk yang ana kongsikan ini serba sedikit dapat membantu antum2 semua dalam pengajian ilmu dakwah itu sendiri ...
Seperti yang kita ketahui semua dakwah biasanya dilakukan oleh individu atau kumpulan yang sudah banyak ilmu dengan agama Islam yang banyak mengetahui hukum-hukum dan sebagainya . Tetapi sebenarnya kita Salah . Dakwah adalah satu perkara yang wajib atas semua orang islam , ia wajib menyampaikan dakwah tidak mengenali sesiapa sahaja. Dakwah harus dilakukan oleh semua orang , menegur orang yang membuat perkara maksiat itu juga merupakan satu tugas dakwah .Yang berbezanya adalah cara dan bahan yang dibawakan oleh seseorang pendakwah itu (dai'e) ..Oleh itu , marilah kita semua memantapkan diri kita semua dengan ilmu2 DAKWAH ini .
Dakwah dari segi bahasa : dakwah adalah satu perkataan Arab yang mempunyai banyak pengertian antaranya , ajakan ,jemputan, seruan, panggilan, laugan, minta pertolongan dan lain2.. Dakwah ini juga ditakrifkan oleh Dr Yusuf al -Qaradhawi mengatakan dakwah ini '' Usaha membawa orang lain kepada agama islam, supaya mengikut petunjuk dengan melaksankan segala ketetapan islam di muka bumi ''
selain itu , kita juga perlu tahu istilah2 penting dalam pengajian ilmu dakwah ini seperti pendakwah dipanggil ( dai'e) orang yang didakwah ( mad'u), isi dakwah ( maudhu), metodologi dakwah ( manhaj ) pendekatan dakwah (approach), media dakwah (wasillah), dan gerakan dakwah pula dipanggil ( harakah ) ok macam mana dah dapat dah ingat sikit .INSYAALLAH ..
seterusnya pula kita patot tahu ape itu pendakwah (dai'e) siapa dia ? ..Pendakwah (dai"e) ialah orang yang berusaha mengajak orang lain kpd islam dgn cara tertentu,pendakwah ini adalah individu atau sekumpulan orang yang langsung menjadi pelaksa tugas dakwah yang mengadakan pimpinan dan bimbingan terhadap individu atau sosial dengan pelbagai cara .
selepas itu kita patut tahu skop dan bidang ilmu dakwah ini, skop dan bidang dakwah ini ala macam bahagian yang kita perlu capai la..skop dan bidang sejarah ini seperti .sejarah dakwah-prinsip dakwah-manhaj dakwah-teknik pendekatan dakwah-medium ataupun saluran dakwah -mehnah dan tribulasi dakwah , berikut merupakan bahagian2 dlam skop dan bidang ilmu dakwah itu sendiri.
hah lepas kita dah tahu ape itu skop dan bidang dakwah itu kita harus tahu Syarat-syarat penting harus dimiliki oleh Pendakwah (dai'e) nak jadi pendakwah ni bukan senang2 je kita main bedal je kan kita kena la tahu juga syarat2 nya ..Syarat yang harus dimiliki bagi seorang pendakwah adalah 1.Berkeperibadian yg baik, bertqwa , ikhlas ,jujur, ramah, tawadhu, sabar dan semangat.2. Berdisiplin , beriwabawa dan bertanggungjwab.3 memiliki ilmu pengetahuan yang banyak -ilmu agama ,ilmu sosiologi (kemasyarakatan) ilmu psikologi (kejiwaan) serta penuh inisiatif dan kreatif.. hah amacam ??? dah ade ke semua ni huuhu tapi takpe kita perlahan2 mendalami dan memahami semua ini.. contoh : dlam syarat ini kita perlu tahu dan mendalami ilmu seperti ilmu agama , jika kita tiada ilmu agama yang kukuh macam mana kita nak berdakwah dan berhujah dengan betul , ilmu kemasyarakatan pula , kita juga perlu tahu..
Selepas itu kita dalam ilmu dakwah ini kita juga perlu mengenali siapakah sasaran dakwah kita atau yang kita panggil (mad'u) .. ok kali ini ana ingin berkongsi sedikit .. didalam bidang dakwah ini semestinya ada orang yang didakwa itu kan atau dikenali sebagai sasaran dakwah .sasaran dakwah ini diketegorikan sebagai 2 iatu .muslim dan non muslim . berdakwah ini kita fokoskan pada dua orang islam dan orang bukan islam .. seperti di Malaysia ini masyarakat majmuknya kebanyakan orang melayu islam . dan bagi ana sendiri dakwah ini harus ditekankan kepada orang islam melayu , kerana apa kerana dari pendapat ana sendiri masih ramai orang umat islam yang banyak telah hanyut dan sesat dalam kegelapan .. banyak yang kurang mendapat dakwah yang menyebabkan mereka ni banyak yang lalai dan tidak tahu akan agama sendiri ..
Sasaran dakwah ini juga boleh dipecahkan mengikut katogeri umur ,, dalam memilih sasaran dakwah ini kita berdakwah dengan ramai pihak oleh itu dalam mengenal sasaran dakwah itu kita pecahkan kepada ketogori umur ada yang kanak-kanak, remaja , dewasa, dan juga warga tua .. Dakwah kepada kanak-kanak merupakan sasaran utama dalam pengkategorian umur .. ini kerana seseorang individu boleh dibentuk pegangannya kefahamannya kepada syariat dan tingkah lakunya bermula dari peringkat kanak-kanak . cara dakwah kepada kanak2 ini adalah melalui pendidikan awal dan pendidikan rendah di tadika .. faham tak?? ok dalam berdakwah dengan kanak2 ini ia adalah paling utama sebab apa , sebab kita mampu bentuk dia dari awal misalnya kita hantar dia ke sekolah dia dia diajar untuk sesuatu perkara yang baik ..
Rasullullah s.a.w bersabda '' setiap anak dilahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tuanya yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi"' (diriwayatkan imam abu ya'la ,thabarani dan baihaqi) . berdasarkan hadis ini ipu bapa berperanan sebagai Dai'e bagi mendakwahkan anak-anaknya dengan pendidikan islam .. huh dengar tu kepada ibu bapa diluar sana ayuh lakukan tanggungjawab anda dengan berdakwah kepada anak2 anda .. seperti yang ana tengoklah ramai lagi ibu bapa yang tidak mengambil endahh tentang anak mereka sperti tidak menegur anak2 yang tidak menutup aurat dan sebgainya .. haish!!!!
Seturusnya Remaja , golongan remaja merupakan sasaran dakwah yang perlu diberi perhatian yang serius oleh para pendakwah bagi menyelamatkan sesuatu bangsa dari kebinasaan dan kesesatan . golongan remaja sekarang n banyak yang dah tersasar dah ana tengok . So kita sebagai pendakwah haruslah memainkan peranan yang kuat dalam berdakwah kepada golongan sasaran dakwah ini (remaja). . remaja merupakan peringkat mad'u yang kritikal dan mencerminkan keseluruhan masyarakat. golongan remaja ini merupakan sasran dakwah yang perlu diberi perhatian kerana merekalah mencerminkan sesuatu kempompok masyarakat . oleh itu , kita haruslah menekankan lebih kepada sasaran ini ..
ok selepas itu kita pergi kepada golongan sasaran yang terakhir dalam kategori umur .. Dewasa / warga tua .. berdakwah terhadap golongan dewasa dan warga tua memerlukan pendekatan yang sesuai bagi memastikan keberkesanan mesej yang ingin disampaikan. dlam berdakwah kepada golongan ini kita harus tahu pendekatannya , macam mana . ok seperti guru ana kata kalau kita nak berdakwah kepada orang tua yang tidak tahu apa2 pasal agama takkan kita terus nak ajar mereka membaca hadis nan menghafalnya , kita haruslah pandai misalnya mengajar mereka basic seperti membaca al fatihah atau sebgainya. berdakwah kepada golongan ini walaupun tidak mencabar sebgaimana dakwah kepada golongan remaja , dakwah kepada golongan kepada orang yang berumur memerlukan kesabaran dan pemahaman terhadap emosi psikologi mad'u. hah memang payah sikit nak berdakwah kepada golongan tua nie sebab apa mereka nie lain sedikit kita harus pandai dalam setiap langkah kerana mereka bukkannya 100% mengikut apa kita kata mereka kebiasaanya mengikut cara mereka yang tersendiri . so bersabar ya akhi . masih terdapat segelintir warga tua yang tidak pandai membaca al fatihah malahan tidak mampu menyebut al fatihah dengan betul , mereka juga ada yang malu untuk blajar agama ,solat dsb . so disinilah tugas para pendakwah untuk menyelamatkan mereka semua ini sebelum mereka ini dipanggil menghadap ALLAH ..
Alhamdulillah daripada apa yang kita belajar dan apa yang ana kongsikan di atas harap serba sedikit memberi sumber atau ilmu kepada anda semua .. ana pon dalam proses pembelajaran lagi maklumlah student Dakwah & Pengurusan .. apa yang ana harap anda semua terhibur dan bertambah yakin dalam menguasai ilmu dakwah ini sendiri . jika ada tersalah harap dapat menegur .Selepas ni kita sambung bahagian lain pula ?/
To be countinue with other part .. BERSAMBUNG dengan bahagian2 lain dalam DAKWAH ini . INSYAALLAH ana akan update dari masa ke semasa .. sekian wassalam ''takbir"
by:cery9ft 20.11.13