.

.
Hidup Hanya Sekali Biarkan Ia Beerti

Friday, 17 May 2013

Juanglah Dengan Matlamat yang satu..berjuang demi AGAMA...

Secara jujur, apakah niat kita berjuang dalam Pas? Kita cuba muhasabah diri. Apa matlamat sebenar kita bergerak dalam harakah Islamiyyah ni?

Semata2 nak menaikkan parti Islam jd kerajaan?

Semata2 nak tumbangkan Umno?

Semata2 nak menjadi pengimbang kemaksiatan dan kemungkaran Umno?

Atau ada sebab2 lain?

Almarhum tuan guru datuk Fadzil Noor rahimahullah penah berpesan, "jgn kamu masuk Pas semata2 mengejar habuan dunia".

Apakah habuan dunia tu? Iaitulah berjuang semata2 nak menang PRU. Atau semata2 nak tumbangkan Umno atau menjatuhkan Umno.

Biar aku bertanya, jika kita menang PRU nnt apa pula langkah selepas itu? Jika kita berjaya tumbangkan Umno apa pula tindakan susulan?

Ya - jika matlamat kita semata2 perkara dunia seperti itu, maka kita akan temui jalan buntu. Kita akan kecewa jika x capai sasaran. Maka ramailah yg futur. Ramailah yg mati tanpa kuburan dalam perjuangan

Ambil iktibar kisah Qutzman - matinya di medan perang tp tempatnya di neraka. Kerana apa? Kerana perjuangannya semata2 utk melindungi madinah dan keluarganya.

Jadi apakah niat utama kita menyertai Pas? Iaitulah menjadikan Pas sebagai wadah perjuangan MENEGAKKAN AGAMA ALLAH. Menegakkan KALAMULLAH. Menegakkan AD-DEEN. Semuanya semata2 ingin mendapatkan keredhaan Allah.

Dan jika kita berjaya, kita xkan berhenti kerana matlamat kita mencapai redha Allah takan terhenti selagi nyawa dikandung badan. Dan jika kita berjaya, maka insya Allah kemenangan itu kemenangan yg diredhai, dan bukannya istidraj.

Biarkan si fasik mendabik dada kerana kemenangan depa di dunia ketika ini. Biarkan depa berjalan menongkat langit. Firaun pernah menongkat langit mengaku tuhan, akhirnya mati ditelan lautan.

Perjuangan ini panjang. Allah akan tapis para pejuang ini sehingga hanya yg benar2 ikhlas yg akan kekal hingga ke akhirnya. Berdoalah agar kita termasuk dalam golongan yg akhir.

Ingatlah firman Allah dalam surah al ankabuut ayat 6, "Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk."

Allah x berhajat kpd kita, tapi cuba kita insafi - siapalah kita tanpa redha Allah?


-FAIS al hajari