Bismillahhirahim Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Junjungan Baginda Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah Segala Puji Dan Syukur Kepada Allah s.w.t Yang Dimana Kita Semua Masih Diberi Peluang dan Kesempatan untuk Meneruskan Kehidupan kita ini sebagai Hamba-Nya dan Bersyukur Alhamdulillah Tahun Ini Kita Semua Sempat lagi Bertemu Dengan Bulan Yang Mulia ini Ramadhan Al Mubarak, untuk melakukan amal ibadah dan merebut segala ganjaran yang ditawarkan
.Namun demikian, ada sahabat-sahabat atau saudara kita yang tidak sempat untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan ini ataupun tidak sempat untuk berada lama dalam Bulan tini ..Ada sahabat-sahabat & Saudara kita yang Pergi meninggalkan kita terlebih dahulu , ada yang di timpa dengan musibah yang berat dan banyak lagi kita dengar ujian-ujian yang sahabat& saudara kita lalui.Mudah-mudahan mereka selamat dan sentiasa bersabar atas ujian yang diberikan.
Alhamdulillah Setelah lama ana tidak mencoretkan sesuatu di laman Blog ini kini Alhamdulillah diberi peluang untuk menulis atau dengan kata lain berkongsi sedikit pengalaman ,cerita & Petua amalan-amalan yang boleh kita sama-sama amalkan Insya ALLAH. Pertama sekali ana rasa terpanggil untuk menulis disini kerana untuk kita sama-sama kita Bertafakkur memikir dan bermuhasabah apa yang terjadi kepada sekeliling kita. di akhir-akhir ini dalam Menjelang Syawal yang bakal tiba ini, kita sering dikejutkan dengan berita-berita yang mengejutkan kita ,yang banyak tular di media sosial.'' Antaranya adalah berita tentang Kerap Kali Berlaku Nahas Kemalangan Jalan Raya yang melibatkan Kematian' Allahurabbi Takut Rasaa!! Baru-baru ini Tular di Media Sosial yang menunjukkan rakaman Video Satu kemalangan Jalan raya yang melibatkan dua buah kenderaan yang mengakibatkan 1 kemalangan jiwa.( kemalangan kereta myvi biru yang dikatakan terbabas masuk laluan bertentangan disebabkan terlelap) .
Dan Pula yang terbaru yang di tempat ana (kuantan) Berlaku juga kemalangan Jalan raya yang mengakibatkan kehilangan satu nyawa. Kemalangan tersebut melibatkan sepasang suami isteri yang menaiki kenderaan dan berlaku kemalangan yang menyebabkan isterinya meninggal dunia. Mereka merupakan ustaz dan ustazah.Banyak lagi kita dengar Berita-berita musibah yang berlaku..Mudah mudahan kita semua dijauhkan daripada perkara sedemikian amin..
Suka atau tidak suka Perlu Kita Fahami Bahawa Hidup kita ini sudah Ditetapkan Qada & Qadar-NYA
Setiap apa yang berlaku baik perkara yang menggembirakan ataupun Berita Keburukan/Musibah semuanya itu telah ditetapkan Oleh Rabb.Namun, dalam pada masa yang sama kita diminta untuk berusaha dan berdoa agar dijauhkan dengan segala musibah.
قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
''Katakanlah' Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung dan menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka Kepada Allah Jualah Hendaknya orang2 beriman bertawakkal"
(Quran At-Taubah 51)
Didalam Hadith pula ..Nabi S.a.w memeritahu kita bahawa setiap daripada kita perlu untuk sentiasa memohon untuk perlindungan daripada Musibah:
تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ
" Berlindunglah kalian kepada Allah dari kerasnya musibah, turunnya kesengsaraan yang terus menerus, buruknya qadha serta kesenangan musuh atas musibah yang menimpa kalian.” (HR. Bukhari: 6616
Jelaslah Bahawa kita semua dituntut untuk sentiasa memohon perlindungan daripada segala bencana & musibah .. Jika dilihat kepada Al-Quran dan Hadith terdapat banyak doa-doa atau Petua untuk mengelak daripada Kemudaratan ini.. InsyaAllah ana akan cuba serta beberapa Doa amalan atau petua yang boleh sama-sama kita cuba amalkan ..Tapi Nanti dulu!! Ana akan kongsikan satu cerita Benar ,Apa yang Berlaku kepada Sahabat Baik Ana ini..
Baiklah , Kenapa Ana sengaja untuk selitkan cerita ini terlebih dahulu?? cerita yang ana akan kongsikan ini penuh dengan seribu erti yang juga berkait rapat dengan apa yang kita bincangkan berkenaan Musibah/kemudaratan/Petua/Doa....
Kisah ini Berlalu Baru lagi berlaku dalam Sebulan lebih kurang macam itu, Pertamanya ana dengar cerita ini dari guru kami ..sebelum guru kami memulakan kelas pengajian , guru kami ada bertanya kepada kami di mana sahabat kamu DIN?? lantas kami semua menjawab Din tak hadir hari ini. Lalu Guru kami bertanya , Kamu ada dengar tak cerita yang Din Berhadapan dengan Ular Tedung Selar Besar (king cobra)? Kami cakap tak tahu pula... Lalu guru kami pon ambil sedikit masa dengan menceritakan dengan ringkasnya. Allahurabbi Terkejut ana dengan cerita itu.. Habis kelas terus ana hubungi sahabat ana itu,Bertanya khabar dia.. Ana mengambil keputusan untuk dengarkan Kisah itu sendiri dari mulut dia.
Kami Berjumpa di kelas pengajian hujung minggu .. Pertama jumpa terus Berpeluk rasa Allahurabbi masih dapat lagi Ana untuk Berjumpa dengan sahabat ini..
'Sahabat ana Bernama Din ini sudah kenali dalam masa lebih 3 Tahun . Mula kenal disebabkan kami satu kelas pengajian : Sijil Pengajian Agama Islam Tafaquh Fiddin , Kelas Tafsir & kelas Lughah. Arab.. Sejak itu kami mula Akrab..Ana pangiil Abe Din sebab dia lebih tua.. Abe din dia kerja sebagai JuruUkur di JUPEM Kuantan.. Di Tugaskan di merata tempat termasuk di dalam Hutan. Ana mengenali abe din ini seorang yang kuat semanagat untuk menutut Ilmu ,rajin bertanya dan baik amalannya.
Ceritanya begini'
Sahabat ana ini dan beberapa rakan sekerjanya ditugaskan untuk melakukan kerja ukur di dalam Hutan di Daerah MARAN, PAHANG,,,Kisahnya , Abe din berada didapan sekali dengan sebilah Parang ditangan untuk melakukan kerja permbersihan terlebih dahulu..
Sedang ia berjalan dan melakukan tugas menebas sedikit semak samun Tiba-tiba Muncul didepan Abe Din Seekor ULAR Besar (king Cobra/Tedung Selar) Sedang dalam keadaan mode Menyerang ..Kata Abe Din jaraknya dengan Ular Tersebut lebih kurang 2 kaki dan betul- betul berdiri sama tinggi paras dada abe din.. Allahurabbi kata abe din terkejut nya dia dengan Spontan dia Melepaskan Parang ditangan dan Terus Mencekik Ular itu dengan menggunakan kedua tangan.
Allahurabbi ,,, Perasaannya tidak Tergambar ketika itu.. Penuh dengan Ketakutan dan mula menggigil dan berpeluh ketika Ular itu mula bergelut untuk melepaskan diri. Ular tersebut mula melilit kaki Kanan nya.. Ketika itu abe din tengok mata ular itu memang menakutkan.. Dia cuba untuk melepaskan lilitan di kaki tetapi tak berjaya . Kedua tangan masih pegang erat kuat Ular tersebut. Kata abe din Dia berteriak meminta tolong daripada kawan-kawannya yang dibelakang . Kawan-kawan masih jauh dibelakang dengan bergerak perlahan kerana bawa barang-barang.
Perasaan abe din ketika itu Amat takut dan mula berketar-ketar.Menunggu sahabat yang lain untuk menolong..
King Cobra Bersaiz MEGA sudah Terlalu Tua dan Panjang 10 kaki
Kata abe din dia cuba untuk lepas sebelah tangannya dan sebelah lagi cuba untuk leraikan lilitan ular di bahagian Kaki, Namun dia kata tidak berani ketika itu sebab ular itu terlalu besar . Jika pegang dengan sebelah Tangan sahaja bimbang ular itu terlepas dari genggaman nak kata ular itu memang size besar dilihat daripada warna kulitnya memang nampak ia seekor Ular yang sudah tua.
Akhirnya rakan-rakan sekerjaya sampai . dan mereka ada yang takut untuk membantu melihat besarnya ular itu.Dan ada seorang sahabat datang cuba untuk melepaskan belitan ular dikaki abe din.
Belitan dah dileraikan , abe din dengan perlahan-lahan cuba bawa turun ular itu dah sorokkan kepala ular itu didalam semak dan kemudian terus lari.. Alhamdulillah selamat ular itu tidak sempat berbuat apa-apa. Semua selamat dan kerja hari itu terpaksa ditangguhkan .seminggu lepas itu baru kembali semula .
Melalui daripada detik-detik cerita abe din berdepan dengan Ular Berbisa itu , Ana rasa teruja rasa sesuatu yang boleh dianggap luar biasa.. Abe din pon sendiri mengakui bahawa dia sendiri tak sangka berlaku sedemikian.. Alhamdulillah katanya masih diberi kesempatan dan keselamatan...Dia sendiri tak percaya apa yang berlaku.. Perkara yang dirasa pelik baginya kenapa saat Ular itu menerpa dihadapan dadanya yang ketika itu sebilah parang di tangan kanan ,knapa dia tak libas sahaja ular tersebut dan kenapa dengan spontan dia melepaskan parang dan terus terkam ular tersebut walhal dia tidak pernah bermain dengan ular. Dan kenapa ia terus Terkam terus kebahagian bawah kepala ular dan bukan bahagian lain.. kalaulah bahagian lain katanya mungkin ia akan dipatuk juga .Allahurabbi..
Sentiasa Beramal dengan Doa-Doa Harian
Ana bertanyalah kepada abe din , apa amalan yang dia sentiasa lakukan... Katanya dia bukan seorang yang terlalu baik tapi Ada amalan yang sentiasa dia amalkan.. Katanya doa harian itu perlulah sentiasa diamalkan.Seperti doa :
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
maknanya:
Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab nama-Nya tidak ada sesuatu pun di bumi maupun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudharat). Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) *sebanyak tiga kali, niscaya tidak akan ada sesuatu pun yang memudharatkannya-doa yang matsur didalam hadith
Atau seperti doa yang biasa kita semua baca:" BISMILLAHHI TAWAKKAL ALAALLAH"
Dan seperti doa :
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Didalam Hadith mengatakan:
Dari Khaulah binti Hakim, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barang siapa yang singgah di sebuah tempat kemudian ia mengatakan,
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
(Aku berlindung dengan kalimat-kalimat
Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang diciptakan-Nya) niscaya
tidak akan ada yang memudharatkannya” (HR. Tirmidzi: 3437, dan An Nasai: 5433)
Kita kena sentiasa Yakin kepada Allah ..cuba beramal dengan doa-doa yang baik..
Kata Abe din Alhamdulillah dia selamat dan bersyukur dan berpesan agar selalu beramal .. Kadang kala perkara sedemikian apabila terjadi kepada diri kita ia boleh menyebabkan Iman kita Bertambah..
Diserang Sekumpulan Lebah/Tebuan di Hutan .
Abe din turut bercerita kepada ana yang pada dahulunya sebelum kes berjumpa ular ini dia pernah masuk hutan bersama rakannya atas urusan kerja juga .. Katanya sahabat dia ini jenis seorang yang tidak duduk diam jika ada parang ditangan dia suka untuk menebas merata sahaja , Ada satu ketika sahabatnya tidak perasaan ketika asyik melibas sana dan sini tiba-tiba tak sengaja telibas dahan pokok yang dahan pokok itu tergantung serang LEBAH yang mengakibatkan sarang lebah itu latuh ke Tanah.. Bila sarang tu jatuh Lebah mula keluar dan mengamuk ,
Abe Din dan sahabat dia ini terus berlari tanpa fikir panjang nak selamatkan diri masing-masing la... mereka berdua berlari serentak . Alhamdulillah abe din selamat tapi malang dan kesiannya kepada sahabatnya yang terpaksa menanggung kesakitan akibat terkena 50 sengatan Lebah dan terpaksa dibawa ke Hospital. Abe Din cerita dia bersyukur kepada Allah , Seekor pun tidak menyengatnya walau sahabatnya kena teruk.Allahurabbi tu satu lagi cerita yang dia cerita kan..
Betullah kita semua ini dituntut untuk berusaha dan tawakkal kepada Allah yang memberi Taksir/bekas itu adalah Allah s.w..t ... Jadi hendaklah kita cuba untuk beramal dengan doa-doa perlindungan terutamanya walau dimana kita berada.
Petua Amalan Pelindung Diri Serta Doa-doa amalan
Amalan Harian khususnya doa-doa untuk perlindungan diri dari musibah dan kemudaratan amatlah sepatutunya kita sebagai umat islam untuk amalkan.. InsyaAllah ana akan cuba kongsikan beberapa doa-doa amalan yang baik dan mudah untuk diamalkan.
Sebagai seorang muslim yang benar setiap diri kita sekurang-kurangnya perlu ada amalan tetap seperti zikir-zikir dan doa yang diamalkan selain daripada ibadah fardu.Bagi diri ana , Alhamdulillah hingga kini ana masih boleh istiqamah beramal dengan doa-doa amalan harian seperti Membaca Al-Matsurat ( zikir pagi & petang ) cuba untuk memulakan sesuatu dengan lafaz Bismillah . Secara jujurnya ana bukanlah seorang yang banyak melakukan amalan -amalan yang banyak termasuk banyak doa-doa dan zikir. Tapi bagi diri ana buat masa ini ana ada beberapa amalan yang menjadi kelaziman walau ia sedikit mudah-mudhan berkekalan dan dalam pada waktu yang sama cuba untuk menambahkan amalan yang lain.
Allah berfirman didalam Al-Quran:
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
' Maka ingatilah Aku Nescaya Aku akan mengingatimu dan jangan kamu kufur'
(surah Al Baqarah ayat 152)
Jika kita sentiasa mengingati Allah nescaya Allah s.w.t Akan sentiasa bersama kita...Dengan mengingati Allah dengan cara berdoa atau berzikir membuatkan diri kita rasa kebergantungan kita kepada Allah s.w.t yang Menguasai segala alam ini..Dengan melakukan amalan-amalan seperti sentiasa berdoa memohon perlindungan daripada berlaku kemudaratan khususnya ,mudah-mudahan Allah s,w..t sentiasa letakkan kita didalam pemeliharaan-Nya. Bagi yang sentiasa berdoa , Allah berfirman :
قالَ رَبُّكُمُ ادعوني أَستَجِب لَكُم ۚ
'Dan Tuhanmu Berfirman ' Berdoalah kamu Nescaya Aku Akan Perkenankan'
(surah Ghafir ayat 60)
Insya ALLAH mudah-mudahn kita dapat beramal dengan da-doa amalan harian yang mudah -mudahan ia memberi kebaikan buat kita semua. Ana cadangkan kepada sahabat-sahabat semua untuk cuba amalkan dahulu amalan
1) Zikir Pagi & Zikir Petang ( al matsurat)
-cuba untuk amalkan tiap2 hari.. Almatsurat ini ada yang sughra dan ada yang kubro ,boleh pilih mana-mana asalkan sentiasa istiqamah. didalam doa-doa Al-matsurat terdapat banyak doa-doa yang baik yang di ambil dari Hadith & Quran. cuba cari buku kecil doa itu atau download sahaja di telefon pendek sahaja doa-doa itu.
2) Sentiasa Amalkan Dengan " Bismillahirrahmanirrahim " untuk segala perbuatan yang kira baik. sebab dalam hadith ada kata ' tiap-tiap perkara yang tidak dimulakan dengan bacaan Bismillahirahmanirrahim adalah terpotong' insyaAllah cuba Amalankan..
3) Salah satu amalan yang Ramai ambil tidak penting ialah Berdoa menaiki kenderaan .semua orang tahu tapi tak biasa nak amalkan.. Kita sepatutnya sudah menjadi kewajipan kepada kita taip2 kali nak menaiki kenderaan perlu baca doa.. Bukan apa bila kita di jaan raya ini kita sudah tahu macam-macam boleh terjadi.. Antara doa boleh cuba kita amalkan yang alhamdulillah ana setakat ini boleh amalkan walau kadang-kadang dipertengahan jalan baru ingat yang doa belum dibaca.
-Baca Bismillah
-baca doa naiki kenderaan
-Baca
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
-Baca Bismillahi Tawakkal Alallah Lau Hau la wala Quwwata Illa Billah
-baca
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
4) Kita juga boleh amalakan untuk amalkan membaca 3 Kul, Surah Al Ikhlas , Surah Falaq , Surah An-Nas...sebab sabit didalam hadith 'sesiapa yang membaca Surah tersebut nescaya akan diberi Perlindungan oleh Allah s.w.t'
INSYA ALLAH mudah-mudahan kita semua dapaat beramal dengan doa-doa tersebut.. Jika nak himpunan kesemua doa memang banyak tapi cukuplah kita jika kita di peringkat awal untuk mengamalkan doa-doa harian.. 'amal yang dibuat itu sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik dari banyak tetapi sukar diamalkan'
Apa yang penting diri kita hendaklah sentiasa mengingati Allah disamping kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah s.w.t.
وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِنْ يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
"Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada
yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan
kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "
( surah Al-An'am ayat 17)
Semoga dengan berkat amalan-amalan yang kita amalakan mudah-mudahan menjadi asbab pertolongan Allah kepada kita supaya dijauhkan daripada kemudaratan dan musibah ,,
Sesusunguhnya amalan itu banyak boleh dilakukan .Beramal lah dengan kemampuan kamu,,
kata ulama' Ma la yadrok Kulluh la Yatrok Kulluh ' Apa yang Kamu Tak boleh buat Semua Jangan pula kamu Tinggalkannya semua..
InsyaALLAH dengan beramal ini nescaya akan terbuka rahsia-rahsia .. kadang-kadang pekara yang kita tak jangka itu berlaku boleh membuat iman kita bertambah kepada Allah ... Kata guru kami : " Man lam Yadzuk Lam Yadri' Jika Kamu tak merasainya nescaya kamu tak boleh untuk Katakan bagai mana'
“Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan
menyebut (nama) Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan
kepada perintahMu. ( doa dalam al matsurat)
Akhir Kalam.. Dikesempatan ini ana ingin mengucapkan kepada Semua Selamat Beribadah di dalam bulan Ramdhan yang mulia ini dan selamat menyambut Syawal yang bakal kunjung...Kepada yang ingin pulang beraya di kampung halaman, rancanglah perjalanan anda semua dengan baik. Ingat bila naik kenderaan itu amalakan doa-doa..Semoga perjalanan anda semua selamat insyaAllah, Ana memohon maaf jika ada terkurang tersalah agar dapat dimaafkan..Wallahualam.Assalamualaikum w.b.t
Rujukan -
Al Quran Kareem
Muslim.id
TaafsirQ
Al-Matsurat
Google Images
Ana Uhibbukum Fillah
-Al Faqir Ahmad Qusyairi Shaari-
28 Ramadhan 1439
13/6/2018
Masjid KUIPSAS Kuantan..